Akhirnya anak aku sendiri jadi mangsa pedophilia.
Asalnya aku nak diamkan sahaja cerita ni. Tapi rasa tak tenang kalau tak kongsi demi memberi kesedaran kepada lebih ramai parent.
Kejadian berlaku pada penghujung Januari hari tu. Aku bawak anak aku ke masjid untuk solat isyak. Untuk privasi aku tak dedahkan anak aku yang mana. Aku namakan anak aku Nuh. Umur lingkungan 7-8 tahun.
Malam tu aku bawa dia ke masjid seperti biasa. Aku solat di saf hadapan dan dia berada di belakang bersama kawan2 lain sekitar 5-6 orang.
Ada masa dia rajin, dia solat. Ada masa dia malas, dia main sahaja dengan kawan2. Malam tu dia bagitau dia taknak solat dan aku ok kan saja. Dia main dengan kawan2. Lepas solat, dia datang dekat aku dan cerita satu per satu apa yang terjadi masa jemaah tengah solat.
Masa tu dia tengah susun selipar dekat entrace (dia memang suka susun selipar bila bosan). Kebetulan kawan2 yang asalnya sama2 duk main dekat entrance tadi semua masuk dalam masjid tinggal dia seorang. Tiba2 datang seorang lelaki dengan motor tanya lokasi tandas. Nuh tunjuk arah tandas. Kemudian, abang tu minum air lepas tu dia ajak Nuh teman dia ke tandas.
Nuh bersama dia jalan ke tandas. Bila sampai di tandas, dia buka seluar Nuh dan the rest is history. Aku ringkaskan sahaja taknak detail sangat. Secara konklusi, air liur lelaki tu melekat pada xx anak aku. Dan alhamdulilah, tak ada berlaku sebarang tusukan pada mana2 rongga Nuh. Tak ada perbuatan yang menyebabkan apa2 cecair dari lelaki tu masuk ke tubuh Nuh. Kejadian berlaku sekitar 4 minit sahaja. Bila keluar dari tandas, dia terus berlalu dengan motosikal dan Nuh masuk dalam masjid. Tak sampai seminit lepas tu, jemaah siap solat dan bertebaran.
Semua pergerakan direkod cctv dan sudah diserahkan kepada polis. Muka suspek pun agak jelas kelihatan. Aku agak umur suspek sekitar 25-29 tahun. Nuh bagitahu dia pernah nampak orang ni sebelum ni (dia pernah cerita yang dia bantu tunjukkan tandas kepada seseorang) tapi masa tu dia tak buat apa2 lagi. Maksudnya, dia dah study behavior budak2 dekat masjid tu.
Kalau difikir logik, budak kecik macam tu apa yang dia dapat? Jangan sangka orang gila berfikir macam kita. Wiring otak orang gila pedophilia dah menyongsang teruk. Dapat sentuh xx budak kecik pun dah cukup untuk puaskan nafsu.
Mungkin tulisan ni boleh mengganggu urusan pihak polis untuk kes ni. Cuma aku decide juga untuk share benda ni supaya boleh menyelamat ramai kanak2 dari menjadi mangsa pedo.
Bawa anak ke masjid tak salah. Yang salah ialah persekitaran kita sekarang yang orang gila semakin ramai.
Kepada parent, sebelum apa2 berlaku pada anak kita, tolong waspada selalu. Tolong berhati2 bila bawa anak ke tempat awam seperti masjid. Lebih2 lagi pada musim solat tarawih ni. Anak2 akan datang ke masjid secara berulang2. Kalau boleh bawa anak yang dah boleh berfikir dan berbincang supaya senang ikut arahan kita. Boleh faham pesanan kita, apa respon jika berhadapan dengan orang asing dan jika berlaku sentuhan di bahagian sensitif.
Kepada pihak masjid, jika ada kemampuan boleh buat 1 tempat khas untuk anak bermain dan sediakan penjaga sepanjang Ramadhan ni. Cctv mesti pasang yang berkualiti. Bukan asal ada sahaja.
Jika berlaku juga, parent tolong segera buat repot. Jangan tangguh. Terutamanya jika ada cecair melekat. DNA adalah data penting dalam kes pedo. Kalau berlaku malam, malam tu jugalah pergi balai tanpa tukar pakaian.
Alhamdulilah. Anak aku tak trauma. Dia ok sahaja. Boleh bercerita penuh. Boleh beri kerjasama baik dengan pegawai penyiasat.
Semoga Allah selamatkan kita dan keluarga dari segala bahaya dan malapetala serta perbuatan orang2 gila.
Oleh Hafiz Mustafa
Aku perasan satu benda pasal kedai mamak.
Kita belum sempat duduk, dia dah berdiri tepi meja ambil order.
Baru sembang dua ayat, air sampai.
Baru sekali teguk, makanan sampai.
Padahal orang penuh satu kedai.
Takde drama. Takde excuses.
Semua bergerak.
Lepas tu kita masuk kedai orang kita sendiri.
Sudu plastik berkerak.
Nasi sikit macam ration time perang.
Nak ambil order, tunggu staf yang entah kat mana.
Lampu pula warna warni, tapi dapur tak menyala.
Bila orang kata,
“Eh, kenapa mamak sentiasa ada pelaris?”
Jawapan dia simple sebenarnya.
Bukan sebab mistik. Bukan sebab pelaris.
Sebab mereka faham satu benda:
👉 orang lapar tak suka menunggu
👉 servis laju adalah tanda hormat
👉 konsisten lebih penting dari cantik
Mamak tak sempurna.
Tapi mereka tak main-main bila bab kerja.
Kadang bukan rezeki tak sampai.
Cuma cara kita layan orang… buat orang tak nak datang balik.
Hello @GrabMY. I used your AI chat but it’s clearly not helpful so here I am. I booked a ride in advance for 6:45am. The driver arrived at 6:35 am. He called me at 6:37 am, telling me he’s been waiting for 2 minutes. 1/n
HR: Expected salary awak RM3,800 ya?
Calon: Ya betul sebab dalam job ad tulis range RM3,500 ke RM4,000.
HR: Kenapa awak rasa awak layak dapat RM3,800?
Calon: Dari skills dan pengalaman yang saya ada, saya rasa saya layak dapat gaji macam tu.
HR: Tapi tu sebenarnya dah melebihi dari kemampuan kami. Jarang kami bayar orang lebih dari setengah dari range gaji tu. Maksima kami mampu bayar RM3,750. Itupun kalau dia betul-betul layak.
Calon: Adakah saya mempunyai semua ciri-ciri yang syarikat ni perlukan?
HR: Dari resume yang saya baca ni, memang memuaskan.
Calon: Dari pengalaman yang saya ada, adakah selari dengan jawatan ni?
HR: Ya selari tapi...
Calon: Then kenapa panggil saya datang interview ni?
HR: Sebab awak ada skills dan ciri-ciri yang kami cari.
Calon: Tapi kenapa encik rasa saya tak boleh dibayar RM3,800?
HR: ...
Credit: LinkedIn
⚠️ DO NOT EVER get in a Grab with this driver.
I had the most disgusting, terrifying ride of my life. He talked openly about sex and made me feel so unsafe. I recorded part of it. Help me make sure no one else becomes his next victim. @GrabMY I want action. Here's what happened:
Scientifically, bila u sidai baju malam, humidity tinggi & pakaian yang u jemur tu boleh serap balik wap air, hence makin lembab dan hapak. Bila terlalu lembab, dan takde pengudaraan/pencahayaan yg baik, dia boleh membiakkan microbes. Tu yang bila pakai, gatal-gatal. 😂
To those yg nak fly, here my tips.
Flight ni ada domestic and international
Domestic - dalam negara
International- Luar negara
So sini aku nak cerita tentang persiapan korang before naik flight after dah beli tiket.
Got this message from a uitm dengkil student, it’s beyond disgusting and very disturbing to read.
The perpetrators were alleged of threatening the whistleblower and forcing them to delete photos of the KKK march.
1/3
Dapat RM100 duit SARA, boleh cover duit barang dapur, duit sendiri boleh pakai layan kehendak sikit2.
Walau tak merasa pon apa2 bantuan kerajaan, aku tumpang gembira sekali tengok orang lain gembira
TripAdvisor Trending Travel Destinations
1. 🇯🇵 Osaka, Japan
2. 🇲🇾 Kuala Lumpur, Malaysia
3. 🇦🇷 Buenos Aires, Argentina
4. 🇧🇭 Manama, Bahrain
5. 🇵🇪 Lima, Peru
6. 🇨�� Medellin, Colombia
7. 🇳🇿 Auckland, New Zealand
8. 🇯🇵 Kyoto, Japan
9. 🇰🇷 Seoul, South Korea
10. 🇲🇦 Casablanca, Morocco
11. 🇰🇷 Jeju Island, South Korea
12. 🇿🇦 Johannesburg, South Africa
13. 🇵🇭 Luzon, Philippines
14. 🇪🇬 Sharm El Sheikh, Egypt
15. 🇨🇴 Bogota, Colombia
MASJID 'HIJAU' | Masjid Raja Haji Fi Sabilillah (MRHFS) di Cyberjaya merupakan masjid 'hijau' pertama di negara ini, dengan dilengkapi pelbagai fasiliti yang menjimatkan penggunaan tenaga asas seperti elektrik dan air.
Masjid itu turut menggunakan panel solar yang ditempatkan di atas keseluruhan bumbung, berkapasiti 500 kWP.
#BuletinTV3 #panelsolar #masjid #Cyberjaya
Tenaga yg dihasilkan oleh satu cip uranium = 1,000 kg arang.
Sekarang arang digunakan sebagai sumber tenaga sebab arang lebih cekap dari renewable energy.
Tapi, arang kotor dan tak selamat. Nak ganti kecekapan arang adalah nuklear. Nuklear bersih dan selamat.
Semoga Malaysia dapat jadikan nuklear sebagai sumber tenaga.