Ada hari yang tidur lama tapi badan tetap penat. Ada hari yang tidur sekejap tapi bangun fresh. Hakikatnya bukan tidur yang merehatkan, tapi Allah. Mintalah tidur yang merehatkan dari Allah, dan keberkatan waktu untuk kita selesaikan apa yang perlu.
Serahkan segalanya pada Dia.
Hadith yang buat aku menangis, bukan menangis kesedihan tapi menangis sebab aku pernah bersangka buruk pada Tuhan dan persoalkan takdir, sedangkan ujian itu bukti Dia sayang dan menguji iman, mahu aku lebih dekat denganNya.
Hadith yang buat aku bersyukur atas segala musibah.
ada perincian pada situasi ketiga yang ditunjukkan.
jika seorang maʿmūm itu masuk tatkala imām masih melakukan qiyām dan mampu untuk menghabiskan bacaan Sūrah al-Fātiḥah, dalam qadar yang sederhana, meskipun tertinggal sebanyak *tiga rukun yang panjang*, maka dia dikira…
Nabi Yunus a.s. memohon bantuan dari Allah, dan Allah keluarkan baginda a.s. dari tiga kegelapan:
1. Kegelapan perut ikan
2. Kegelapan lautan dalam
3. Kegelapan malam yang pekat
hari ini saya belajar benda baru - ada kegelapan keempat, sebelum kegelapan perut ikan, iaitu...
Infografik garis masa hayat Rasulullah SAW daripada kelahiran sehingga kewafatan.
Raikan Rabi’ul Awwal dengan mendapatkan buku Garis Masa Hayat al-Rasul SAW oleh @drzul_albakri .
Garis masa penuh di rajutan 👇🏻
Ada satu orang pernah pesan pada saya. Kata dia,
Dunia ni SUSAH nak dapat, tapi senang nak kira.
Akhirat pula SENANG nak dapat, tapi susah nak kira.
Saya garu kepala 😅
Dia kata lagi,
Yela, susah betul nak dapatkan dunia ni.
Kau tengok, sehari kena kerja sampai 8 jam, untuk dapatkan gaji 3,4 ribu sebulan.
Ada yang lagi susah, kerja sampai 12 jam, gaji cuma 1,2 ribu.
Tapi senang kan nak kira?
Kalau sejam kau dibayar RM20. 8 jam sehari dapatlah RM160. 20 hari sebulan dapatlah RM3200.
Tapi akhirat berbeza kata dia.
Setiap tahun pasti viral kenyataan: "Waktu sekian-sekian adalah mustajab doa kerana waktu tersebut jemaah haji sedang berwukuf di Arafah."
Sebenarnya kefahaman sebegini tidak betul. Jemput dengar penjelasan Ustaz Muhammad Fahmi Rusli ini.
@fahmirusliMFR
STAMINA BERDOA.
Pemerhatian aku semasa di Arafah lepas, orang kita punya stamina dalam berdoa agak rendah.
Tak ramai mampu angkat tangan lebih 1-2 jam berdoa tanpa henti seperti muslim Afrika, India, Pakistan dll.
Lama sikitpun sebab ada tekong dan baca doa yang orang kirim.