Hadi umur 78 vs Anwar umur 78.
Hadi: “Wajib bersatu pilih pemimpin Melayu Islam.”
Anwar: “Tolak politik kebencian dan perkauman melampau.”
Seorang bermain sentimen.
Seorang membina masa depan.
Nampak bezanya?
🚨[🟢] NEW: Arsenal’s Premier League title lift recorded the highest live viewership for a title celebration in the last two decades 😳
Today’s celebrations peaked at 7.3 million live viewers, compared to Liverpool’s 3 million viewers during their title lift last season.
Rafizi Ramli menggesa pemimpin DAP Tony Pua supaya menjaga hal partinya sendiri dan tidak mengheret parti lain ke dalam konflik dalaman DAP.
Ia susulan kenyataan terbaru bekas ahli Parlimen Damansara itu yang melabelkan ahli Parlimen PKR yang setia kepada Rafizi sebagai “pentingkan diri” kerana enggan mengosongkan kerusi dan melompat ke Parti Bersama Malaysia (Bersama) pimpinannya.
Bercakap dalam podcast KiniTV, Rafizi mendakwa wujud pertembungan antara dua kumpulan dalam DAP dan perkara itu dapat dilihat menerusi serangan Pua terhadap kemnya.
Sumber video: https://t.co/UJq8X8C2Li
#malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #RafiziRamli #pemimpin #DAP #TonyPua #halparti #tidakmengheret #konflik #dalaman #DAP #AhliParlimen #Damansara #PKR #setia #pentingkandiri #enggan #mengosongkankerusi #melompat #PartiBersamaMalaysia #Bersama
Every night in Gaza… there are those who never return home 💔
A powerful cinematic story inspired by the reality that Gaza’s families live every single day…
Ahmed says goodbye to his wife and children before leaving for work with his colleagues, carrying sorrow in his eyes and fear in his heart… but the sky was hiding a different fate.
This work portrays the meaning of sacrifice, loss, and the silent pain endured by thousands of families in Gaza.
Amazing to think someone as obnoxious like Zafrul has a good chance of continuing his election losing streak, causing the party he's in to fall out of government, AND still continue in politics thinking next time is his time (hell, he may even jump ship to yet another new party)
مقطع ستحاول اسرائيل حذفه من الانترنت بكل الطرق،
شاب أمريكي يكشف عن جواز سفر جدته الذي يعود لعام 1932 الصادر عن القنصلية الأمريكية العامة في القدس عاصمة دولة فلسطين
لم تكن اسرائيل موجودة حينها.
SAKA STARTS THE CHANT!
What a moment for the Arsenal academy product to lead the fans in song after bringing home the first Premier League title in 22 years.
Dari awal tertubuhnya kerajaan ini, side PH dah banyak berkorban. DAP? Kerusi paling banyak, tapi dapat kuota menteri lagi sikit dari BN. Sebab? Nak jaga hati UMNO. Isu Najib, side PH siap sound geng PH sendiri bila ada yang serang Najib. Sebab? Nak jaga hati UMNO.
Sekarang? Apa UMNO balas? UMNO khianat PH di Melaka. Ada fikir perasaan PH? Serangan UMNO macam Akmal ada fikir hati PH. Semua semata nak kekal berkuasa.
UMNO dah buat perangai lama dia haha
Tak ada sebab nak jatuhkan kepimpinan MB Aminudin. State NS is performing.
Biarlah rakyat NS menentukan nanti.
UMNO is always UMNO haha
Zahid Hamidi pencatur strategi terbaik. Sejak Langkah Sheraton, dia steady sehinggalah ditabal menjadi TPM.
Yang tak cerdiknya adalah Pakatan Harapan dan sekelian Ceplos. Masih tidak belajar lagi dengan perangai UMNO/BN.
Dibuangnya Jenderal Perang yang bijak dalam strategi, yang banyak bagi nasihat, pandangan bagai. Tak cukup dengan itu, dicemuh, dimaki, dihina. Diangkat pula Zafrul. Dikutipnya Ramanan yang bermasalah.
Hari ini, kena ambush! Ha3. Zahid sudah mulakan strategi pertama ketika korang berada di dalam titik paling lemah. Padan muka korang. 🫵🏻
UMNO tetaplah UMNO. Kesian rakyat Negeri Sembilan diheret dalam permainan sebegini. Yang penting dapat puaskan nafsu untuk kuasa
Krisis adat dan diraja dijadikan ruang untuk main politik lagi
Saya tak tahu menahu tentang apa yang berlaku di N9.
MB N9 @dsaminuddin adalah seperti abang saya, isterinya seperti kakak kepada isteri saya.
Saya hanya boleh berdoa dari jauh seperti seorang adik kepada abangnya.
Saya sempat telefon dia pukul 10+ pagi tadi. Nak tanya khabar.
Dia gelak & gembira, katanya baru lawat 2 sekolah. Ada 4 sekolah lagi dia nak lawat hari ni, tapi berhenti gerai kejap minum pagi bersama isteri.
Saya tidak bimbang sebab Tok Min ni orang baik. Jauh lebih baik dari saya.
Saya kenal dia masa dia duduk rumah teres setingkat, pakai Exora. Selepas jadi MB bertahun-tahun, perangainya tetap sama macam masih duduk rumah teres setingkat.
Apa pun terjadi, Insya Allah tidak mengganggu fikiran Tok Min & Kak Wan.
Semuanya ada hikmah.
Itu kelebihan orang yang tahu pangkat dan jawatan itu hanyalah amanah yang menjadi pinjaman.
𝗠𝗥 𝗥 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 …..
Netizen masih lagi kecoh siapa Mr R yang dituduh oleh Victor Chin terkait dengan geng mafia korporat.
Walaupun saya dah terangkan semalam isu Mr R dan ahli parlimen PKR yang menerima RM9.5 juta itu dua isu berbeza, teka-teki siapa Mr R ini masih kencang.
Seperti yang saya janji, hari ini saya dedah siapa Mr R. Jangan bimbang, saya takkan scam content macam semalam. Tunggu sampai habis, memang saya akan sebut siapa Mr R.
Sebelum itu, kita recap.
Ada 2 isu berbeza:
Satu - ahli parlimen PKR yang dituduh menerima RM9.5 juta dari Victor Chin untuk kawtim kes mafia korporat cuba ambil alih NexG.
Saya dah terangkan semalam - berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Victor Chin sendiri, kita boleh simpulkan ahli parlimen ini mestilah seorang yang berjawatan kanan dalam PKR, punyai pengaruh dan akses terus kepada Perdana Menteri dan Farhash.
Satu lagi isu ialah mengenai Mr R.
Kenapa tiba-tiba media melaporkan mengenai Mr R?
Kerana menurut Victor Chin, Mr R menjadi orang tengah, operator atau juru komunikasi di antara geng mafia korporat dengan pemegang-pemegang saham NexG yang ditekan pihak berkuasa untuk memberikan saham mereka secara percuma kepada geng mafia korporat ini.
Berikut ialah petikan-petikan komunikasi yang berlaku di antara Victor Chin dan Mr R, seperti yang didakwa Mr Chin. Komunikasi berlaku kencang bermula 18 Oktober 2025, setelah pihak berkuasa membekukan akaun-akaun syarikat tertentu:
18 Oktober:
Victor Chin berbincang dengan Mr R bahawa tekanan yang dibuat dengan membekukan akaun-akaun akan merosakkan semua usaha bersama mereka selama ini.
18 Oktober:
Victor Chin mengaturkan sejumlah RM9.5 juta diberikan kepada seorang ahli parlimen PKR yang mengaku akan menyelesaikan tekanan dari geng mafia korporat terhadapnya.
20 Oktober:
Victor Chin berkali-kali berhubung dan merayu kepada Mr R untuk bercakap dengan “boss” Mr R, dan supaya “boss” Mr R campur tangan.
21 Oktober:
Mr R bertanya kepada Victor Chin sama ada 150 juta saham NexG yang dimiliki sebuah syarikat bernama Trendtrove boleh dipindahkan.
21 Oktober:
Seorang lagi pemegang saham NexG bernama “Tan Sri” diugut akan direman jika tidak memindahkan 271 juta saham NexG melalui syarikat Skyelimit.
Setiausaha syarikat Skyelimit ditukar kepada setiausaha syarikat yang dikawal oleh Mr R, untuk membolehkan pertukaran saham, pemegang jawatan dan lain-lain boleh dibuat tanpa kerelaan.
22 Oktober:
Victor Chin berhubung dengan Mr R mengenai serbuan pegawai AMLA dari PDRM ke MMAG, sebuah syarikat yang pernah dikawal oleh Victor Chin dan Farhash.
29 Oktober:
Mr R memberikan nombor akaun saham kepada Victor Chin supaya saham-saham yang hendak dirampas dipindahkan ke akaun saham itu.
3 Nov:
Mr R berhubung dengan Victor Chin untuk mengesahkan jumlah saham yang telah dipindahkan kepada “boss”nya. Mesejnya berbunyi:
“So total shares passed to Boss is 421 mil, right?”
5 Nov:
Victor Chin berasa kecewa kerana setelah memindahkan semua saham, tekanan masih dikenakan. Mesejnya berbunyi:
“I have given everything and yet you all still want to kill me.”
7 Nov:
Mr R memberitahu Victor Chin dia boleh menghentikan perintah pembekuan akaun dan meminta maklumat akaun-akaun itu untuk dinyahbeku.
7 Nov:
Mr R mengingatkan Victor Chin agar semua saham yang dipindahkan mesti diselesaikan tanpa sekatan, jika tidak mereka akan kena. Mesejnya berbunyi:
“We have to deliver the shares minus the encumbrances… by next week bro” “Or else you and I sure will kena”
18 Nov:
Seorang yang dirujuk sebagai geng korporat mafia oleh Victor Chin, mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan NexG di ibu pejabat NexG.
Dalam pertemuan itu, individu itu mengaku dia telah menjadi pemilik NexG dan dialah yang bertanggungjawab meyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan kontrak passport dan myKad kepada NexG.
Mr R turut hadir dalam pertemuan itu.
20 Nov:
Mr R dilantik menjadi Penasihat Korporat NexG, walaupun dia juga adalah Pengarah Eksekutif sebuah syarikat lain yang menjadi pesaing kepada NexG.
27 Nov:
Mr R memberitahu Victor Chin yang “boss”nya mahukan senarai akaun-akaun yang hendak dinyahbeku.
Mr R juga meminta pertolongan Victor Chin untuk memindahkan harta intelek mengenai MyKad dan passport kepada syarikat pesaing iaitu HeiTech Padu.
Ada banyak lagi komunikasi yang saya boleh kongsi, tetapi itu memadai untuk saya membuktikan siapakah Mr R yang dimaksudkan oleh Victor Chin ini.
Apa maklumat yang kita tahu dari dakwaan-dakwaan Victor Chin ini dan boleh sahkan dari maklumat awam mengenai Mr R?
1 - Mr R ialah operator kepada boss nya
2 - Boss nya berada di satu pihak yang dipanggil mafia korporat oleh Victor Chin yang dituduh cuba merampas saham-saham NexG dengan menggunakan tekanan dari pihak berkuasa. Ini bermakna boss nya ada pengaruh dengan kerajaan
3 - Mr R ialah seorang Penasihat Korporat NexG dan Pengarah Eksekutif HighTech Padu
Dengan maklumat ini, kita dah boleh tentukan siapa Mr R.
Semakan dengan pengumuman-pengumuman di Bursa Malaysia menunjukkan individu yang merupakan seorang Penasihat Korporat NexG dan Pengarah HighTech Padu adalah seorang peguam bernama Sandraruben Neelamagham (Ruben).
Ini maklumat mengenai Sandraruben Neelamagham:
1 - Dilantik Pengarah Eksekutif HeiTech Padu pada 3 April 2024
2 - Juga Penasihat Korporat NexG
3 - Rakan Kongsi firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co.
Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Victor Chin terhadap Ruben atau Mr R itu sebenarnya telah dibuat secara terbuka dan dilaporkan oleh media sebelum ini.
Pengerusi eksekutif dan CEO NexG iaitu Datuk Abu Hanifah Noordin, pada 10 Mac 2026, telah mendedahkan perkara yang sama mengenai peranan Ruben dalam usaha menyerahkan sebahagian kontrak NexG kepada HeiTech Padu.
Jadi kita sudah tahu Mr R adalah Sandraruben Neelamagham, seorang peguam.
Tetapi dalam komunikasi dengan Victor Chin, Mr R sering merujuk kepada “boss” nya. Gambarannya jelas bahawa Mr R adalah operator kepada seorang yang lebih berkuasa.
Jadi siapa boss Ruben?
Maklumat dari komunikasi Victor Chin dan Ruben memberi gambaran berikut:
1 - Boss nya mempunyai pengaruh untuk mengarahkan pihak berkuasa membeku atau menyahbeku akaun bank dan akaun saham
2 - Boss nya adalah sebahagian dari geng mafia korporat yang mengaku menjadi tuan punya NexG setelah saham-saham dipindahkan
3 - Boss nya adalah sebahagian dari geng mafia korporat yang mengaku telah mempengaruhi Perdana Menteri untuk memberi kontrak MyKad dan passport kepada NexG
4 - Usaha Ruben untuk memindahkan harta intelek dari NexG kepada HeiTech Padu memberi gambaran boss nya juga ada hubungan dengan HeiTech Padu
Kebetulan saya pernah mendapat surat saman dari firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co. ini bertarikh 15 Disember 2025.
Firma guaman Mr R atau Ruben ini mewakili Farhash Wafa Salvador dalam samannya terhadap saya.
Jadi kita boleh rumuskan, daripada dakwaan-dakwaan Victor Chin, laporan media dan maklumat-maklumat di Bursa, Victor Chin mendakwa bahawa boss Mr R adalah Farhash.
Persoalan yang lebih besar ialah dakwaan-dakwaan dari komunikasi antara Victor Chin dan Ruben, iaitu boss nya, atau dari deduksi Farhash, mempunyai pengaruh untuk mengarahkan tindakan pihak berkuasa untuk menekan pemegang saham NexG, dan juga Farhash berkemampuan meyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan kontrak berbilion ringgit kepada NexG.
Yang ini, sebaiknya Perdana Menteri bagi respon.
Saya dah tunaikan janji saya untuk dedah siapa Mr R.