aku rasa downgrade daripada PMX bila orang lain tak kisah siapa naik jadi PM nanti bukan pengurusan ekonomi mahupun kefasihan bertutur dalam English tapi ketokohan dan nama di peringkat antarabangsa.
Anwar Ibrahim dah lama dikenali dunia sejak 90an dan aku rasa dia pemimpin terakhir dalam Malaysia yang ada that stature selepas Mahathir dan yang sebelum-sebelum diorang.
bukan pemimpin-pemimpin lain tak boleh jadi macam dia tapi ambil masa nak tempa nama di peringkat antarabangsa.
contoh Muhyiddin jadi PM call Jokowi pun kena perkenalkan diri. Zahid, Hadi Awang, Hamzah, Samsuri tak sampai level tu silap-silap pemimpin ASEAN pun ada yang tak kenal diorang.
itulah kasut besar yang perlu diisi Perdana Menteri seterusnya, pada pendapat aku.
politik ni dinamik & kelakar. tak sampai 2 bulan lepas pun Hadi Awang masih mengata Zahid pasal "DNAA", masih mengutuk UMNO yang mensucikan DAP yang anti-Islam.
harini berubah nada 180°
we have seen it all in Malaysia's politics
Tengok PRN Johor dengan Negeri Sembilan, rakyat Malaysia dah lupa dah masa gelap negara kita.
1MDB scandal, TH, Covid19
Berbillion hilang, berbillion dah rugi.
Oh my Malaysia. Aku mampu diam dan melihat. Semoga semuanya baik-baik sahaja
Kekal optimis dengan syarat perubahan yang sebenar perlu dilakukan. Kepimpinan DS @anwaribrahim telah dan sedang buat byk yang baik. PMX perlu bertugas mengemudi negara tapi isu perkauman & agama yg tidak terkawal, merugikan usaha yg baik. Jom perbaiki dgn serius!
Tahniah kepada Barisan Nasional atas mandat yang diberikan rakyat Negeri Sembilan. Mengucapkan penghargaan setingginya kepada seluruh pengundi yang telah bersungguh-sungguh ikut serta dalam praktik demokrasi yang baru selesai.
Penghargaan juga kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang telah memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan dan Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar selama lapan tahun.
Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut, Pakatan Harapan telah meninggalkan legasi pentadbiran yang cemerlang berteraskan tatakelola baik, kestabilan serta pembangunan yang memanfaatkan rakyat. Semoga legasi ini terus diperkukuh demi kemajuan Negeri Sembilan.
Kerajaan Persekutuan akan terus memberi dukungan dan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu demi kesejahteraan serta kemakmuran negeri dan rakyat keseluruhannya.
Dejavu mengingat kembali detik² akhir sebelum Langkah Sheraton berjaya 2020 dahulu. Betapa cemerlang mana pun pencapaian ekonomi tanpa dikawal isu sensitif bangsa-agama; maka akhirnya, pencapaian baik tetap tidak diambil kira. Sedar & ubah sebelum terlewat.
Kesedaran rakyat mengenai good governance ni pada sy memang sangat rendah. Sebab tu bila kita explain macam mana pun soal salah guna kuasa, rasuah etc ramai yang anggap remeh as long as tidak terkesan kepada mereka secara zahir dan langsung.
Pemikiran begini perlu dilawan dengan tegas dan lekas oleh Kerajaan Madani. Ia merugikan Muslim dalam beragama dan bernegara. Parti sudah dianggap agama?! Saya ingat ia adalah akaun palsu, tapi pemilik akaun ini byk juga buat rakaman video di FB miliknya.
Putrajaya Perdana Berhad (PPB) ni pernah dimiliki Jho Low melalui UBG dan Tabung Haji beli saham PPB (2014) ketika Jho Low masih memiliki saham dalam PPB (up until 2015):
PPB juga menerima RM170 juta daripada SRC International Berhad, dimana RM32 juta masuk ke dalam akaun Najib (2014).
Pemilik asal Putrajaya Perdana Berhad Rosman Abdullah juga saksi pendakwaan dalam kes SRC.
Tak pasti ada kaitan ke tak Jho Low dengan pelaburan Tabung Haji dalam PPB bernilai RM193.5 juta yang telah menyebabkan Tabung Haji rugi RM145.3 juta.
Kalau SPRM nak siasat dan buat audit forensik bolehlah mula daripada situ
Akmal bodohkan orang kampung mengenai fakta RCI Tabung Haji.
TH tak ada duit, macam mana boleh beri dividen tinggi? Duit mana yang TH rembat nak bayar dividen? Ini Akmal tak cerita.
Dalam Al-Quran ada banyak ayat
tentang kemurkaan Allah swt terhadap manusia seperti ini.