Korang tahu tak, bila Al-Quran sebut pasal burung Hud-hud, saya cuma nampak ia sebagai ilustrasi sahaja.
Tak pernah terfikir saya dapat tengok burung yang sebenar di halaman rumah di kampung halaman saya sendiri.
Makhluk yang sangat anggun dan mempesonakan.
Kalau nak tahu burung ni juga haram dibunuh. Ada hadis Nabi s.a.w pasal dia.
Kredit : frd.zzl
Gen Z ni ada empat.
1. Gen Z yang menduduki UPSR > PMR > SPM
2. Gen Z yang menduduki UPSR > PBS+PT3 > SPM
3. Gen Z yang menduduki UPSR > SPM, tiada peperiksaan utama Tingkatan 3.
4. Gen Z yang menduduki SPM sahaja.
Jadi jangan samakan semua
Gen Z ya.
1. Saya mengambil maklum pandangan YAB Perdana Menteri bahawa rakyat Johor perlu memilih kepimpinan yang bijak, berprinsip, tidak sombong serta mampu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.
2. Suka saya ingatkan YAB Perdana Menteri, pelantikan Menteri Besar dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor adalah atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.
3. Keputusan BN Johor untuk bertanding di semua 56 kerusi adalah satu keputusan yang sukar untuk diterima oleh YAB PM. Adakah keputusan saya dan kepimpinan BN memilih untuk berprinsip dan mendengar suara majoriti Bangsa Johor menjadikan saya seorang yang “sombong”?
4. Kami tidak pernah sombong untuk bekerjasama dan tidak pernah angkuh untuk menerima pandangan atau bantuan. Namun, kami mempunyai prinsip, amanah dan tanggungjawab kepada Institusi Diraja serta kesejahteraan rakyat Johor yang mesti dipelihara.
5. Malah, dalam banyak perkara, Kerajaan Negeri turut membantu melengkapi usaha kementerian-kementerian Persekutuan demi kepentingan rakyat Johor.
6. Setiap tahun, Kerajaan Negeri membantu setiap bilik guru dan sekolah, walaupun urusan pendidikan berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan.
7. Setiap tahun, Kerajaan Negeri turut membantu setiap CIQ, IPD serta kem tentera, walaupun perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.
8. Kerajaan Negeri juga membantu setiap hospital, klinik dan kemudahan kesihatan awam, walaupun urusan kesihatan merupakan tanggungjawab Kementerian Kesihatan.
9. Malah, apabila hasil negeri meningkat, Kerajaan Negeri bukan sahaja mengumumkan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam negeri, tetapi turut menghargai penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Johor.
10. Kami berbuat demikian kerana bagi Kerajaan Negeri, yang lebih utama bukanlah kementerian atau kerajaan mana yang bertanggungjawab, tetapi sama ada rakyat Johor mendapat manfaat.
11. Bukanlah niat saya untuk mengungkit atau berbangga dengan perkara ini. Tetapi saya dengan rendah hati ingin bertanya, dalam perkara apakah Kerajaan Negeri Johor dikatakan tidak memberikan kerjasama, tidak menyokong atau tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan?
A girl in Vietnam entered a clothing store but kept missing the saleswoman because they moved at the exact same moments.After about a minute, they finally bumped into each other in a funny “glitch” moment 😂
Follow up to the @deadpudds klia long term car park drama
Posting here coz she didn’t post it here. Follow her on instagram for the drama
Update: she has filed to @KPDNKK. If you kena, please file your claims also.
Rejim biadab Zionis Israel telah bertindak memintas flotila kemanusiaan Gaza dan telah pun menahan lebih 100 orang aktivis termasuk 16 aktivis dari Malaysia yang terlibat dalam misi aman membela kemanusiaan sejagat.
Tindakan kurang ajar rejim jahat ini terhadap terhadap misi bantuan kemanusiaan ini bukan sahaja mencabuli hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa, malah memperlihatkan kerakusan rejim Zionis dalam menutup ruang bantuan, menyekat suara kemanusiaan dan menindas sesiapa sahaja yang bangkit mempertahan dan membela rakyat Palestin.
Malaysia lantas mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan menuntut jaminan keselamatan serta pembebasan segera kesemua aktivis yang ditahan.
Dunia tidak boleh terus tunduk kepada kezaliman dan kebobrokan. Penindasan ke atas warga Palestin dan kepada mereka yang menggerak serta membawa bantuan kemanusiaan mesti dihentikan segera, dan Israel mesti berdepan keadilan dan pertanggungjawaban!
#MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
RM50,000 saya keluarkan untuk animasi pendek ini. Asalnya untuk 2 minit durasi.
Tapi animatornya, pihak @StudioMintt mahu berikan yang terbaik, durasi animasi ini bakal mencecah 3 minit 30 saat lebih!
Jadi nantikan, animasi pendek terbaru - Nirnama VS Tok Long Senyum.
Kes2 taboo ni memang tak ramai orang nak bincangkan pun. Sebab tu sekarang ni agak rajin aku bertanya pada doctor ID aku kaitan2 kes taboo selain HIV ni.
Many people don’t realize what a “Stacked Pension” actually means.
When a regular civil servant like a nurse retires after 30 years, they only receive one consolidated pension.
But for politicians, the laws allow them to collect multiple separate pensions simultaneously for the different roles throughout their careers.
For example:
• Lim Guan Eng: Eligible for 4 pensions (MP + Cabinet Minister + ADUN + Chief Minister)
• Hannah Yeoh: Eligible for 4 pensions (MP + Cabinet Minister + ADUN + State Speaker)
• Dr. Wan Azizah: Eligible for 3 pensions (MP + Cabinet Minister + ADUN)
Note: In 2024, PMX Anwar Ibrahim confirmed that Dr. Wan Azizah decided to waive her multiple streams and voluntarily draw only one pension out of moral responsibility
Syed Saddiq reveals how MPs and Ministers receive multiple stacked pensions.
That’s why politicians fought hard for multiple portfolios.
Many people don’t realise this and still idolise politicians
Kalau tempat kerja korang ikhtiraf cuti Hari Wesak, maka korang cuti sampai Selasa 2 Jun 2026.
And kalau bos atau HR kata syarikat tak ikhtiraf cuti Hari Keputeraan Agong, boleh bagi dia press release ni.
Share sampai semua tahu
Alhamdulillah...
Kota Bharu dah maju gais..
Kota Bharu dah mcm Ibiza gais..
Aku ingatkan Kelantan dgn PAS ni kolot rupanya aku silap.
Maafkan daku diatas kekhilafan ini.
😭
Kalau org lain sembang suruh guna rizab BNM tu ok lagi. Ni level exco PAS yg dicanang2 paling power bleh gebang camni
Skali sentuh duit rizab ni utk belanja fiskal, merudum habis MYR. Sbb mmg red flag pada international rating agency
Walau berbeza ideologi politik, tetaplah memandaikan rakyat dan anak muda ni perlu menjadi keutamaan nombor satu mana2 parti
Yg di atas tu, nak urus negara pun terkial-kial, apatah lg nk compete globally?
PEMBESAR
Bersungguh2 parti keramat sebuah negeri mempertahankan Undang mereka. Undang yang secara tidak berpelembagaan, cuba menggulingkan Raja sendiri. Tetapi dihentikan oleh Kerajaan Negeri.
Naratif war room yang dibawa:
“Undang itu sama taraf dengan Raja/ YamTuan Besar ya”. Diulam2 sampai lebam.
Untuk justifikasikan penderhakaan Undang kepada Yamtuan. Cuba memandirkan Rakyat Negeri Sembilan.
Sebab itu mari kita tusyen kan mereka melalui Undang-Undang Tubuh Negeri.
*************
Perkara 7: Siapa tertinggi dalam Negeri?
Dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan:
Perkara 7(1) jelas menyatakan:
Yang di-Pertuan Besar adalah Raja yang melaksanakan kuasa Perlembagaan
dan diberi keutamaan mengatasi semua orang lain dalam Negeri.
Perkara 7(3) pula menetapkan:
Hanya lelaki Melayu, beragama Islam, dan berketurunan Raja melalui nasab sah yakni Raja Radin ibni Raja Lenggang, boleh dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar.
Peruntukan ini jelas tunjukkan YDPB adalah orang nombor satu dalam negeri mengatasi orang lain dan berketurunan Raja sahaja yang boleh dilantik.
********************
Bagaimana pula dengan Undang?
Dalam UUT mereka dipanggil “Ruling Chief”
Perkara 14 menyatakan
Undang bagi wilayah Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau hendaklah terdiri daripada individu yang dipilih secara sah menurut adat luak masing-masing.
Maknanya Undang ni bukan keturunan DiRaja ya. Pembesar biasa di dalam Luak yang siap boleh sertai parti politik sebelum dipilih menjadi Undang *wink*.
Pelantikan dan pemecatan Undang walau boleh dibuat di peringkat Luak, namun perlu disahkan dalam Dewan Keadilan dan Undang (DKU) yang dipengerusikan oleh YamTuan Besar.
Kerana dialah Raja sebenar.
***********
Saya tak paham bagaimana pemimpin dan penyokong Parti Keramat sebuah negeri boleh keliru antara pembesar dan Raja sendiri.
Raja berketurunan Diraja.
Dengan gelaran “Yang Dipertuan Besar”
Undang tu hanya pembesar dengan gelaran:
♦️Dato’ Klana Petra
♦️Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman
♦️Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan
♦️Dato’ Lela Maharaja
Sekolah mana mereka belajar semua Dato ini sama level dan taraf dengan Raja/ Yamtuan? Budak Form 1 tengok nama pun tahu ini hanya level pembesar.
Ini sebenarnya helah nak menangkan Undang dalam pemecatan Yamtuan.
**************
Berhati2lah kita mendengar naratif untuk justifikasikan penderhakaan kepada Raja2 Melayu.
Dalam sejarah pun kita belajar, yang sering kali mengkhianati Raja bukan rakyat biasa tetapi pembesar istana.
Mereka ini pembesar yang “beraja di mata, bersultan di hati”. Maka eloklah kita berhati2.
Naratif war room mereka selepas pemecatan Raja dalam sidang media/ live FB, ialah untuk pertahankan Undang bukan pertahankan Raja sendiri.
Mereka menyebelahi pembesar Negeri. Membuat persepsi Undang ini lebih atas dari YamTuan.
Ini derhaka sekali!
Berhati2 menerima dan berhati2lah menyambung naratif mereka.
Kerana undang-undang negara juga jelas, cubaan menggulingkan Raja secara tidak sah bukan sekadar salah, tetapi boleh menjadi jenayah.
Jangan cakap sis tak payung pulak.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Aku suka tengok akak tu tegur, sebab tak semua orang berani tegur. Good job kak 👏🏻
Sudah-sudahlah hisap rokok dalam kedai makan. Hormatlah orang lain 😅