Semasa di Sekinchan pagi tadi, saya turut melakukan ‘spot-check’ ke dua buah sekolah di Parlimen Sungai Besar yakni Sekolah Rendah Agama Ehyaul Falah dan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur.
#MalaysiaMADANI
Pagi tadi saya hadir ke MSekin Wonderland bertempat di Sekinchan, Selangor untuk Program Sentuhan Agro MADANI Peringkat Negeri Selangor. Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Dato’ Menteri Besar Selangor.
#MalaysiaMADANI
Belum selesai skandal LCS, meletup satu lagi skandal pertahanan negara: kali ini pembelian meriam artileri bernilai RM853j.
PM & MOF arah Mindef lantik syarikat 2 tahun secara rundingan terus.
Tak percaya? Baca & semak surat2 dr PM MOF dll 👇
https://t.co/2VPAe51SAu
Sebar!
Sesungguhnya umat Islam seluruh dunia amat berdukacita di atas kembalinya ke rahmatullah Shaikh Yusuf Al-Qaradhawi tengahari sebentar tadi (mengikut waktu Qatar).
Kenyataan Media
4 September 2022
Saya menggesa Ketua Polis Negara untuk segera menghentikan segala bentuk tekanan dan gangguan terhadap saudara Rafizi Ramli.
Saya sambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini terkait mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak.
Keputusan ini membuktikan rakyat itu berkuasa dan telah membuat satu keputusan untuk mempastikan badan kehakiman bebas dan bersihkan negara daripada rasuah.
Selepas skandal LCS meletup, mesti ada ikan2 bilis yg jadi kambing hitam.
Tp saya akan terus kejar jerung2.
Ini ringkasan pendedahan saya mengenai skandal LCS setakat ini.
Tonton, makan popcorn & kongsi.
Insya Allah misteri kapal halimunan ini akan terjawab juga 🤣
Kebersamaan @UPKOMalaysia Dalam Keluarga Besar @pakatanharapan_
Saya mengalu-alukan kemasukan UPKO ke dalam keluarga besar Pakatan Harapan yang baru diumumkan Setiausaha Agung Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail petang tadi.
#PakatanHarapan#NadiRakyat
Pertemuan selama lebih satu jam bersama YAB PM @IsmailSabri60 di Perdana Putra di mana kami bersetuju dengan beberapa isu dan perkara mendesak saat ini tanpa mengabaikan aspek kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi serta untuk meredakan suhu politik negara.
Foto: PMO