🇲🇾📞📞📞🇮🇷
Saya telah berhubung dengan Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian, bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung konflik Asia Barat yang kian meruncing.
Malaysia merakamkan takziah yang mendalam kepada seluruh rakyat Iran atas kehilangan besar yang menimpa kepimpinan tertinggi negara, termasuk tokoh politik, ketenteraan dan keselamatan, di samping nyawa tidak berdosa, termasuk kanak-kanak dan orang awam.
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel yang didukung Amerika Syarikat ke atas Iran. Dalam masa yang sama, Malaysia turut menyatakan keprihatinan terhadap negara-negara sahabat di Teluk yang terkesan akibat konflik ini.
Malaysia mengutuk sebarang tindakan yang menyasarkan orang awam, kerana ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa, prinsip kemanusiaan dan nilai keadilan. Saya turut mengambil maklum kesediaan Iran untuk berunding, dengan syarat penamatan perang secara muktamad.
Pengalaman lalu membuktikan bahawa gencatan senjata tanpa jaminan kukuh hanya akan mengulang kitaran keganasan, sebagaimana yang berlaku di Gaza dan Lebanon. Justeru, usaha damai mesti berteraskan keadilan, akauntabiliti dan komitmen berpanjangan.
Malaysia percaya keamanan sejati menuntut penyelesaian yang tuntas, demi menjamin keselamatan semua pihak serta memulihkan maruah kemanusiaan di rantau Asia Barat.
Saya turut menghargai penghargaan Presiden Pezeshkian terhadap sokongan Malaysia, dan komited untuk terus memperkukuh solidariti ini.
Sama-sama kita doakan agar konflik di Asia Barat dapat menemui jalan damai dengan kadar segera.
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
Pemergian Suara Azan Yang Dikenali, Ustaz Abu Bakar Sairi Kembali Ke Rahmatullah
Oleh Mynewshub
SHAH ALAM, 27 Mac – Seorang tokoh yang dikenali melalui alunan azan yang merdu di pelbagai aplikasi dan masjid, Ustaz Haji Abu Bakar bin Haji Sairi dilaporkan telah kembali ke rahmatullah pada Khamis.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.31 pagi, 26 Mac 2026 di kediamannya.
Allahyarham sebelum ini merupakan mantan bilal di Masjid Negeri Shah Alam serta Masjid Bukit Jelutong, dan dikenali ramai kerana suara azannya yang sering menjadi pilihan dalam aplikasi azan serta rakaman digital.
Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar, khususnya dalam kalangan masyarakat yang pernah menimba ilmu serta mendengar alunan azannya yang menyentuh jiwa.
Menurut kenalan dan anak murid, Allahyarham merupakan seorang insan yang sangat baik, rendah diri serta tidak lokek berkongsi ilmu, khususnya dalam bidang berkaitan azan dan ibadah.
“Beliau banyak mengajar dan berkongsi ilmu. Semoga segala amal jariah yang disampaikan menjadi pahala berterusan buat Allahyarham,” kata seorang individu yang pernah berguru dengannya.
Difahamkan, suara Allahyarham pernah menjadi rujukan dan inspirasi kepada ramai bilal serta individu yang ingin memperbaiki bacaan azan mereka.
Orang ramai turut menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.
SULTAN PAHANG BERTITAH JANGAN BERDIAM KETIKA AGAMA ISLAM DI HINA.
Rakyat ingin melihat si pelaku itu dikenakan hukuman yang berat.✊🏻
Kredit : Kesultanan Pahang
TERKINI
ISRAEL TUTUP SELURUH GAZA
Israel mengumumkan mengepung dan menutup semua pintu masuk keluar ke Gaza termasuk Lintasan Rafah
Israel kata yang bantuan makanan masuk ialah 4 kali ganda dari biasa jadi ia akan cukup sepanjang penutupan berkenaan
Padahal Israel hanya benarkan 170 buah trak makanan sahaja hari ini daripada 600 yang sepatutnya masuk
🚨The Imam of Mecca invoked tonight at the end of the Tarawih prayer:
"O Allah, grant power to Islam and to the Muslims! Make this country a safe and peaceful place, as well as all the countries of the Muslims."
Gencatan senjata yang segera dan tanpa syarat adalah keperluan mendesak susulan serangan Israel terhadap Iran yang kini mengheret Asia Barat ke ambang malapetaka.
Malaysia dengan tegas menggesa Israel, Amerika Syarikat dan Iran agar menghentikan segala tindakan provokatif dan kembali kepada meja rundingan diplomasi dan dialog.
Sebarang tindakan bersifat provokatif hanya akan mencetuskan krisis lebih besar, menggugat kestabilan serantau dan berisiko mengheret lebih banyak negara ke dalam konflik yang sukar dibendung.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
Ya Allah, musnahkanlah musuh-musuh kami. Berikanlah keajaiban-Mu.
Walau malu sebenarnya nak meminta, sebab tahu kelemahan ummat sendiri yang masih tak terawat.
Malu nak meminta sebab tahu syarat dan usaha tak mencukupi.
Tapi kupinta juga ya Rabb.
Sekitar lawatan ke Bentong semalam, saya menyantuni pelbagai lapisan masyarakat daripada anak-anak sekolah, para pendidik dan asatizah, hinggalah komuniti setempat serta pasukan yang menggerakkan pembangunan.
Sebahagian besar pertemuan ini berlegar tentang masa depan pendidikan anak-anak kita, termasuk soal kemudahan serta usaha membina persekitaran belajar yang lebih selesa dan adil.
Saya pulang dengan keyakinan bahawa langkah kecil yang konsisten mampu membawa perubahan yang nyata, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#JenteraMADANI