Jika tuhanmu berkehendak akan sesuatu, berbilion tangan yg menghalang tetap akan terjadi hal tersebut. Namun jika tuhanmu tidak berkehendak ttgnya, berbilion tangan memberikannya tetap ianya takkan terjadi.
Kepada Allah kami berserah, kepada Allah kami kembali.
Semalam Zionis menutup bekalan air ke Gaza. Seluruh Gaza telah terputus sumber air.
Tapi semalam juga hujan turun.
Milik Allah segala yang berada di langit dan juga di bumi.
Allah berkuasa. Makhluk tiada kuasa.
Saya telah kupas laporan RCI Tabung Haji panjang lebar selama 3 jam setengah dalam Podcast YBM #57 semalam.
Boleh tonton perlahan2:
https://t.co/R6yMx86NPt
Ada soal zakat tidak dibayar, pelaburan tidak patuh syariah, Tabung Haji beli syarikat Jho Low masa zaman Najib - yang semuanya belum dikupas oleh komentar lain.
Selepas ini, saya akan huraikan dengan lebih mendalam bermula minggu depan mengikut topik.
Insya-Allah, kita cuba bantu pihak berkuasa selidik siapa di belakang syarikat-syarikat yang sakau duit Tabung Haji.
Tapi sebelum itu, kalau bersetuju dengan apa yang kami usahakan, jadilah ahli BERSAMA di https://t.co/6vXmDO7iOp
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝟯𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗥𝗖𝗜 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜:
𝟭𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗟𝗨, 𝟱 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡 𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗢
Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji telah mengembalikan perhatian orang ramai kepada pelbagai isu yang berlaku di Tabung Haji sejak 2014 lagi.
Kes Tabung Haji adalah sesuatu yang peribadi kepada saya kerana saya adalah ahli politik yang pertama yang mendedahkan kedudukan rizab Tabung Haji yang negatif bermula dari tahun kewangan 2015.
Saya bawa perkara ini ke parlimen seawal Mac 2016, diikuti dengan 34 pendedahan lain di antara 2016 ke 2018 mengenai salah laku, pelaburan yang lesap dan keterlibatan Tabung Haji dalam skandal 1MDB sepanjang pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak dahulu.
Saya telah ditangkap, didakwa dan hampir dipenjarakan. Selama sedekad saya menjadi bahan fitnah kononnya saya menghasut orang Islam untuk memusnahkan Tabung Haji.
Hasil dari pendedahan-pendedahan ini juga telah menjadi modal politik kepada PKR dan Pakatan Harapan selama sedekad.
Malah, isu laporan RCI Tabung Haji kali ini pun timbul akibat dari ucapan-ucapan saya di PRN Johor sebulan lalu yang mengkritik kompromi politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan UMNO, sehingga laporan RCI itu diperam selama lebih tiga tahun.
Apa pun, saya bersyukur laporan ini telah didedahkan untuk memberi peluang kepada orang ramai membaca dan menilai sendiri, selain dari membersihkan nama saya dari fitnah lawan politik terhadap saya mengenai Tabung Haji.
Laporan yang panjang itu mengesahkan 5 perkara pokok:
i.Pelbagai transaksi yang mencurigakan dan yang menyembunyikan maklumat telah berlaku sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit;
ii.Rizab Tabung Haji telah menjadi negatif sejak dari tahun kewangan 2015 dan memuncak dalam tahun kewangan 2017, sehingga memaksa kerajaan PH ketika itu di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad meluluskan satu ‘bail-out’ bernilai RM19.9 bilion (nilai akhir sekitar RM27.8 bilion pada tarikh matang pada keuntungan 4.05% ke 4.10% setahun);
iii.Hibah (atau keuntungan) tetap diagihkan kepada pendeposit antara tahun 2014 hingga 2017 walaupun rizab Tabung Haji telah menjadi negatif demi populariti politik UMNO/BN, yang menjadikan Tabung Haji beroperasi sebagai skim cepat kaya (menggunakan simpanan pendeposit baru untuk dipusing modal membayar dividen kepada pendeposit lain);
iv.Tabung Haji telah mencipta peraturan perakaunan dalaman untuk membolehkan hibah dibayar semasa rizab negatif, walaupun itu bertentangan dengan akta dan peraturan-peraturan pelaporan kewangan Malaysia dan antarabangsa; dan
v.‘Bail out’ Tabung Haji berjumlah RM27.8 bilion (pada nilai akhir semasa matang) melalui UJSB hanyalah satu tindakan sementara yang bergantung kepada kemampuan Kerajaan Persekutuan melunaskan komitmen ‘bail out’ itu pada tarikh matang.
Saya bersetuju dengan hampir semua saranan-saranan yang dibuat ahli-ahli RCI. Ini termasuklah:
a)Semua Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan anak-anak syarikat Tabung Haji, pegawai-pegawai kanan yang membuat keputusan perlu dipertanggungjawabkan;
b)Siasatan perakaunan forensik perlu dibuat bersama-sama dengan siasatan jenayah oleh SPRM, SC, PDRM, BNM dan mana-mana agensi penguatkuasaan dan penyelia; dan
c)Kerajaan perlu memutuskan dengan telus dan berterus terang mengenai model pembiayaan haji untuk memastikan beban subsidi haji tidak terus meningkat hingga mengancam kelangsungan Tabung Haji.
Malah, ada beberapa perkara yang saya rasa tindakan yang perlu dibuat itu mesti lebih keras.
Contohnya, Malaysia perlu mengkanunkan secara undang-undang satu bentuk kesalahan kepada pembuat keputusan (baik menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan) apabila berlaku penyelewengan di bawah seliaan mereka, walaupun mereka mengaku tidak mendapat laba dari penyelewengan itu.
Ini adalah kenyataan pertama dari saya dan BERSAMA mengenai RCI Tabung Haji.
Dalam minggu-minggu akan datang, saya akan membentangkan analisis dan pendedahan mengenai banyak lagi perkara-perkara yang disentuh di dalam laporan RCI ini.
Harapan saya supaya orang ramai dapat mengetahui kedudukan sebenar Tabung Haji yang sebenarnya masih terdedah kepada risiko kelangsungan, walaupun Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendabik dada kononnya laporan RCI hanya didedahkan kini (setelah diperam selama 3 tahun) kerana pentadbirannya telah berjaya memulihkan Tabung Haji.
Saya juga akan mengupas laporan RCI ini secara terperinci dalam Podcast YBM Episod 57 malam ini, jam 9 malam.
𝟯𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝟮𝟴 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲: 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡
Salah satu budaya baru yang dibawa 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 ialah ketelusan dalam pendanaan politik, sebagai usaha untuk memeras rasuah dengan menukar budaya.
𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 percaya bahawa slogan anti-rasuah dan janji-janji perubahan undang-undang untuk membanteras rasuah politik telah bertukar menjadi retorik semata-mata.
Parti-parti bertukar ganti menjadi kerajaan persekutuan dan negeri-negeri tetapi amalan rasuah politik tetap berterusan.
Kebelakangan ini, parti-parti politik tanpa segan silu menggunakan agensi-agensi, aset-aset kerajaan dan dana awam untuk berkempen. Perkara ini diterima oleh majoriti rakyat Malaysia kerana gabungan-gabungan parti besar seperti PH, BN dan PN kesemuanya melakukan kesalahan yang sama.
Begitu juga dengan amalan memberi wang minyak, duit poket atau duit belanja kepada pengundi-pengundi. Ada pengundi yang tidak segan silu lagi memaparkan mereka menerima wang untuk mengundi.
Salah satu punca utama ialah perjalanan parti-parti politik masih bergantung kepada khidmat berbayar. Jentera-jentera dibayar, orang ramai diberikan wang dan hadiah untuk hadir ke program-program kempen dan petugas kira undi dibayar.
Di PRN Johor, ada petugas kira undi (PACA) yang dibayar sehingga RM700 seorang (termasuk belanja minyak dan penginapan). Ada yang dibayar mengikut jam (contoh RM70 setiap jam bertugas).
Selagi gerak kerja kempen dan perjalanan aktiviti parti-parti politik perlu dibayar, selagi itulah amalan rasuah sukar dibendung.
Hakikatnya, sesebuah gabungan politik membelanjakan puluhan juta ringgit, malah mencecah ratusan juta ringgit untuk sesebuah pilihan raya negeri.
Wang rasuah ini didahulukan oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan, sama ada ahli-ahli perniagaan atau dari perniagaan haram yang bertentangan dengan undang-undang.
Balasannya kelak ialah kontrak-kontrak besar kerajaan yang nilainya dinaikkan berlipat kali ganda untuk mendapatkan kembali modal yang telah dilaburkan kepada gabungan parti politik besar semasa pilihan raya.
Lebih teruk lagi, jika ia melibatkan aktiviti haram, tindakan tidak diambil terhadap aktiviti haram seperti perjudian atas talian, penyeludupan dan pelbagai lagi kegiatan haram, sebagai ganti kepada sumbangan dana semasa kempen pilihan raya.
Jika ada satu kekecewaan utama saya sepanjang saya menjadi ahli politik ialah kegagalan saya merubah amalan ini di dalam parti-parti politik yang saya pernah terlibat.
Juga kegagalan saya meyakinkan majoriti rakyat Malaysia untuk membenci amalan rasuah politik seperti ini, yang diberikan atas nama sumbangan atau duit minyak.
Sebab itu, apabila saya dan Nik Nazmi berkesempatan memulakan kembali kerjaya politik kami dari bawah melalui 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, saya berhasrat melatih aktivis-aktivis politik yang benar-benar benci kepada amalan rasuah seperti ini.
Rasuah seperti ini menyebabkan maruah kita tergadai. Demi wang, kita sanggup menukar pendirian, memberi alasan dan menutup mata kepada kerosakan.
Tetapi ia perlu bermula dengan menukar budaya bagaimana gerak kerja kempen sesebuah parti dijalankan.
Ia bermula dengan kembali kepada asas politik, iaitu keikhlasan untuk menyumbang demi kebaikan masyarakat dengan melakukan sesuatu dengan sukarela.
Alhamdulillah, perkara itu dapat dilaksanakan oleh 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dalam PRN Johor yang lepas.
Keseluruhan kempen BERSAMA dilaksanakan secara sukarela tanpa perlu ada bayaran dan apa-apa perbelanjaan kempen yang lain dibiayai sepenuhnya dari tiga (3) sumber orang ramai:
1) Yuran keahlian BERSAMA sebanyak RM20 setiap ahli
2) Kutipan dana dari majlis makan malam mengumpul dana #WeFund untuk PRN Johor
3) Sumbangan peribadi dari penderma dan penyokong dalam jumlah yang kecil, sama ada melalui crowdfunding atau sumbangan peribadi
Hari ini, 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 merintis budaya baru dalam sejarah politik Malaysia dengan membentangkan sepenuhnya penyata perbelanjaan dan sumber kewangan bagi PRN Johor baru-baru ini, seperti yang diperincikan di dalam Lampiran A (boleh rujuk di bahagian gambar).
Amalan ini akan menjadi disiplin 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 untuk semua pilihan raya yang disertai di masa akan datang.
Saya berharap sumbangan kecil 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dalam membawa budaya politik bersih ini akan membuka hati lebih ramai pengundi untuk bersama kami di masa akan datang.
𝟮𝟴 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
Baru tau Nasrani dan Yahudi tu berasal daripada kelompok yang sama. Banyak lagi yang Ustaz Ibnu Rijal terangkan dalam Alfu Sanatin 3: Tanah yang Dijanjikan. Dapatkan di link pada ruangan komen di bawah.
Pagi-pagi lagi dah ada orang hantar video ni minta saya komen.
Komen saya;
kalau kepala & maruah sudah di pijak-pijak dan kemaluan bukan setakat dijentik & ditekan sampai senak dah ni, tapi ini kes kemaluan sudah di potong bagi makan sama anjing!!
Maka, apa guna berkawan sama gangster kalau hati serupa tisu. Bak kata filem ayah-ayah cencurut, Lu langsi lu mari.
Ehhhhhhhhh…..!!
Selamat pagi buat ayahanda-ayahanda, kekanda-kekanda & tidak lupa juga buat si penglipur lara di Putrajaya😇
#Ghuyubbbbbb
Waalaikumussalam
Kahwin bukanlah perkara wajib. Ramai sahaja ulama dahulu yang tak kahwin seperti Imam al-Nawawi, Ibn Taimiah dan Ibn Jarir al-Tabari.
Namun, isunya sebab apa tak kahwin?
Kalau kita sibuk dengan menuntut ilmu, menyebarkan ilmu, bekerja untuk manfaat ummah sampai takda masa nak kahwin baguslah.
Tapi, kalau hidup pun biasa-biasa je, baik kahwin untuk rasa nikmat tersebut dengan cara halal.
𝗣𝗢𝗗𝗖𝗔𝗦𝗧 𝗬𝗕𝗠 𝗘𝗣𝗜𝗦𝗢𝗗 𝟱𝟲
𝗠𝗲𝗻𝗴𝘂𝗽𝗮𝘀 𝗜𝘀𝘂 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗲𝗙𝗶𝘀𝗵𝗲𝗿𝘆 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻?
Podcast YBM Episod 56 akan bersiaran seperti biasa hari ini (24 Julai, Jumaat) pada jam 9 malam.
Podcast YBM malam ini akan tertumpu kepada isu politik di Malaysia secara khusus berkenaan wang rakyat yang hilang.
Saya akan mengupas secara terperinci berkenaan latar belakang kehilangan wang pencen negara sekitar RM167 juta dalam pelaburan KWAP di sebuah syarikat pemula (startup) Indonesia, iaitu e-Fishery, dan bagaimana risiko yang ada itu juga berkait dengan kontroversi-kontroversi minggu lalu seperti Network School dan Tabung Haji.
Siapa yang sepatutnya dipertanggungjawabkan?
Bagaimana kita nak pastikan perkara ini tidak berulang lagi?
Saya juga akan mengupas soalan-soalan paling panas di warong kopi iaitu adakah Kerajaan MADANI di bawah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini boleh bertahan sehingga 2028, dan sekiranya tidak bertahan, bila agaknya akan jatuh?
Seperti biasa, jumpa saya dan Haziq malam ini di Podcast YBM Episod 56 jam 9 malam di saluran YouTube dan TikTok saya.
@jasonyew@anwaribrahim Dulu sembang mahazalim, skrg dia sendiri gunakan kuasa dan RCI utk tekan pihak tertentu. Amda bukan reformist, anda cuma opportunist.
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝟮𝟯 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗥𝗖𝗜 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜: 𝗦𝗘𝗠𝗢𝗚𝗔 𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗔𝗥𝗔𝗡
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini memberi bayangan bahawa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji akan didedahkan dalam masa terdekat.
Sementara saya mengalu-alukan tindakan ini, saya juga berhak menarik perhatian orang ramai kepada latar belakangnya kenapa isu laporan RCI ini keluar secara tiba-tiba.
Saya timbulkan perkara ini dalam satu ceramah semasa Pilihanraya Negeri Johor dua minggu lepas untuk memberi pemahaman kepada orang ramai bagaimana kompromi politik akhirnya memakan diri, jika kompromi itu bertentangan dengan kepentingan awam.
Contoh yang paling baik ialah mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam Tabung Haji sepanjang lebih sedekad akibat kelemahan tadbir urus di bawah Barisan Nasional, yang disucikan oleh PAS atas nama perpaduan ummah.
Walaupun Tabung Haji telah diselamatkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan dalam tahun 2019, harga yang dibayar oleh rakyat adalah sangat tinggi.
Ia melibatkan puluhan bilion duit cukai rakyat untuk menanggung kerugian dari pelaburan-pelaburan Tabung Haji selama lebih sedekad.
Tabung Haji juga akan mengambil masa berdekad lagi untuk kukuh semula, sementara hutang berpuluh bilion itu perlu ditanggung oleh rakyat sekurang-kurangnya sedekad lagi.
Semasa Kerajaan Perpaduan yang ada ini dibentuk, antara keputusan paling awal yang perlu dibuat ialah mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai, sekitar awal tahun 2023.
Apabila sesuatu Suruhanjaya Diraja dibuat, hasil siasatan sepatutnya didedahkan kepada orang ramai kerana hanya isu-isu nasional yang melibatkan kepentingan awam yang disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Diraja.
Laporan Suruhanjaya Diraja Tabung Haji adalah terperinci dan saya yakin ia akan menunjukkan bagaimana institusi itu rosak di bawah pentadbiran Umno.
Ia juga membantu rakyat menghadam bagaimana sepak terajang politik, melalui tindakan suci mensuci terutamanya oleh PAS, membawa kekeliruan di kalangan rakyat mengenai apa yang telah terjadi di Tabung Haji.
Sepatutnya, laporan RCI Tabung Haji itu didedahkan seawal 2023 lagi apabila laporan itu mula-mula siap.
Tetapi pada ketika itu, Dato’ Seri Anwar sangat berhati-hati untuk menjaga hati UMNO, maka keputusan dibuat untuk menanam laporan itu.
Hanya setelah saya bersuara untuk kesekian kali; dan kali ini bersuara dari luar sebagai pengkritik, barulah dengan cepat keputusan hendak dibuat untuk mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai.
Saya adalah orang yang paling gembira apabila laporan RCI Tabung Haji ini didedahkan kerana ia membuktikan semua pendedahan yang saya telah buat antara 2015 hingga 2018 mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji adalah benar.
Saya lebih gembira kalau ia didedahkan dengan niat untuk membawa kebenaran seawal 2023 lagi, namun saya berdoa biarlah ada pengajaran kepada rakyat Malaysia dari episod-episod ini.
𝟮𝟯 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
Bagi pihak BERSAMA
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜