Sebab Johor tak sign MA63 Tuanku. Johor sign Durbar. Lepas Durbar terbentuk Malaya. Johor sebahagian daripada Malaya. Yang sign MA63 antara Malaya-Sabah-Sarawak-Singapore. Kuasa negeri Malaya limited. Ada kuasa persekutuan dan kuasa negeri. Saya rasa ni common knowledge.
Kandungan politik dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada iklan nasi lemak ayam goreng berempah RM5.
Jemput singgah ke KESUM.
𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠 (𝟳 𝗣𝗔𝗚𝗜 - 𝟭𝟬 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠)
📍 https://t.co/mriZRdWS34
Saya suka bergurau walaupun nampak garang.
Dalam banyak pertemuan dan ‘engagement’ dengan rakan-rakan pimpinan, gurauan itu biasa tapi fokus utama adalah tugas dan amanah.
Terima kasih semua!
#MalaysiaMADANI#TeruskanBekerja#ASEAN
RASMI
US DAN MALAYSIA TANDATANGAN PERJANJIAN PERDAGANGAN BARU
PM Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden US Donald Trump menandatangani perjanjian perdagangan baru dalam pertemuan kedua dua pimpinan di KL hari ini
Antara perincian perjanjian berkenaan
- Tarif Import barangan Malaysia ke US kekal 19 peratus dan ada barangan Malaysia ke US tidak dikenakan tarif langsung atau 0 peratus. Sebanyak 6,911 produk Malaysia ke US tak dikenakan tarif oleh US atau 0 peratus dan 11,260 produk Malaysia ke US dikurangkan tarif. Ini mewakili sebanyak 98.4 peratus barangan Malaysia dijual ke US
- Industri Pharmaseutikal dan semikonduktor Malaysia dikecualikan dari tarif import 19 peratus US
- US akan memperluaskan akses tanpa had kepada barangan dari Malaysia
- Malaysia akan beri akses barangan dari US ke dalam pasaran Malaysia seperti bahan kimia, mesin, barangan industri, kenderaan penumpang, peralatan elektrik, barangan tenusu, penternakan, produk yang diproses, minuman, nasi dan bahan api ethanol
- Malaysia tidak akan melarang atau meletakkan kuota dalam eksport ke US dari segi barangan kritikal seperti Elemen Nadir Bumi REE. Sebagai balasan syarikat US akan bekerjasama untuk meningkatkan pengeluaran barangan industri Malaysia
- Malaysia takkan melaksanakan cukai perkhidmatan digital yang akan mengancam syarikat syarikat US. Sebagai balasan US akan melindungi akses Ekonomi Digital Malaysia dan pertukaran data Malaysia dengan serantau ASEAN dan rantau lain di dunia ini
- Malaysia dan US akan kekal berkerjasama tahap tinggi dalam bidang perlindungan alam sekitar, penguatkuasaan hak buruh, kerjasama dalam keselamatan pelaburan, kawalan eksport, usaha menentang mata wang dan barangan palsu serta ancaman lanun
- Malaysia akan meningkatkan kerjasama Ekonomi dan Keselamatan Negara sebagai balasan US akan membantu meningkatkan ketahahan rantaian bekalan Malaysia dan inovasi barangan dan industri Malaysia
- Barangan yang memerlukan sijil halal dari US akan diiktiraf oleh pihak berkuasa US. Tapi syaratnya pihak berkuasa US kena ikut standard Halal Malaysia. Malaysia akan bantu pastikan Pihak Berkuasa US ikut sijil halal di Malaysia. Malaysia akan mengiktiraf pensijilan halal di US selepas itu
- Malaysia akan membantu memantau setiap proses pensijilan halal barangan di US.
- Tidak akan melarang penyiaran radio US di Malaysia
- Tiada larangan penjualan magnet Nadir Bumi US di Malaysia
- Malaysia Aviation Group akan beli pesawat Boieng dari US untuk Malaysia Airlines bernilai kira kira RM 80 Bilion
- Malaysia akan beli barangan semikonduktor, peralatan aeroangkasa dan pusat data bernilai 150 Bilion USD
- Malaysia akan beli 5 Juta Tan setahun Gas Cecair LPG bernilai 3.4 Bilion USD. Ini akan diuruskan Petronas
- Malaysia akan beli arang batu, produk dan perkhidmatan komunikasi dari US bernilai 204.10 Juta USD
- Malaysia akan melabur di US sebanyak 70 Bilion USD dalam
- Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perbendaharaan US akan adakan kerjasama dari segi mata wang perdagangan kedua dua belah negara..
- US mempertimbangkan mengisytiharkan perjanjian perdagangan ini mempunyai kesan positif ke atas keselamatan negara kedua dua belah pihak
If I am no mistaken, this is the largest gathering of world leaders in an ASEAN summit. Credit must go to DSAI for putting the drive back into ASEAN. Hopefully something really tangible will come out of this summit.
#ASEAN#Malaysia#AnwarIbrahim
Sekitar tinjauan persiapan akhir Belanjawan MADANI Keempat semalam. Saya berbangga melihat kerja keras pasukan Kementerian Kewangan yang membanting tulang menyiapkan Belanjawan ini yang akan dihamparkan di Dewan Rakyat petang ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang berusaha tanpa lelah merealisasikan hasrat Kerajaan untuk memaknai erti sebenar kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara menerusi dokumen ini.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#Belanjawan2026
"KDN tak jaga bola. Itu urusan FIFA dan FAM. KDN jaga kewarganegaraan. Di bawah apa? Perlembagaan Persekutuan. Fasal berapa? Fasal 19. Tajuk apa? Naturalisasi".
Suka atau tak, Saifuddin Nasution ni kalau beri penjelasan mesti jelas dan terang. Media nak tanya soalan tambahan pun susah sebab dah terjawab semua..😅
SIAPA pemimpin SUCI yg boleh menggantikan PMX sekaligus dapat menyelesaikan semua masaalah yg di angkat pada perhimpunan tersebut ?
“ Just give me one name “ kata Dr Daniel
Alhamdulillah, saya turun ke Kedah hari ini dan terus ke Dataran Darulaman, Jitra untuk menghadiri sambutan Hari Antidadah 2025.
Dalam ucapan, saya tegaskan bahawa penyalahgunaan dadah bukan sekadar isu jenayah ia merupakan ancaman nyata kepada maruah bangsa dan masa depan negara.
Kita berdepan dengan sindiket yang terancang, memiliki dana, penyokong dan rangkaian luas. Namun, kerajaan tidak gentar. Kita hadir dengan iltizam politik, keberanian moral dan komitmen berterusan untuk melawan habis-habisan.
Saya tekankan bahawa pendekatan kerajaan bukan hanya bersifat menghukum, tetapi berfokus memutuskan kitaran ketagihan terutama dalam kalangan kelompok miskin dan rentan yang sering menjadi mangsa utama.
Sinergi antara Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) mesti terus diperkukuh melalui pendekatan menyeluruh dan bersepadu, merangkumi pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan.
Kerajaan berliltizam menoktahkan ancaman dadah secara tuntas bukan sekadar mengawal, sebaliknya membasmi hingga ke akar.
Perjuangan ini bukan mudah, tetapi ia mesti diteruskan demi generasi masa depan, demi negara yang bebas daripada belenggu najis dadah.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#BersamaMalaysiaku
Insya-Allah, esok saya akan umumkan penghargaan yang dijanjikan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada rakyat Malaysia yang sentiasa teguh bersama dalam setiap langkah reformasi.
Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat terbanyak, dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI