🚨 MAJOR BREAKING: Premier League confirm an independent Commission has found Manchester City GUILTY OF ALL CHARGES related to serious breaches of the Premier League’s financial rules over a nine-season period, and the majority of charges in relation to its failure to co-operate with the League’s investigation.
The club has the right to appeal the independent Commission’s findings and has until Friday 2 October to exercise that right.
The Premier League Board’s intention is that the full process (including any appeals and publication of relevant decisions) is concluded as soon as possible.
The independent Commission found that between Seasons 2009/10 and 2017/18:
- Manchester City arranged ‘sham’ contracts (which misrepresented the true agreement between the parties) with a number of its commercial partners, as well as relying on ‘sham’ agreements with others, to artificially inflate the club’s revenues and reduce its costs
- The club filed misstated accounts and concealed the true state of its finances from its auditors and football regulators
- Manchester City was significantly in breach of both the Premier League’s and UEFA’s spending limits
- During the Premier League’s investigation, Manchester City committed multiple breaches of its duties of co-operation and utmost good faith towards the League (three of the four alleged breaches were upheld)
We need another quality heritage player seperti :
Cools
Laine
Corbin
Tapp
Jarang injured, Regular starter, Perform setiap game. Player local need to step up seperti Arif Aiman. Admin percaya ramai talent local di feeder club JDTII dan SFC 2.
Say no to fake players 👎
Penyatuan dua hati yang membangunkan sebuah negara. Berpisah buat sementara, moga ketemu semula di syurga.
Selamat jalan ke negeri abadi, bonda permata negara, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Binti Mohamad Ali.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa, menerima segala amal, melimpahkan rahmat-Nya, dan menempatkan beliau dalam kalangan insan yang beruntung di sisi Allah.
Takziah buat Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad & keluarga.
3 sebab kenapa Tun Hasmah terpegun dengan Tun Mahathir Mohamad kekal menjadi kisah cinta abadi mereka.
70 tahun, 1 bulan Tun Hasmah di sisi Tun Mahathir suka duka bersama bukan lagi sekadar kisah cinta biasa, Itu makna setia.
Salam takziah buat Tun Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Saya, Azizah dan keluarga berdukacita menerima khabar pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pagi ini.
Kami mengenali Almarhumah sebagai Kak Hasmah, seorang yang lembut tutur katanya, namun tabah dan kuat jiwanya, malah sentiasa mengambil berat tentang orang di sekelilingnya dengan kasih sayang seorang ibu.
Hari ini, negara kehilangan sosok keibuan yang dekat di hati rakyat. Sementalahan, kami akan mengenang Kak Hasmah dengan rasa kasih yang mendalam, bersama segala jasa dan kebaikan yang ditinggalkannya.
Saya dan Azizah merakamkan setulus takziah kepada Tun Dr Mahathir serta seluruh keluarga, dan mendoakan semoga Allah SWT mengampuni Almarhumah, menerima segala amal baktinya serta mengurniakan ketabahan kepada mereka yang ditinggalkan.
Al-Fatihah.
Hari ini, Tun Mahathir menangis lagi. Dan untuk pertama kalinya, tangan yang selama ini sentiasa ada untuk menyambut kesedihannya sudah tiada.
“The power of the hand” itu mungkin sudah tiada di sisi Tun Mahathir. Tetapi kasih di sebalik sentuhan itu akan kekal sepanjang hayat.
Di sebalik ketegasan seorang negarawan yang pernah menerajui negara selama puluhan tahun, terserlah sisi seorang suami yang sedang berdepan kehilangan paling besar dalam hidupnya.
Wajah Tun Dr Mahathir Mohamad jelas menyimpan kesedihan ketika memberikan penghormatan terakhir buat isterinya, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.
Air mata yang mengalir seakan menggambarkan betapa beratnya sebuah perpisahan selepas lebih tujuh dekad bersama mengharungi perjalanan hidup.
Hari ini, seorang negarawan mengiringi pemergian insan yang bukan sekadar isterinya, tetapi teman hidup sepanjang perjalanan panjangnya.
📸: Astro / Azrul Rafie
#AWANInews
Seorang wanita berkongsi petua daripada ibunya untuk mendapatkan kerang rebus yang lebih manis dan tidak tawar.
Caranya, kerang yang sudah dibersihkan terus dimasukkan ke dalam kuali tanpa tambahan air. Kacau dan balik-balikkan kerang di atas api, kemudian tunggu sehingga kerang
ISTIADAT PENGEBUMIAN PEMBESAR NEGARA BUAT ALMARHUMAH TUN DR SITI HASMAH MOHD ALI
Bagi pihak Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat Malaysia, saya menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pagi tadi. Negara tetap mengenang sosok keibuan dan menghargai jasa Almarhumah.
Saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk membantu pengurusan dan memberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Almarhumah.
Ingatan dan doa saya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga dalam menghadapi kehilangan ini. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Almarhumah, menerima segala amal baktinya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.
ANWAR IBRAHIM
28 September 2026