Usai singgah makan tengah hari di Ramli Corner Selera Kampung Dengkil, saya disapa media berkaitan keputusan Persidangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) yang gagal mencapai kata putus berhubung perang Israel-Palestin.
Saya maklumkan, Malaysia tidak peduli apa keputusan yang dicapai, hatta yang penting adalah perlunya dikembalikan hak Palestin dan serangan tentera Zionis perlu dihentikan selain salurkan bantuan kemanusiaan, makanan dan perubatan perlu disegerakan dan menjadi keutamaan ketika ini.
Sayugia, Malaysia akan terus menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab serta mengadakan rundingan setiap hari untuk perkembangan semasa dimana kami sepakat bahawa peperangan ini segera dihentikan.
Itu keutamaan negara-negara Islam! Teruskan solidariti dan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Palestin!
#MalaysiaMADANI
🇮🇱🇵🇸 120 nations just APPROVED a ceasefire resolution at the United Nations.
❌ The US and Israel voted AGAINST the CEASEFIRE.
Palestinian BLOOD is on your hands @POTUS@netanyahu
KORBAN ISRAEL
(Diterjemah dari artikel asal, Israeli Casualties)
1. Ada sesuatu yang aneh mengenai perang Israel di Gaza.
2. Semasa perang bermula, dilaporkan bahawa dua ribu rakyat Palestin dibunuh.
3. Angka kematian orang Israel ialah 1400.
4. Perang berlangsung selama lebih dua minggu.
5. Laporan menyebut sekarang lebih lima ribu rakyat Palestin dibunuh.
6. Tetapi kematian orang Israel kekal 1400.
7. Apakah mungkin selepas kematian 1400 orang Israel di hari pertama, Hamas berhenti menembak roket ke Israel? Atau apakah angka 1400 ini dicipta oleh Israel untuk menghalalkan percubaan pembunuhan besar-besaran terhadap Hamas dan rakyat Palestin?
8. Israel bukanpun kuasa besar. Tetapi langsung tidak peduli undang-undang antarabangsa dan moral. Kenapa?
9. Sebabnya ialah Kerajaan Amerika menjadi dalangnya. Jujurnya, Kerajaan Amerika menghalalkan jenayah dan kemungkaran Israel. Biden langsung tidak sebut mengenai rakyat Palestin yang dibunuh.
10. Mengapa Kerajaan Amerika sokong Israel? Sebabnya ialah orang Yahudi punyai suara besar dalam menentu Presiden dan Kerajaan Amerika Syarikat. Mereka mengawal media dan bank-bank.
11. Sedang kita kutuk kekejaman yang dilaku terhadap rakyat Palestin, kita juga perlu kutuk Kerajaan Amerika atas sokongan kepada kekejaman ini. Jelas sekali Kerajaan Amerika bersedia sokong pencerobohan Israel ke atas Gaza dan rancangan pembunuhan besar-besaran. Kerajaan Amerika dan UK sama-sama bersalah.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
25 Oktober 2023
Mana dia demokrasi? Mana dia hak asasi? Mana dia hak kemanusiaan? Saya tempik laungan solidariti sewaktu menghadiri “Himpunan Malaysia Bersama Palestin” bersama ribuan masyarakat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.
Sayugia, himpunan ini merupakan salah satu mesej solidariti Malaysia terhadap perjuangan sah rakyat Palestin.
Kendatipun berdepan tantangan dan ugutan, saya maklumkan hadirin, Malaysia tidak akan berhenti setakat ini sahaja malah akan terus memperjuangkan kebebasan Palestin dan mengutuk pencerobohan tanpa rasa takut.
Ini bukan sekadar isu negara Arab, tapi isu kemanusiaan yang wajar menjadi dukungan kita, kerana itu kita telah membuat keputusan menyokong perjuangan sah rakyat Palestin ke arah Palestin yang Merdeka.
Hidup Palestin!
Palestin merdeka!
Allahuakbar!
#MalaysiaMADANI
Monggo…. Menyediakan bubuk rempah-rempah siap seduh dan di konsumsi. Untuk pemesanan bisa melalui WhatsApp 085223935073. Melayani pengiriman dalam dan luar daerah.