إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها
Mendapat khabar duka pemergian ibunda, Pegawai Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak , Cik Hazwani Kahar.
Saya terus ke rumah kediaman beliau di Taman Jaya, Bandar Tun Razak selepas sesi Dewan Rakyat dan Mesyuarat Khas di Parlimen.
Turut bersama Datuk Haji Azman Abidin; Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.
Semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Semoga keluarga diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini.
Apa yg PMX umumkan harini:
1. PendakwaRaya dan AG dipisahkan.
2. PM max 10 tahun / 2 penggal.
3. KSN max 10 tahun.
4. Akta Ombudsman.
5. Sara Bulanan masuk 9 Jan.
6. STR 500 masuk 20 Jan 2026.
7. 100 untuk SEMUA bermula 9 Feb.
8. Bantuan sekolah 150
9. Tahfiz 200 juta
10. SJKC 80 juta
11. SJKT 50 juta
12. Cukai sewa PMKS turun dari 8% ke 6%
13. Tiada cukai servis untuk jualan bawah 1.5juta
14. E-invoice ditangguh
15. Tekun Nasional 500juta
Ada banyak lagi tapi ini main points yg aku dapat.
Terbaikkkk lahhh Kerajaan Madani ❤️
Sebagai bekas pelajar Maahad Muhammadi Lelaki, PC, aku sahkan kami memang tak nyanyi lagu Negaraku dan lagu Kelantan.
Kalau bab politik, boleh kata majoriti anak muda menyokong PAS. Sokong UMNO ni dikira satu hal yg berdosa.
Itulah doktrin.
1) Rafizi Ramli pernah akui yang beliau bimbang 5 sekolah baharu je dibina setahun di zaman PN. Kesesakan kelas akan berlaku.
Alhamdulillah, Fadhlina Sidek telah ubah perkara ini. Bilangan sekolah baharu adalah:
2024: 26 sekolah
2025: 44 sekolah
Dari sudut kebebasan kehakiman, kes ini adalah ujian pertama buat kerajaan Madani kerana kes ini melibatkan PM sendiri. Saya kira kerajaan lulus dalam ujian pertama ini.
1/3
Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali menemui ilahi.
Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba.
Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam.
Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.
Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia.
Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembangunan dengan nilai.
Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.
Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan.
Namun lebih dari segala pencapaian itu, Pak Lah mengajarkan kita erti kemanusiaan dalam kepemimpinan.
Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi.
Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.
Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi.
Selamat jalan, Pak Lah.
Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.
ANWAR IBRAHIM
Bukan kerja aku nak back up kerajaan apa lagi SKMM. Banyak benda kita tak puas hati dengan SKMM khususnya melibatkan hak kebebasan bersuara di media sosial.
Tapi memandangkan nama Bersih dah dipetik dan dituduh sebagai barua kepada tindakan diskriminasi dan penindasan seperti yang digembar-gemburkan. Lagi teruk apabila kita dianggap sebagai celaka.
Maka aku bertanggungjawab untuk mejawab.
1) Kompaun melibatkan kes hina Islam tidak sebanyak kompaun dalam kes hina agama Hindu.
Kes yang dikatakan menghina Islam berlaku sebelum 11 Febuari 2025.
Apa yang berlaku pada 11 Febuari 2025?
Satu pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) telah berlaku dan berkuatkuasa. Pindaan tersebut antaranya melibatkan Seksyen 233 iaitu kadar kompoun. Sebelum 11 Feb 2025, kadar kompaun maksimum yang boleh dikenakan adalah RM50k.
Tetapi selepas 11 Feb 2025, kadar kompaun dalam Akta 588 dinaikkan ke kadar maksimum RM500k.
Maka sebab itu dapat dilihat perbezaan kadar kompaun kerana ia berlaku di waktu antara sebelum dan selepas pindaan Akta 588.
2) Kompaun yang dikenakan dalam isu hina Islam telah dikenakan secara langsung kepada individu yang melakukan kesalahan.
Tetapi dalam kes hina agama Hindu, kompaun tidak dikenakan ke atas individu terbabit. Hingga ke hari ini individu terbabit masih belum dikenakan hukuman kompaun.
Sebaliknya kompaun dikenakan ke atas Maestra Broadcast Network Systems Sdn Bhd iaitu pemegang lesen SKMM.
MBNS adalah sebuah anak syarikat milik Astro yang punyai keuntungan substantif
3) Kompaun RM60k melibatkan KK Mart?
Denda RM60k yang dikenakan ke atas KK Mart adalah hukuman yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam - Hakim Muhamad Anas Mahadzir. Maka ia bukan keputusan kerajaan.
Nasihat saya kepada kawan-kawan terutama yang bergelar guru, tak perlu terus jatuhkan hukum tanpa buat semakan fakta terlebih dahulu apa lagi melibatkan isu sensitif agama dan kaum.
Tanggung jawab kita adalah membina jambatan untuk eratkan hubungan masyarakat, bukan membakar jambatan dan memporak-perandakan tatanan hidup bermasyarakat yang kita kongsi sekian lama sebagai rakyat Malaysia. FA
Bedah Siasat Tuduhan Fadli Salleh:
1. Tuduhan “Type lain” (Cina) boleh lepas dengan minta maaf
❌ Fakta: Semua kes yang disebut (KK Mart, Ricky Shane, Cecilia Yap, dll.) diambil tindakan undang-undang, bukan sekadar minta maaf. Tuduhan ini pukul rata dan tidak berasas.
2. Lagu negara lain didahulukan berbanding Negaraku
❌ Fakta: Mengikut Akta Lagu Kebangsaan 1968, memang lagu negara pelawat dimainkan dahulu. Tiada isu baharu pun, cuma Fadli tak semak fakta.
3. Persembahan drone bendera Malaysia-China adalah penghinaan
❌ Fakta: Ini sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China, ditaja oleh China sendiri. Hubungan baik ini memberi manfaat ekonomi kepada Malaysia, termasuk pelancongan dan pelaburan.
🔹 Pengajaran:
✅ Jangan percaya bulat-bulat tuduhan tanpa semak fakta.
✅ Jangan main sentimen perkauman untuk agenda sendiri.
✅ Hubungan antarabangsa penting untuk ekonomi negara.
Dah masuk 2025, masih nak percaya auta Fadli Salleh?
Di sebalik PAS beria menunjukkan mereka lebih sokong Najib berbanding UMNO, mereka sebenarnya sangat terdesak.
Ramai yang tidak tahu atau anggap usaha tebuk atap telah berakhir. Sebenarnya tidak. PAS dan Bersatu masih gigih berusaha. Rundingan dan tawaran dibuat termasuk mencadangkan PM baru daripada UMNO.
Solidariti terhadap Najib ini hanyalah sebuah kesempatan yang dilihat oleh PAS untuk menunjukkan bahawa mereka sedia kembali bersama UMNO. Walaupun Bersatu tidak begitu teruja dalam kebersamaan ini, PAS tidak begitu mengambil peduli kerana PAS percaya Bersatu lemah dan lebih perlukan PAS berbanding PAS perlukan Bersatu. Kalau UMNO pun PAS boleh ketepikan, inikan pula Bersatu.
Dalam setiap pilihan tindakan politik PAS sejak 1990, PAS sentiasa beruntung. Memang tidak mendapat semua yang diidamkan, tetapi sedikit demi sedikit PAS beroleh lebih banyak. Bila dirasakan tidak beroleh lebih banyak, situasi krisis diwujudkan untuk menjustifikasi langkah mereka keluar daripada kerjasama. Lihat kes kerjasama dengan Semangat 46-Angkatan Perpaduan Ummah, dengan Barisan Alternatif, dengan Pakatan Rakyat, dengan Muafakat Nasional… coraknya hampir sama.
Cuma, dalam banyak perkongsian dengan pelbagai pihak, saya mengatakan PAS memang kuat namun ia lebih banyak bersandar kepada kelemahan lawan dan krisis lawan. PAS masih belum dapat menjelmakan kepimpinan yang diyakini umum kerana ia memerlukan idea, sikap inklusif, kekuatan diplomatik, tunjang budaya dan karisma sebagai pakej. Kekuatan PAS masih dikepung dalam kepompong sendiri.
Saya sampaikan dukungan penuh terhadap ucapan sahabat karib saya, Presiden Prabowo Subianto semasa Sidang Kemuncak D-8 baru-baru ini di Kaherah, Mesir.
Presiden Prabowo telah menyampaikan kebenaran yang pahit namun penting untuk didepani dengan baik dan bijaksana terutamanya berkaitan hak kenegaraan Palestin yang merdeka dan berdaulat.
Justeru, Malaysia dengan tuntas dan tegas mendukung kepengerusian Bapak untuk D-8 pada tahun 2025. Saya menantikan kerjasama erat dengan Indonesia untuk memastikan ia menjadi organisasi yang lebih dinamik dan terangkum. Sebagai negara serumpun, Malaysia akan bersama dalam lipatan sejarah ini bagi mengangkat suara rakyat negara-negara membangun.
#MalaysiaMADANI
Di bawah kepimpinan PMX YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia terus mencerminkan kematangan dalam kestabilan politik, lonjakan ekonomi yang progresif, dan keharmonian sosial yang kukuh.
Inilah Malaysia yang kita idamkan, sebuah negara yang adil, makmur, dan harmoni—dan bersama, kita wujudkan impian ini menjadi realiti.
#MalaysiaMadani
#KementerianDalamNegeri
Ringkasan dari Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Berkenaan Pulau Batu Putih
Pada 2 Feb 2017, Malaysia telah failkan Permohonan Semakan ke atas keputusan ICJ bahawa Pulau Batu Puteh milik Singapura.
Permohonan ini selaras dengan Artikel 61 Statut ICJ atas sebab penemuan bukti baharu.
1/10
“Sheer hypocrisy”
Malaysian prime minister @anwaribrahim speaks to me about the West and Israel in a Zeteo exclusive. We talked Gaza, Hamas, China, Uyghurs, Ukraine, Trump, Islamophobia, corruption, and more.
Full interview, filmed in Kuala Lumpur: https://t.co/a3t1V8Win3
Pembangkang sekali lagi membuat tuduhan jelik dengan menabur fitnah dan kebencian terhadap Kerajaan.
Harus diingat bahawa Kerajaan sama sekali tidak pernah berbincang untuk mengubah prinsip sama ada bahasa atau Islam atau hak keistimewaan Melayu Bumiputera, juga kedudukan Raja-Raja Melayu.
Selagi saya menjadi Perdana Menteri, perkara seperti ini tidak akan dibincang atau disuarakan.
#MalaysiaMADANI
In this episode, Daniel is investing his time to woo the hearts of Anne's parents. The only thing he's not investing in are schemes that are too good to be true and are purportedly supported by BNM!
__
Dalam episod ini, Daniel melaburkan masanya untuk menawan hati ibu bapa Anne. Tapi Daniel tidak akan sekali-kali membazir masa melayan skim yang indah khabar dari rupa dan kononnya disokong oleh BNM!
#BNMAmaranScam #JanganKenaScam #ScamAlert #SoalSekatSebar #AndaLebihBijak