He’s just 14 and he’s been taking care of his little sister since they lost their parent ,he had to get a job at a fuel station and was caught working since he wasn’t of age to work. They took him to court , to take his little sister away and here’s what the judge had to say .
SARUNG
Dah berapa minggu kita kupas cerita di kayangan, hari ni Ticer nak kita kembali ke bumi.
Update kes Wan Ahmad Faris.
Update terakhir ialah penemuan DNA campuran atas kain sarung arwah. Maknanya polis dah trace dan jumpa beberapa DNA lelaki selain arwah melalui tompokan darah.
Dan polis baru2 ini telah ambil DNA sampling dari 42 orang. Untuk dipandankan. Namun mungkin ambil masa lama. Berbulan sudah tiada berita.
Itu sebab baru2 ini Peguam Negara sedikit mendesak penyiasatan dipercepatkan.
The ball is now in PDRM’s court. Kita tengok arah mana mereka nak score goals.
***************
Ketika kami mula2 ambil kes ini, membaca Nota Keterangan Inkues, membuatkan darah tinggi. Membuak2 perasaan. Banyak sgt villain…
Dari Yayasan Islam Kelantan arahkan dan Maahad Tahfiz runtuhkan crime scene sebelum habis siasatan, ke Faris difitnah “bunuh diri sebab dirasuki jin dan syaitan”.
Namun yang paling melekat di minda, luluh di hati.
Bilamana saya terbaca, bagaimana Pegawai Penyiasat dalam kes ini, campak barang Faris dalam tong sampah. Cermin mata, selipar dan sarung (kain pelekat) dia.
Mujur diketahui si ibu, lalu dikorek tong sampah itu. Dikutip barang2 tinggalan anaknya, meraung dia di sana.
Apa punya kejam ya? Tak boleh ke barang2 tu disimpan dulu. Dipanjangkan ke keluarga selepas kes selesai.
But now we know, kain pelekat itu ada petunjuk. Adakah perlu dilenyapkan?
Disimpan barang anak oleh sang Ibu berbulan2. Sampai lah lawyer desak agar polis ambil balik untuk siasatan. Namun tiada tindakan.
*****************
Semasa prosiding inkues, laporan Jabatan Kimia telah merekodkan kehadiran darah pada kain pelekat arwah, dengan profil DNA campuran melibatkan lebih daripada seorang penyumbang.
Namun, perkara ini tidak disusuli dengan sebarang padanan DNA, pengambilan sampel suspek, atau siasatan lanjut, atas alasan “tiada arahan”.
Maka apa yang berlaku hari ini bukanlah penemuan baharu, tetapi tindakan yang tertangguh hampir 13 tahun.
Keadilan bukan sentiasa tentang bukti baharu.
Kadangkala, ia tentang keberanian untuk akhirnya bertindak ke atas bukti lama.
Ini yang kita tekankan berapa kali. Ibu ayah turun naik pejabat YB sana sini. Tapi mereka menjauhkan diri.
***************
13 tahun menunggu tanpa jawapan. Dan sekarang Jabatan Peguam Negara sudah campur tangan.
Saya kalau boleh taknak terlalu menyalahkan yang lama. Sama ada IO dan PDRM. Kita tahu ada tangan2 ghaib yang mengarahkan. Sebab IO pun tiada kepentingan.
Cuma kes ini sudah start fresh. Buka buku baru. Pasukan Penyiasat pun orang baru. Yang kita boleh sandarkan harapan di situ.
Doakan mereka terus buat kerja tegakkan keadilan untuk mangsa, tanpa ada kacau ganggu.
Bagi tangan2 ghaib yang wujud, satu sahaja pesanan kita. Allah itu satu. Dia yang maha berkuasa, tiada lain di atasnya.
In sya Allah, kifarah itu ada…. kami akan berusaha tanpa henti untuk dapatkannya .
Al-Fatihah untuk Allahyarham Wan Ahmad Faris.
Seorang anak Hafiz yang kematiannya masih belum dibela. Sambil dia menunggu di alam sana.
Salam hormat,
Team Justice For Wan Ahmad Faris
Many vegetables hide their real power not in what they are, but in how you treat them 🥬
Simple habits like resting chopped produce, adding a touch of acid or healthy fat, or using gentle heat can dramatically increase nutrient absorption & flavor👇👇👇
Comfort Zone ni sebenarnya PERANGKAP
✅ Gaji selamat
✅ Dah master dengan tugas
✅ Tak ada tekanan berat
Tapi yang sebenarnya
❌ Skill tak berkembang
❌ Career pun takat tu je
❌ Tak berwawasan
Tanpa sedar, kita cuma menukar waktu dengan duit. tak ada value yang bertambah.