At the end of the day apa mostly orang Rohingya nak?
Yes. To be acknowledged as one of us. Menjadi ‘Melayu’. Diterima sebagai orang ‘Melayu’ dan warganegara.
And there are people who still couldn’t see this and said we are spreading false information?
OPEN YOUR EYES!
Singgahsana terapung?
Parang terbang merupakan ilmu kebatinan yang mahsyur secara lisan di Tanah Melayu. Sering dilaporkan penyaksian orang ramai pada zaman darurat.
Tiada sesiapa yang benar-benar dapat membuktikan sama ada ia semata-mata dongeng, atau ilmu sakti yang benar-benar wujud.
Di sebuah tempat di Kepulauan Nusantara, dikatakan tersembunyi lubuk ilmu-ilmu sakti yang telah dilupakan oleh dunia secara umumnya.
Bukan setakat parang terbang, dihikayatkan bahawa di tempat tersebut diamalkan ilmu ghaib yang membolehkan barang-barang yang lebih besar dan berat dapat diapungkan.
Jika benarlah semua itu, maka tidak mustahil takhta atau singgahsana terbang itu juga nyata.
Dikatakan di tempat itu juga tersembunyinya kekayaan dan rahsia yang boleh menggegar dunia. Maka, sejak berkurun, manusia berlumba-lumba untuk mencarinya.
Tempat itu dinamakan sebagai Sundagema. Namun, kewujudannya tidak dapat disahihkan. Tiada pengembara yang pulang dengan bukti penemuannya. Yang ada, hanyalah mereka yang berlayar dan tidak kembali.
Ada juga yang mengatakan ia wujud, namun terlindung dek penjaga yang ghaib. Penjaga yang tidak boleh dilihat, sentuh, mahupun dihidu. Namun kehadirannya dapat dirasa. Saat kehadiran penjaga tersebut dikesan, maka itulah penghujung riwayat buat sang peneroka.
Oleh itu, Sundagema kekal tersembunyi, terlindung daripada pencerobohan.
“Ghaib ialah ilmu yang belum dibuka.
Sundagema wujud, menunggu diteroka.”
Kisah selanjutnya, ada dalam karya terbaru saya, Empayar 4!
Empayar 4, dan 2 lagi karya baru saya yang terbit sempena sedekad (10 tahun) menulis sudah kembali available!
🔔 Ini link pembelian: https://t.co/lE5Mcx9y5x
Di pesta buku pun ada dijual! Di kedai-kedai buku pun sudah mula ada!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Binaan misteri dalam Empayar 4!
Ini lukisan kedua sebagai sambungan lukisan semalam! Esok, insyaAllah lukisan panjang ni akan lengkap!
Kali ini, lukisan ini menggambarkan satu binaan penting di tengah-tengah sebuah tasik dalam Empayar 4.
Diinspirasikan daripada seni bina bangunan purba di Nusantara, saya jelmakan kemegahan seni bina tamadun rumpun Nusantara pada binaan ini.
Ia sangat besar, sengaja lukiskan seorang manusia yang berperahu pada tasik tersebut supaya kalian dapat bandingkan skala kebesarannya.
Binaan inilah yang sedang diperhatikan oleh 3 orang putera dalam lukisan saya semalam! Dalam Empayar 4, kalian akan tahu apakah pentingnya tempat ini dalam dunia Empayar.
Esok, saya akan upload lukisan terakhir yang akan melengkapkan lukisan panjang ni!
Empayar 4, Komik Pelukis Jalanan, dan satu lagi keluaran LIMITED EDITION sempena 10 tahun akan dibuka untuk pre-order 9 HARI JE LAGI!
1 Mei, Jumaat, 9 malam. Akan ada pakej, ciri-ciri, harga, hadiah, dan items istimewa yang terhad hanya untuk pembeli terawal! Kalau berminat, kalian bolehla set reminder!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Kalau perlu berpatah balik masa, nasihat ini antara yang saya akan ceritakan pada diri saya yang masih belasan tahun. 💌
Saya terbang sambung pelajaran ke UK tanpa biasiswa. Terpaksa jadi pelukis jalanan untuk biaya kos pengajian.
SPM saya alhamdulillah, boleh dikatakan cemerlang. Dapat biasiswa untuk sambung pengajian seni bina ke United Kingdom.
Cuma saya buat silap ketika persediaan ke luar negara (A-Level). Saya menyimpang, membuatkan biasiswa saya dibatalkan.
Maka mulanya saya putuskan untuk tak sambung belajar. Saya nak terus meniaga je.
Ntahlah. Mungkin merajuk juga. Merajuk dengan diri, dengan sistem. Kecewa dengan tindakan diri sendiri. Bercampur-baur.
Tapi mama saya kata, “Kalau boleh, mama nak anak mama ada ijazah.”
Mama tak paksa. Tak marah. Mama hormat keputusan saya yang merasakan diri kononnya cukup besar untuk memilih haluan hidup. Mama cakap lembut je.
Kata-kata mama terngiang-ngiang dalam minda saya.
Maka saya beli tiket flight, saya packing mana yang patut, saya fly ke United Kingdom hahaha!
Dramatik je tu. Saya taklah fly tanpa plan. Saya dah ada tawaran uni di UK sebab result A-Level saya dulu taklah teruk. Result saya je kurang 1 point daripada syarat kelayakan biasaswa.
Passport, visa, semuanya kebetulan saya dah buat. Biasiswa je takda.
Tapi saya ada duit simpanan hasil berniaga sikit-sikit masa A-Level. Cukup untuk bayar separuh tuition fees untuk first year, & beberapa bulan duit poket.
Selebihnya saya berserah pada Allah. Pandai-pandailah saya survive.
Sampai UK, tempat tinggal pun saya tak ada. Saya tebalkan muka untuk gilir-gilir tumpang rumah senior & bilik sahabat baik saya di London. Moga Allah rahmati mereka dunia akhirat.
Kemudian slow-slow saya cari bilik sewa sendiri.
Macam-macam yang saya buat untuk survive & tamatkan ijazah. Kerja di kedai fast food. Busking. Jual lukisan di jalanan. Memang keluar terus daripada comfort zone.
Pegi uni jalan kaki 45 minit pegi, 45 minit balik sebab nak berjimat. Kalau tak, tambang bas sehari dah lebih RM10. Currency exchange tinggi!
Makan bercatu. Nasi lauk kuah mee segera tu dah biasa. Kalau dapat ayam goreng, kira mewah sangat dah. Kalau beli makanan untuk self-reward sekali-sekala, kena bahagi 2.
Memandangkan saya memang suka tulis blog sejak zaman sekolah, memori kenangan survival di UK ini pun saya catat.
Cuma bukan semuanya untuk dimuatnaik di blog. Saya tulis buat kenangan di hari tua.
Dipendekkan cerita. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya graduate ijazah sarjana muda seni bina.
Catatan survival saya tu? Ia ditakdirkan terbit menjadi sebuah buku hahaha! Panjang pula kalau nak cerita part ni.
Itulah buku first yang saya tulis. Keputusan untuk fly yang akhirnya menjadi titik mula hidup saya sebagai penulis sehingga berbelas buku kemudian.
Juga titik mula saya bekerja di London sebagai graduate architect.
Apa yang saya nak sampaikan ialah, saya sangat bersyukur sebab ikut nasihat ibu bapa saya dulu.
Benar, ada detik yang saya rasa tak penting untuk sambung belajar sebab dah mula reti berniaga. Tapi alhamdulillah, saya ikut juga nasihat ibu bapa dengan niat untuk memperoleh reda mereka.
“Redha Allah terletak pada reda ibu bapa, & murka Allah terletak pada murka ibu bapa.” Hadis riwayat at-Tirmizi.
Syukur, dengan niat untuk membahagiakan ibu bapa itulah saya dibuka jalan yang saya lalui sehingga ke hari ini.
Peringkat awal dewasa, kita akan rasa semacam baru bebas.
Perjalanan nampak mudah. Kita sebagai anak muda akan merasa pandai. Merasa berhak suara kita didengar, & berhak buat keputusan dewasa. Kita berkobar-kobar nak mencuba, nak teroka potensi, & buat tindakan besar.
Semua itu tidak salah.
Namun percayalah, tidak rugi kita dengar & mempertimbangkan nasihat yang lebih tua, terutamanya ibu bapa. Minat & kemahuan sahaja tidak cukup untuk mengemudi masa hadapan.
'Ambil kesempatan' untuk menumpang pengalaman mereka. Ambil peluang untuk raih reda mereka.
InsyaAllah, dengan niat yang betul, Allah akan pelihara kita. 🌹
10 tahun sekali 🌹
Dalam setahun, sekali je saya lancarkan buku baru. Dan kali ini, dengan rendah diri saya nak umumkan akan ada 3 keluaran khas! Ada berita gembira yang saya tak sabar nak maklumkan nanti!
Insyallah, akan datang 1 Mei ini. Akan available waktu pesta buku juga!
Terima kasih sebab masih ada di sini sepanjang 10 tahun saya menulis buku 🥹
Saya dapat 10A untuk SPM.
Alhamdulillah, layak untuk mohon hampir kesemua scholarship.
Saya bukan tiba-tiba nak bagitahu result tau hahaha! Apa yang saya nak cerita ialah, tindakan kita selepas SPM itu yang menentukan hala tuju kita. SPM tidak menjamin. Jangan ulangi silap saya.
Dipendekkan cerita, saya dapat scholarship ijazah architecture ke United Kingdom. Namun, ada kesilapan yang saya buat, yang mengakibatkan saya hilang kesemuanya.
Saya terpaksa jadi pelukis jalanan buat beberapa tahun.
Lepas SPM, kita terdedah dengan alam dewasa yang sebenar. Kita perlu buat pilihan besar. Tak ada orang pantau kita kat universiti. Nak tidur 24 jam tak pegi kelas pun tak ada siapa yang marah.
Time ni lah jiwa remaja kita teruji. Lagi mencabar dalam keadaan tiada pemantauan.
Instead of menjadi pelajar yang baik, saya banyak menyimpang. Saya berniaga, saya belajar agama (tidak salah. Cuma pembahagian masa & keutamaan saya yang salah), saya banyak cuba benda baru.
Saya jadi tak nak study.
Merasa diri dah besar, saya banyak buat keputusan pramatang.
Rebel. Saya terlupa tujuan & tanggungjawab sebenar saya. End up saya tidak capai keputusan yang baik untuk exam terakhir saya sebelum layak terbang ke United Kingdom.
Saya kurang 1 point sahaja. Sangat sayang.
Scholarship saya untuk ke UK dibatalkan. Rayuan ditolak.
Bila saya apply universiti dalam negara, hampir tak jumpa universiti yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia yang terima result A-Level. Semuanya minta result SPM.
Maksudnya, saya terpaksa bermula dari awal.
2 tahun A-Level ‘terbakar’ macam tu sahaja. Sedangkan kawan-kawan saya yang masuk asasi, matriks, diploma, semuanya berbaki 2-3 tahun je lagi untuk dapat ijazah. Ada yang dah nak kerja pun.
Saya? Daripada baki 3 tahun, jadi 5-7 tahun untuk ijazah seni bina. Sebab intake tahun tersebut dah tak dibuka.
Masa hadapan terasa gelap masa tu.
Memang rasa tak nak sambung belajar dah. 2 tahun yang 'sia-sia' itu ibarat 10 tahun bagi budak belasan tahun. Kita rasa stress & asyik compare dengan kawan-kawan yang lebih bernasib baik pada mata kita.
Sedih tengok kawan-kawan semua dah hampir tamat belajar sedangkan saya dengan SPM je.
Namun semua tu berlaku atas kesilapan saya juga. Maka, saya terpaksa hadap & perbetulkan semuanya semula.
Apa yang saya nak share ialah, hati-hati membuat keputusan di alam dewasa. SPM bukan penamat, bukanlah penentu segalanya.
Ya, alhamdulillah saya dapat 'kejar' balik akhirnya. Saya terbang ke UK dengan biaya sendiri. Terpaksa buat macam-macam kerja sambil belajar di negara orang. Siap jadi pelukis jalanan. Macam-macam cabaran saya lalui termasuklah kata-kata yang kurang enak daripada orang terdekat.
Tapi, kalian tak perlu lalui semua tu. Kalian boleh elakkan buat kesilapan yang sama.
Dan jika kalian temui jalan buntu, insyaAllah akan ada jalan keluar. Jika kita berusaha, tak give up, serahkan kepada Allah dalam semua hal, insyaAllah akan ada penyelesaiannya.
Take your time untuk bersedih.
Tapi ingatlah, gagal sekali, tak bermakna gagal selamanya. 🌹
Not everything online is meant to be your benchmark.
It’s easy to feel behind when everyone is posting their wins. But you’re only seeing highlights, not their full story.
Comparison steals the joy from moments that once felt enough.
So live gently.
Grow at your own pace.
Kali ini, kita imbas kembali Empayar 3 iaitu buku yang mendapat rating tertinggi dalam ketiga-tiga Siri Empayar!
Dengan posting ini, maka tamatlah ‘ulang kaji’ ketiga-tiga buku Empayar yang terdahulu! Saya mohon undur diri kejap tau?
Pasal ulang kaji, kalian tak perlu baca balik pun Empayar 1 hingga 3. Beberapa helaian pertama dalam Empayar 4 nanti saya ada tuliskan imbas kembali secara ringkas jalan cerita sebelumnya. Secukupnya, sahaja. InsyaAllah, saya dah ‘hidangkan’ semuanya yang patut. Kalian tinggal menjamah dengan tenang sahaja.
InsyaAllah, saya tulis Empayar 4 dengan niat agar ia mesra terhadap pembaca yang belum pernah baca Siri Empayar pun. Kalau dah baca, bertambahlah maklumat & penghayatan. Tapi kalau tak baca pun insyaAllah tak rasa kehilangan. Apa yang saya sediakan dalam 3 posting imbas kembali & backstory ni pun dah lebih daripada cukup.
Berdekatan dengan tarikh pre-order iaitu 1 Mei, saya akan aktif semula. Sekarang, saya kena ambil masa untuk mengemaskini manuskrip untuk fasa-fasa terakhir. Moga-moga Empayar 4 berjaya disiapkan pada tahap yang cemerlang dan tidak mengecewakan awak semua. Aminnn! 😭🤲🏻
Baiklah, saya mohon undur diri sekejap tau? Nanti saya muncul semula untuk announce beberapa perkara lagi terutamanya berkaitan 3 keluaran khas sempena 10 tahun.
🔔 Kalian boleh set reminder pada 1 Mei, 9 malam untuk menjadi pembaca terawal dan dapatkan naskhah cetakan pertama Empayar 4!
Empayar 4 akan keluar 36 hari lagi! Semalam kita dah ‘ulang kaji’ Empayar 1, harini kita akan ‘ulang kaji’ Empayar 2 pula! ✊🏻😤
Pelukis: Saya sendiri, bukan AI 🥹. Memandangkan ada satu bab dalam Empayar 4 nanti yang bertemakan wayang kulit, sengaja saya lukiskan poster ‘ulang kaji’ ni bertemakan wayang kulit juga!
Jika sekarang dunia sedang hangat dengan konflik di Iran, ketika Empayar 2 ditulis dahulu pula dunia sedang hangat dengan konflik puak militan yang mengaku memperjuangkan Islam dalam masa yang sama memerangi saudara seakidah sendiri.
Masyarakat menjadi keliru akan yang betul dan salah. Pihak mana yang harus disokong apabila kedua-duanya mengaku memperjuangkan Islam?
Maka, saya selitkan kupasan isu tersebut dalam Empayar 2.
🔔 Kalian boleh set reminder pada 1 Mei, 9 malam untuk menjadi pembaca terawal dan dapatkan naskhah cetakan pertama Empayar 4!
Sementara pre-order untuk Empayar 4 dibuka, kalau kalian nak dapatkan buku Empayar 1, 2, & 3, kalian boleh dapatkan secara online di link ni: https://t.co/aTguGjvpvl
Kat platform-platform jualan lain pun ada! Kalian boleh compare-compare harga kot-kot ada yang bagi diskaun! 😁
Empayar 4 akan keluar 37 hari lagi! Maka, saya akan mulakan ‘ulang kaji’ bermula Empayar 1 😂.
Pelukis: Saya sendiri, bukan AI 🥹. Saya cuba buat ala-ala wayang kulit. Maaf kalau ada yang terlebih atau terkurang 🙏🏻🥹.
Kalau kalian perasan, saya ada selitkan perbincangan tentang halal/haram cinta dalam Islam, pertunangan, & nikah muda dalam Empayar 1. (Jangan risau, buku ini sudah melalui tapisan dan pengesahan oleh mereka yang alim dan berkelayakan sebelum diterbitkan 👍🏻)
Sebenarnya, semua itu diambil daripada kisah benar yang berlaku di dalam hidup saya sendiri. Hari ini, saya ceritakan sikit. Kalau free, jemputlah baca!
🔔 Kalian boleh set reminder pada 1 Mei, 9 malam untuk menjadi pembaca terawal dan dapatkan naskhah cetakan pertama Empayar 4!
2026, masih lagi muka berpusing. Masih lagi membetulkan samping.
✨ Selamat hari raya, maaf zahir & batin semuanya! Moga Allah terima amalan kita. Moga diberi peluang untuk beribadah dalam banyak Ramadan lagi! ✨
Bercakap pasal muka ‘berpusing’. Seminggu dua yang lalu, video saya di beberapa platform tertentu tiba-tiba mencecah jutaan views. Maka, ada lah saya terbaca respons yang kurang senang dgn ‘cara’ saya.
Saya tidak mahu bertanya kenapa. Itu hak masing-masing. Saya tak mampu untuk mengawal apa yang terlintas di hati setiap yang melihat.
Tugas saya, hanyalah mencuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan contoh yang buruk & melanggar syariat, tidak menganggu sesiapa dgn sengaja, & juga cuba semampunya untuk tidak dgn sengaja membuatkan masyarakat sakit hati.
Penat nak menjawab di akhirat nanti 🥹😅
Maka saya jelaskan sikit ya?
Saya ‘pusingkan’ muka dalam setiap posting atas sebab-sebab peribadi, privasi, & penjagaan hati saya sendiri. Dah lebih 10 tahun saya kekalkan identiti macam ni. InsyaAllah, saya tak berniat untuk ganggu orang lain. Saya mohon maaf kalau ada menyakitkan mata sesiapa.
Sesungguhnya, saya sekali-sekala upload apa-apa update di social media pun adalah semata-mata untuk menyantuni penyokong karya saya. Saya tak mampu untuk menyapa seorang demi seorang bertanyakan khabar. Maka, dgn update kehidupan sekali-sekala macam ini lah saya boleh berhubung dgn mereka. Itu pun, jarang-jarang sekali je. Sangat jarang. Saya bukanlah content creator 🥹.
Sempena hari raya, saya mohon maaf kalau kemunculan saya di feed kalian buat kalian rasa annoyed atau apa-apa lintasan hati yang negatif. Sekali lagi, saya tidak pernah terlintas untuk ganggu ketenteraman sesiapa.
Percayalah, saya tak berniat langsung nak sombong, berlagak, ‘poyo’, atau apa-apa yang negatif. Kalau boleh, saya pun tak suka sangat upload-upload gambar ni hahaha! Tapi, ia dah jadi sebahagian drpd cara saya untuk berbudi bahasa, dan keep my readers updated. Dah menjadi tanggungjawab saya sebagai pengkarya untuk sekali-sekala ‘catch-up’ dgn mereka.
Again, maaf zahir & batin!
Selamat Hari Raya!
Moga Allah terima & redha dengan segala amal kita!
Jaga diri 🌹
Alhamdulillah, akhirnya siap juga manuskrip buku saya untuk tahun ni! Betullah tajuk yang majoriti kalian teka sejak hari tu. 🥹
InsyaAllah, pre-order untuk pembaca terawal Empayar 4 akan mula dibuka pada 1 Mei ni! Kalau awak semua sudi jadi pembaca terawal, & nak miliki naskhah cetakan pertama, bolehlah set reminder!
Okay tu je nak update kat kalian kali ni ✌🏻😁
Selamat beribadah dalam hari-hari terakhir bulan Ramadan, & Selamat Hari Raya!
#PBAKL2026 #KLIBF2026
Ye ye… saya sambung balik tulis buku baru 🙃📖
Saya saja-saja je buat video niii. Kejap je ni. Hehehe.
InsyaAllah tak lama lagi saya akan announce tajuk buku baru 👀✨ DAH NAK SIAP DAH MANUSKRIPPP! YAYYY! ✊🏻😭💕
And selamat berbuka puasa semuaa!