Disaat Allah memberi ujian. Diamlah seribu bahasa, senyumlah tanpa kata, rasai nikmat ujian dari Allah kerana ujian itu tanda Allah sayang kepada kita.
Malam Jumaat antara malam yang sangat baik untuk kita memperbanyakkan doa. Imam al-Syafie menyebut dalam al-Umm bahawa terdapat lima malam yang doa padanya diperkenankan. Antaranya ialah malam Jumaat.
Bagus suami yang menyokong isteri untuk me time. Tetapi itu bukan bermaksud membiarkan semuanya tanpa sempadan halal dan haram. Tugas kita sebagai ketua keluarga adalah memimpin keluarga ke arah reda Allah. Sayangi mereka, jaga akhirat mereka.
Sejak kahwin, tiada lagi mandi di tempat umum. Sungai tidak. Laut tidak. Kolam bercampur jantina pun tidak. Baju renang yang patuh syariah pun bila keluar dari air akan melekat di badan juga.
Larangan suami ini bertepatan dengan hadis Nabi ﷺ: "Demi Zat yang jiwaku ada pada tangan-Nya, tidaklah seorang perempuan menanggalkan pakaiannya di selain rumah seorang daripada ibunya melainkan dia telah mengoyak setiap tirai penutup antara dirinya dan Allah SWT.” [HR Ahmad (27578)]
Inilah kata-kata Nabi ﷺ ketika bertemu dengan Ummu al-Darda semasa beliau baru keluar dari tempat permandian umum.
Jika teringin nak mandi kolam, pergilah hotel yang ada private pool atau kolam yang khas untuk wanita.
Bila kita dambakan lelaki qawwam sebagai suami, maka kena bersedia untuk taat pada semua perkara yang makruf.
Dalam dunia yang penuh kesibukan, tekanan, ujian dan keresahan, hati manusia sentiasa memerlukan tempat untuk kembali. Allah SWT telah menunjukkan jalan yang paling mudah, paling dekat, paling berkesan untuk menenangkan jiwa iaitu dengan mengingati-Nya. Perbanyakkan zikir walaupun sedikit, walaupun dalam kesibukan bekerja, memandu, berjalan atau berehat. Lidah yang basah dengan zikrullah akan membawa ketenangan kepada hati, kekuatan kepada jiwa, keberkatan dalam hidup.
Semoga Allah menjadikan kita daripada kalangan hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya dalam setiap keadaan.
#UstazWadiAnnuar #Zikrullah #TazkirahHarian #PenenangHati #MotivasiIslam #Dakwah #HayyDeen #JomBerzikir
𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗨𝗠𝗨𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗪𝗘𝗦𝗔𝗞 & 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜-𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚
Dimaklumkan bahawa sambutan Hari Wesak yang jatuh pada 31 Mei 2026 (Ahad) melayakkan pekerja menerima cuti gantian pada 2 Jun 2026 (Selasa), selaras dengan peruntukan semasa yang berkuat kuasa.
Manakala, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 (Isnin) merupakan cuti umum wajib yang perlu diberikan kepada pekerja dan tidak boleh digantikan, sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955.
Semoga hebahan ini menjadi panduan kepada semua pihak dalam merancang urusan kerja, perjalanan serta komitmen harian dengan lebih tersusun dan efisien.
#JabatanPerdanaMenteri
#HariKeputeraanYDPA
#MalaysiaMADANI
#CutiUmum2026
#HariWesak
@shamsulazribakr@MalaysiaPMO
Jangan sampai anak “hilang” di depan mata.
Banyak kerosakan bermula daripada perkara yang nampak kecil seperti telefon, pengaruh kawan dan vape.
Tanpa sedar, mereka semakin jauh walaupun ada di depan kita. Jangan lepas tangan.
Kita yang melahirkan, maka kitalah yang bertanggungjawab membimbing mereka sebelum dunia gelap yang mengambil alih hati mereka.
TERKINI
HARGA EMAS JATUH TERUK HARI INI
Emas kini jatuh 25 peratus daripada nilainya yang memecah sejarah beberapa hari lepas. Sekaligus kehilangan 10.3 Trilion USD daripada pasarannya
KEMASKINI
BERITA BURUK UNTUK MALAYSIA
Berita buruk untuk Malaysia hari ini apabila Arab Saudi dilaporkan tidak akan menjual minyak kepada Negara Asia termasuk Malaysia pada bulan April. Ini susulan mereka mengurangkan pengeluaran dan ancaman keselamatan kerana Perang US Iran
70 peratus minyak untuk rakyat Malaysia dibeli dari Negara Negara Arab dan Malaysia paling banyak beli minyak dari Arab Saudi iaitu sebanyak 33.3 peratus diikuti UAE sebanyak 20.6 peratus
Ia bersamaan 1/3 keperluan minyak Malaysia dengan kos sebanyak RM 18 Bilion. Kini cabaran besar untuk Malaysia mencari pengganti kepada Arab Saudi untuk membeli minyak. Dengan banyak negara berebut dan pengeluaran minyak dunia berkurangan. Malaysia semakin hampir hadapi masalah besar
Pengisytiharan rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M akan diumumkan pada:
🗓 19 Mac 2026 (Khamis)
🕗 8:00 malam
Penentuan dibuat berdasarkan cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara
Sama-sama kita nantikan pengumuman ini dengan hati yang penuh syukur…
Terima kasih gomen.
Maknanya, kalau kau pakai trak pikap angkat barang LalaMove, dah tak perlu permit.
Selama ni, grey area. Angkat barang opis guna trak sendiri pun, polis saman.
Sekarang dah tak. Mudah untuk kita.
Proses nak de-control ni lama sebab babitkan undang-undang, and so SYABAS GOMEN!
Kau permudahkan hidup kami. Cuma pikap aku isi diesel, diesel RM3.92 bang.
Perit ni.
Alhamdulillah, saya telah membuat beberapa pengumuman khusus buat rakyat menjelang perayaan Aidilfitri membabitkan:
• Cuti tambahan pada Jumaat atau Isnin, tertakluk kepada tarikh Hari Raya Aidilfitri.
• Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri berkuat kuasa 14 hingga 28 Mac 2026.
Moga inisiatif ini dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat, memastikan harga barangan kekal berpatutan, selain memudahkan perjalanan pulang ke kampung halaman.
Semoga Syawal yang bakal tiba membawa lebih kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#YakinMADANI