Sewaktu berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri hari ini, saya singkap dalam setiap pengalaman yang kita lalui, tersimpan pelajaran berharga yang membentuk kebijaksanaan dan kematangan kita sebagai sebuah kerajaan serta sebagai penjawat awam.
Kita belajar daripada kesilapan, kita dengar suara rakyat, dan kita berani melakukan perubahan kerana tujuan kita jelas adalah memperkukuh tadbir urus, membanteras ketirisan, menentang rasuah, serta mengekang penyeludupan yang merugikan negara.
Saya berdiri teguh memberikan sokongan penuh kepada semua badan penguatkuasaan yang berani bertindak tanpa gentar. Jangan takut dengan tekanan, jangan tunduk pada kuasa. Tiada sesiapa yang kebal di sisi undang-undang. Integriti mesti kekal sebagai nadi dan roh dalam setiap perkhidmatan awam.
Kita juga harus insaf bahawa kekuatan negara bukan hanya bergantung pada ilmu dan kepakaran, tetapi pada nilai moral serta prinsip etika yang menjadi panduan dalam setiap tindakan dan keputusan.
Marilah kita terus bekerja dengan tekad dan kejujuran, menjunjung amanah yang diberikan rakyat, demi keluarga, masyarakat dan masa depan Malaysia yang bersih, berintegriti dan bermaruah.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
Program terakhir saya di Ipoh hari ini ialah menghadiri Kenduri Rakyat Bersama Warga Sekolah Pondok, sambil berpeluang menyantuni para pelajar, pendidik dan masyarakat setempat.
Saya kagum melihat kemudahan dan infrastruktur di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, yang bukan sahaja selesa tetapi juga mampu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh pembelajaran serta pembentukan sahsiah pelajar.
Dalam ucapan, saya tekankan bahawa pondok di Malaysia, pesantren di Indonesia, zawiyah dan ma‘had di negara lain, semuanya mempunyai sejarah panjang dan peranan besar dalam membina tamadun bangsa.
Di institusi seperti inilah lahirnya insan berilmu, berakhlak dan berjiwa merdeka. Di sinilah juga tertanam semangat menentang penjajahan, mempertahankan maruah serta memperkukuh jati diri umat.
Anak muda hari ini perlu memahami bahawa kekuatan sesuatu bangsa tidak hanya terletak pada kekayaan atau kuasa, tetapi pada ilmu, iman dan nilai perjuangan yang diwariskan oleh institusi seperti pondok dan pesantren ini.
Warisan ilmu dan semangat ini perlu terus kita hidupkan, agar akar budaya, akidah dan jati diri bangsa kekal teguh dalam menghadapi cabaran dunia moden.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
Syukur ke hadrat Allah SWT, sembilan lagi wira dan wirawati kita selamat tiba di Istanbul, Türkiye.
Jentera kerajaan di bawah kendalian Kementerian Luar Negeri di Istanbul akan memastikan kelancaran proses membawa mereka kembali Malaysia dalam masa terdekat.
Penghargaan saya kepada Kerajaan Türkiye yang membantu permudahkan urusan ini.
Alhamdulillah!
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
In the heart of Khan Younis, amid the rubble and dust, a scene captures the pain of an entire city: a frail cat clings to a child who returned searching for his home turned to ashes.