@madiustangau Kau sedap makan elaun jadi bos SE padahal staf2 SE kat bawah ni kerjanya pow kontraktor. Kawan aku tiap2 hari kena spend 200 kt staf SE. Hari2 kena pow. Kau kat atas buat lahanat?
@madiustangau Weh kau check la staf2 SE ni kat daerah2 di Semporna Tawau Kunak LD kerja mereka pow kontraktor, pow customer. Kau jadi org atas SE buat apa kalau tak turun padang. Tanya sendiri pengalaman kontraktor dan customers.
Another impressive achievement of Malaysia.
Under PMX @anwaribrahim leadership, we are on the right track now.
Come and show your support to the madani government, give us more time to fix and rebuild our nation.
Let’s do it together!
#MadaniBekerja
Alhamdulillah, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia melonjak ke kedudukan 54, mencerminkan usaha Kerajaan MADANI memerangi rasuah yang sistemik serta membetulkan kelemahan struktur tadbir urus negara.
Peningkatan ini antaranya didorong oleh tindakan penguatkuasaan tegas SPRM, PDRM, LHDN dan JKDM, termasuk kejayaan memulihkan lebih RM15.5 bilion hasil negara melalui rampasan aset, dana dan pembanterasan sindiket rasuah serta ketirisan yang telah lama menjejaskan kewangan awam.
Kerajaan MADANI juga tidak berkompromi apabila integriti institusi strategik dipersoalkan. Tindakan tegas terhadap salah laku dan penyelewengan dalam sektor pertahanan, di samping pembongkaran kartel serta rasuah berprofil tinggi, menegaskan prinsip bahawa tiada sesiapa yang kebal daripada undang-undang.
Pencapaian ini juga adalah peringatan untuk kita menggandakan usaha memerangi rasuah secara konsisten dan berani, demi memulihkan keyakinan rakyat serta memastikan amanah negara terus dipertahankan.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#JenteraMADANI
[TERKINI] Sdr. Akashah dari parti MUDA menang pemilihan PIBG Pra Sekolah di sebuah sekolah negeri Perak.
Beliau telah mengangkat sampah di hadapan Guru Besar sejurus keputusan diumumkan.
@NgaKorMing Dear YBM. Bolehkah YBM tolong pantau Majlis Daerah Semporna Sabah. Sebab banyak bangunan yang perlu renovasi mereka tak benarkan. Akhirnya penduduk lokal rasa pedihnya. Anjing liar makin byk, kotor dan kecurian. Tolong rakyat YB.
Ahli Parlimen PAS, Siti Zailah kemukakan permohonan paten di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk perkataan ‘Alhamdulillah’ dan ‘Insya Allah.’
“Selepas ini, 2 perkataan ini milik PAS dan hanya boleh dilafaz oleh ahli PAS,” ujarnya.
Minggu lalu, usai menghadiri sidang Parlimen, saya bergegas ke kediaman Abang Mat sebaik mendengar khabar beliau kurang sihat.
Saya bawa sedikit bunga — bukan selalu lelaki bagi lelaki bunga, tapi untuk sahabat lama, apa salahnya kan?
Kami telah lama berjalan seiring sejak zaman politik jalanan lagi — melalui suka dan duka perjuangan yang panjang.
Abang Mat adalah antara tokoh pemimpin yang saya hormati dan sanjungi dalam perjuangan ini. Doa saya semoga Abang Mat segera pulih, dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk terus istiqamah berbakti kepada rakyat dan negara.
Saya dengar ucapan belanjawan Ahli Parlimen Marang, DS Hadi Awang.
Antara hujah utama: ekonomi kita berkiblatkan IMF dan Bank Dunia, sedangkan Malaysia ada kawan-kawan negara Islam yang kaya. Patut bersandarkan kepada negara-negara Islam.
Bila ditanya Ahli Parlimen Hulu Terengganu yang menyarankan supaya Malaysia tidak menggunakan USD, Marang bersetuju kita tidak lagi guna USD.
Bunyi sedap di warung-warung kopi.
Yang tidak dihurai:
Semasa beliau jadi duta khas berstatus menteri ke Timur Tengah, kenapa beliau tidak berjaya membina kerjasama ekonomi dengan negara-negara Islam yang beliau selalu rujuk ni?
Semasa beliau jadi orang penting kerajaan dan PAS ada menteri-menteri, kenapa PN tidak menukar sistem supaya tidak lagi menggunakan USD?
Ahli-ahli parlimen PN tepuk tersenyum lebar lepas dengar ucapan Marang, sedangkan rakyat tersenyum sinis.
Kenapa orang semenanjung mesti nak menjajah orang sabah. Kenapa mesti nak buli orang sabah. Memang la orang sabah ni miskin, tercicir pendidikan dan kurang berpengalaman. Tetapi mereka hidup juga selama ini, jaga anakbini. Itulah "kearifan lokal".
Elaun Perumahan 50j (RM12K)
Elaun beras 12j (RM3,109),
Elaun bahan api 7j (RM1,814)
Sedangkan rakyat dia, nak dapat 50K rupiah (RM12) sehari pun payah.😔
Artıkel 55 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Hanya Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkuasa mutlak utk bubar Parlimen.
1) mungkin beliau sudah lupa wujudnya Artikel ini.
2) mungkin beliau tak tahu wujudnya artikel ini, walaupun byk penggal jadi Ahli Parlimen.
3) mungkin sudah tabiat beliau memperkecilkan kuasa YDPA & Raja Raja Melayu, semasa beliau bertugas sbg PM.