SARA DAH MASUK!
Penerima STR boleh terima SARA sehingga RM200 sebulan, bergantung kepada kategori dan status eKasih.
Tak perlu keluarkan tunai... guna terus MyKad untuk beli barangan keperluan yang diluluskan.
Semak kelayakan dan baki anda. Jangan biarkan manfaat yang ada tak digunakan.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Dengan penuh dukacita saya merakamkan salam takziah dan rasa simpati kepada seluruh ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja kepada petugas kesihatan dan krew Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) KKM yang terkorban dalam nahas kemalangan helikopter di STOLport Long Lellang di Ulu Baram, Sarawak. Semoga segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan demi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat terus menjadi amal jariah yang berkekalan.
Ingatan dan doa saya kepada ahli keluarga dan waris mangsa yang terkorban agar diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi musibah ini.
Al fatihah.
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Kerajaan MADANI mendengar keluhan para peniaga kecil yang berhempas pulas mencari rezeki sambil mengurus dan menyara keluarga.
Justeru tatkala menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan, saya umumkan Geran Sejahtera MADANI berjumlah RM200 juta bagi mendukung penjaja, peniaga kecil, peniaga pasar malam serta ibu-ibu yang berniaga dari rumah.
Saya turut umumkan tambahan kemudahan pembiayaan mikro, menjadikan jumlah keseluruhannya RM6 bilion, agar lebih ramai peniaga kecil mendapat modal dan ruang untuk mengembangkan usaha serta meningkatkan pendapatan keluarga.
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#YakinMADANI
Inilah wajah Hari Kebangsaan.โจโจAda yang berarak, ada yang bertugas, ada yang menunggu sejak awal pagi, semuanya untuk satu hari yang amat bermakna.โจ
Berbeza wajah, latar dan peranan. Namun kita disatukan oleh satu rasa cinta kepada Malaysia. โค๏ธ๐ฒ๐พ
โจ#HKHM2026โจ#MalaysiaMADANIโจ#KesejahteraanDinikmati
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa, kuasa politik dan penguasaan ekonomi orang Melayu semakin terhakis dan berdepan risiko hilang sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun jika tiada perubahan drastik dilakukan.
Kebolehan bertutur dalam bahasa Mandarin dilihat menjadi antara kelebihan calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram, Nor Zulaila Abdul Ghani atau lebih mesra disapa Lily, dalam mendekati pengundi pelbagai kaum sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Gesaan Pas agar penyokongnya menyokong BN di kerusi tertentu bagi mengelakkan perpecahan undi anti-PH pada PRN Johor mula menimbulkan persoalan mengenai prinsip politik parti itu
Berita selanjutnya di ruangan komen
#themalaysiapress#informasiberfaktamembukaminda
Hari ini saya sempat lawat beberapa warga di Kg Pasir Baru dan Taman Seri Sentosa dalam program Ziarah Kasih.
Antara yang sempat saya santuni ialah Md Fozi bin Abdullah, Chan Peng Keong dan Evangelin Miranda. Setiap ziarah seperti ini sentiasa mengingatkan bahawa di sebalik kesibukan harian, ada insan yang sedang melalui cabaran tersendiri dan memerlukan perhatian, sokongan serta keprihatinan daripada kita semua.
Semoga sedikit kehadiran dan perhatian ini dapat membawa makna, selain mengeratkan lagi hubungan sesama kita.โจโจSaya doakan agar mereka semua terus diberi kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik, insya-Allah.
#LembahPantaiDiHatiku
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI