Terbukti DAP hanya menggunakan Tun Mahathir untuk tarik undi Melayu. Inilah permainan politik mereka, semua atas kepentingan peribadi. Akhirnya, rakyat yang rugi. #TsunamiPHitnah#PRU14
Salam Nisfu Syaaban semua, sama-sama kita perbanyakkan doa dan amalan di malam mulia ini, semoga permohonan dan amalan kita diterima Allah SWT, dan semoga Malaysia terus dirahmati dan diberkati, Insya-Allah.
Sape, antara alat muzik paling merdu sekali bunyinya. Saya masih ingat saya pernah berjumpa Alena Murang, pakar alat muzik ini yang aktif mempromosikan muzik sape dan budaya Sarawak. Malaysia memang penuh dengan keunikan tersendiri! #1Malaysia
Singgah minum petang di Bekenu, disambut meriah murid-murid SMK Bekenu, terima kasih! Sukacita saya umumkan kelulusan RM50 juta untuk Klinik Kesihatan baru dan RM5 juta untuk Esplanade di Bekenu. #DahulukanRakyat
"Manifesto Pakatan Pembangkang, sebenarnya tanpa segan silu meniru/copy paste, apa yang kebanyakannya telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan BN."
#manifestoBN#DahulukanRakyat#ManifestoPH#HarapanPalsu
https://t.co/twIrotNnLK
“PM memang tidak pernah menghampakan rakyat di luar bandar kerana dia tahu hidup rakyat di luar bandar sebab beliau biasa datang ke Sarawak” – Andrewson Ngalai #DahulukanRakyat
Menyampaikan Hadiah Kepada Pemenang Majlis Tilawah dan Menghafal Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H/2018M di Kompleks Islam Putrajaya. @MyJAKIM@dsjamilkhir@drasyrafwajdi
8.30 malam esok, saya mengajak saudara-saudari semua, untuk saksikan sendiri sejarah yang bakal dicipta, depan kaca TV atau pun melalui media sosial, pelancaran sebuah dokumen perancangan untuk masa depan Malaysia. #HebatkanNegaraku !
https://t.co/XNo5J9CBlq
Sememangnya, pembubaran ini, menzahirkan komitmen Kerajaan Barisan Nasional terhadap proses demokrasi berparlimen dengan membolehkan pilihanraya umum bagi kali yang keempat belas untuk negara semenjak tahun 1959 dijalankan menurut lunas undang-undang.
https://t.co/xu9DumzdBo
Tetapi perjalanan kita belum berakhir, banyak yang perlu kita laksanakan lagi agar tercapai impian kita. Saya sekali lagi meminta rakyat Malaysia untuk terus kepercayaan kepada saya dan @barisanasional.
Insya-Allah, dengan izin Allah jua, bersama, kita #HebatkanNegaraku.