So aku tengah baca karya Hamka, Lembaga Budi. Dalam ni ada dinukilkan 17 penyakit budi dan cacat perangai menurut Muhyidin Ibnu Arabi.
17 perangai ni boleh kita usaha hilangkan kalau nak hidup yang lebih baik.
Tak syok lah kalau tahu sorang-sorang je kan?
Ini adalah thread.
Pelajar universiti yang ingin pulang ke kampung halaman akan dikawal lebih ketat termasuk keperluan untuk melaporkan setiap pergerakan mereka kepada pihak institusi.
#AWANInews#AWANI745
https://t.co/P1QWlisytK
Langit mendakap roh-roh yang belum puas bermimpi. Sementara bumi menangis dalam diam tak beralun. Kita bersaksi pada kehilangan yang tak sempat memberi salam. Pada takdir yang menulis semula sebuah kisah pulang.
Antara punca kenapa kita masih terpaksa menerima berita sedih macam ni ialah kerana gesaan rakyat yang bermusim.
Kerajaan tahu, dia cakap akan wujudkan Badan Siasatan, Komiti Siasatan, dia tangkap sorang dua, dah…. Rakyat senyap.
Undang-undang sama. Syarikat tutup, owner bukak syarikat lain.
Agensi APAD, masih tak cukup kuasa.
PDRM dan JPJ, masih kekurangan anggota penguatkuasa.
Ada nampak perangai lori bas berubah? Ada bas express berhenti bagi high beam kat fast lane kat MRR2 suruh kau ke tepi?
Ada nampak penguatkuasaan seatbelt untuk bas dibuat?
Ada pemeriksaan speed limiter? Adakah ia wajib pun?
Ada suruh pasang black box? Kos lebih untuk pengusaha? Nak meniaga, keluar la duit. Keuntungan tokey lebih penting, atau nyawa kita? Ke sebab kita je naik bas?
Adakah kita periksa penggunaan tayar celup dengan kadar muatan yang betul? Sekali lagi, risau pemilik syarikat bising kos akan meningkat? Deal with it.
Ada tak agensi agensi kerajaan lain lantang bersuara bab keselamatan jalanraya sejak setahun dua ni? Kenapa senyap? Adakah takut? Atau tak ada kapasiti untuk bersuara sebagai pemimpin?
Memang ada perubahan dibuat, lebih baik dari dulu tapi pokok pangkalnya, none brave enough to disrupt the norm.
Saya sokong speed camera paling canggih dalam dunia dipasang di Malaysia, yang boleh tahu berapa laju kau bawak dari detik kau keluar rumah sampai kau tiba depan pintu opis, tapi will those cameras help to save 15 anak-anak yang hilang sekelip mata?
Anak anak yang ibubapanya jaga seperti menatang emas, anak anak yang bakal menaikkan nama agama dan kaum, anak anak yang boleh membantu keluarga mereka sendiri.
Jangan sampai isu isu ini jadi isu kaum sebab ia hanya akan memudaratkan semua pihak.
Please change the laws. The rakyat have had enough of this stupid drama.
Benda ni betul. Kalau bergantung kat paid review boleh survive untuk short term sahaja (less than 5 years, in fact ramai cannot survive more than 3 years).
Your rate card bergantung kepada engagement and your relevancy in the market. Semakin hari semakin ramai content creators, and semakin susah nak fight for engagement, and semakin susah nak stay relevant. Brands will go to whoever is relevant at that point of time.
When competition is high, orang pun akan mula offer lower prices to compete for paid reviews. That’s why industry ni nampak mewah tapi not long lasting kalau tak jaga personal branding and tak divert source of income kepada berniaga atau lain-lain.
Rule in life, jangan terlampau baik dengan orang. Sebab tak semua orang sama macam kita. Tak semua akan buat baik dekat kita. Ada juga yang akan ambil kesempatan dengan kebaikan kita. So just be neutral okay. If they don't like you, just ignore. You don't have to be someone else.
Laahhh kenapa nak kesian kat lecturers pulak. Lecturers dah tentu2 cukup bulan gaji masuk. Yang pejam mata guna AI tu kesiankan diri sendiri dulu entah boleh survive entah tak kat dunia luar.
Punyalah hebat Allah ciptakan manusia dgn akal, dapat kat hang, sikit2 tanya grok. 😂
Adapun saya kata AI ni memudahkan urusan nak belajar, tapi ini bukan caranya.
Nak belajar ni, kita guna AI sebagai alat bantuan je. Seperti dulu sebelum ada internet, buku rujukan sebagai alat bantuan, selepas ada internet, guna google dan sekarang guna chatgpt.
…
Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali menemui ilahi.
Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba.
Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam.
Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.
Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia.
Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembangunan dengan nilai.
Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.
Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan.
Namun lebih dari segala pencapaian itu, Pak Lah mengajarkan kita erti kemanusiaan dalam kepemimpinan.
Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi.
Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.
Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi.
Selamat jalan, Pak Lah.
Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.
ANWAR IBRAHIM
Rasa bangga bila ingat kita generasi tak buat esaimen pakai chatgpt. Nak pi mana mana tak google dulu, takdak orang buat thread cara naik kapal terbang tp boleh je naik first time, takde orang ajar cara membeli makanan di ikea etc- tp survive.
Key dia - rajin , usaha, membaca arahan di tempat tu, dan juga bertanya. Malu bertanya sesat jalan lol.
Satu lagi kes yang kena siasat
Ada kes sewa tayar lori supaya lepas lori boleh lepas Test PUSPAKOM
Lepas tu pakai balik Tayar yang tak lepas spec tu lepas selesai PUSPAKOM
Saya minta maaf la ya @LLMrasmi tapi saya rasa dengan peningkatan trafik untuk segmen kenderaan berat seperti bas dan lori di lebuhraya kita, LLM kena bekerja lebih rapat dengan PDRM, JPJ dan MIROS untuk kawal kelajuan dan perangai pemandu kategori tu.
Saya siap boleh race dengan bas express yang duduk kat lane memotong pada kelajuan atas 130 kmsj, setiap hari.
Optiknya tak menarik dan it will take only a few articles from international media untuk takutkan pelancong bahawa lebuhraya kita tak selamat.
Our real accident figures might say otherwise tapi pandangan pengguna lebih penting.
Headlines macam “manga maut terputus badan akibat kemalangan di lebuhraya” akan beri impak negatif pada negara di masa depan.
Kami ni pengguna dan dah berapa tahun kami bising.
To date, tak ada pendekatan serius dari MOT dan mana-mana pihak lain selain dari satu dua laporan yang menjanjikan operasi jangka pendek sahaja.
Dan Malaysia ialah negara dengan hobi yang mahal - buat highway setiap beberapa tahun.