This is what a true leader is. When Sayyed Ali Khamenei was asked to go to a safe place, he said, "If you can take all the people of Iran to a safe place, I am ready to go." A true leader always thinks of his people first. All of you must retweet 🔁
#Irán#IranWar#Israël
100 hari di KUSKOP bersama usahawan Malaysia.
Tq warga KUSKOP, you delivered!
Fokus saya satu sahaja: Hebatkan Perniagaan Malaysia.
Kita nak Power Up bisnes rakyat Malaysia tak kira kaum dan agama.
Power Up, Jalan Teruih!
Siapa yang kenal nombor plat atau lelaki dalam gambar ini? Dia telah menampar anak kak ngah saya di Petron Umbai.
bila ajak untuk buat laporan polis, dia terus melarikan diri. Nombor telefon pun tak sempat ambik.
Mohon bantuan semua untuk viralkan supaya individu ini dapat dikenal pasti.
Dalam wajah lemah itu saya nampak semangat yang tidak pernah padam. Semangat yang mengingatkan kita bahawa walau sebesar mana pun cabaran, dia berjiwa besar dan sentiasa mencari jalan untuk mara ke hadapan.
Jalan Teruih Putri.
Enough is enough!
Sudah tiba masanya semua bentuk keganasan dan provokasi agama serta kaum dihentikan sepenuhnya.
PDRM harus bertindak segera dan tegas terhadap semua pelaku tak kira siapa, dan mereka harus dikenakan tindakan undang-undang yang paling keras sekali, tak kira yang pijak Al-Quran, yang pijak simbol agama Hindu, yang buat provokasi roboh kuil, yang buat vandalisme, yang bakar kenderaan.
Rakyat Malaysia harus bersatu dalam isu ini - say no to ejen provokasi, say no to ekstrimisme!
Musuh kita bukan sesama sendiri, tak kira kaum dan agama. Ketika dunia sedang bergolak, Rakyat Malaysia harus bersatu untuk hebatkan perniagaan Malaysia, bangunkan ekonomi negara demi kesejahteraan semua, tak kira kaum dan agama.
Semua pihak bertanggungjawab untuk menurunkan suhu perkauman dalam masyarakat majmuk kita. Berhenti sebar dan kongsi kebencian. Berhenti tambah api perpecahan.
Saya akan bangkitkan isu ini dalam mesyuarat Kabinet besok.
Puan Syitah pegawai Majlis Bandaraya Seberang Perai. Saya kenai dari masa jadi Ahli Majlis lagi. Pagi tadi kami berjumpa masa saya melawat pasar awam kat Bukit Mertajam.
Kini dia dah naik pangkat ada paku kat bahu.
Tq Syitah atas segala jasa usaha kerjasama selama ini. Saya bangga tengok Syitah pakai uniform pegawai.
Kita oghang Penang, Jalan Teruih!
Aku harap sangat Steven dapat jadi MOF. Nak tengok apa dia boleh buat dengan negara kita pada skala yang paling besar. Function gila dia ni duduk mana-mana ministry pun.
Setahun lalu, hidup Hilmi betul-betul diuji. Tujuh sekeluarga dengan anak-anak masih kecil hidup di dalam kereta. Sekarang hidup mereka dah jauh lebih teratur dan stabil daripada dulu.
Hari pertama di KUSKOP: Untuk 1 tahun ini, KUSKOP akan fokus seluruh usaha dalam Strategi ABCD untuk mengemudi ekonomi rakyat Malaysia:
Anjakan productiviti
Birokrasi dipermudahkan
Capaian modal
Daya akses pasaran
3 keputusan pertama pada hari pertama saya di Kementerian:
1) moratorium pembayaran balik pinjaman tanpa faedah kpd MSME & koperasi yg terkesan dgn bencana banjir seluruh negara di bawah 7 agensi KUSKOP.
2) Peningkatan modal mikrokredit untuk PMKS Malaysia: Bumiputera Melayu, Sabah, Sarawak dr RM300J ke RM500J; komuniti India RM30J ke RM50J; skim pembiayaan mikrokredit baru PMKS komuniti Cina RM50J. Penambahan pasaran modal mikrokredit sebanyak RM270J!
3) Arahan kepada pengurusan tertinggi untuk serta merta menyemak semula proses & kos birokrasi merentas seluruh Kementerian untuk mengurangkan karenah birokrasi bagi meningkatkan kecekapan dan mewujudkan persekitaran lebih mesra perniagaan. Hasilnya lanjut akan diumumkan bulan Januari 2026!
Jalan teruih!
@KUSKOPMalaysia
Selepas selesai semua urusan Parlimen, perut rasa lapar - rupanya dah pukul 2pm, saya pon ajak #TeamAOS yang bertugas di Parlimen hari ini untuk teman saya makan tengah hari. Dah lama nak cuba kedai ni - Dapor Cik Oli di Damansara Utama (uptown) sebab menyediakan masakan orang johor. IC 01 kenalah support kedai makan Johor.
Saya cuba Mee Bandung Muo dan team saya order macam2 & kami share nak rasa seperti nasi ambeng, lontong kuah, lontong darat, laksa johor, goreng pisang cicah sambal kicap, lempeng kelapa, Satay Muo etc.
Dan Alhamdulillah dapat berjumpa dengan “tauke” kedai, pasangan suami isteri muda yang pandai berniaga dan cukup ramah Hafeeza & Shukri. Insya-Allah akan dtg lagi dan saya doakan semoga perniagaan bertambah maju!
#YBAOS
#MajuJohor
#PengerangJagaPengerang