DNF = DRAMA NEVER FADE
Pengalaman saya berurusan dengan orang parti MUDA, memang takde seorang pun dalam parti tu boleh pakai.
Baik yang masih ahli parti, atau yang pernah jadi ahli parti.
Semalam, semua pengalaman yang pernah saya lalui itu telah diperkuatkan dengan 'honest mistake' oleh Syed Saddiq sendiri.
Yang sebenarnya bagi saya bukan honest mistake pun.
Honest mistake ni kesalahan yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa disengajakan dan tanpa niat buruk.
Contoh, tersalah taip alamat emel dan emel tu tak sampai ke penerima.
Ini honest mistake orang putih kabo.
Tapi kalau masuk perlumbaan, tetiba dapat habis sejam lebih awal dari race sebelum ini sampai terus naik podium nombor 3 dan bangga tayang keliling kemudian ada orang tegur meragukan tapi kita masih berkeras rasa kita betul, itu bukan honest mistake dah.
Saya tak pernah masuk triathlon. Tapi dulu pernahlah berlari half marathon lebih 10 tahun dulu.
Dan saya tahu satu benda untuk mereka yang masuk perlumbaan long distance selalu taksub ialah masa.
KIta kalau boleh nak catat masa yang lebih baik dari sebelumnya. Tak menang tak apa janji masa dicatat ada improvement. Bila masuk marathon, atau triathlon ke, kita sebenarnya berlumba dengan diri kita sendiri.
Orang putih kata, we run our own race.
Jadi pada saya, Syed Saddiq sebenarnya patut tahu pace, jarak dan paling penting masa dia sendiri. Masuk akal atau tidak.
Takkan lah sepanjang perlumbaan tak tengok pace, jarak dan masa?
Atau kalau ya tak sempat tengok pun, bila dah habis takkan tak tengok rekod data sendiri?
Mana-mana racer, bila habis lumba rekod data itulah diorang akan tengok dan belek.
Sebab itu susah nak percaya bila dia jawab, honest mistake.
Tak, ini bukan kesilapan kecil yang boleh berlaku kepada sesiapa secara tak sengaja.
Ini BIG MISTAKE, yang boleh dielakkan jika kita lebih teliti dan tidak terlalu ghairah canang dulu semak kemudian.
Tapi itulah, dia pilih untuk abaikan catatan yang tak berapa masuk akal dan terus up gambar naik podium.
(Dalam hal ini organiser pun salah juga)
Hari tu saya macam nak percaya juga yang dia berlari dari Muo ke parlimen 200KM.
Tapi lepas kes DNF ini, saya pun ragu-ragu dah.
Dan betul lah macam yang saya dah pelajari selama ini...
MUDA ni, takde seorang pun yang boleh pakai.
@harinsekhonn What innocent mistake? Any amateur runner that suddenly broke PB record by 10-15% would immediately noticed, let alone an extra hour off from normal pace. You call yourself an athlete?
PARLIAMENT | Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman said his participation in a roadshow being organised by Perikatan Nasional does not mean he will support the opposition coalition.
Instead, he said he decided to join the tour as it involves the people’s issues, and will be joined by various quarters including civil societies.
"The suggestion is that we use a neutral platform where we can galvanise the energies of people from all walks of life."
Full story: https://t.co/vdDivf6i7x