Just hacked a quick column summary generator for 𝚜𝚝.𝚍𝚊𝚝𝚊𝚏𝚛𝚊𝚖𝚎 using the latest (neat) column selection capabilities from @streamlit. You can choose to show the summary on the side (default), below, or as a dialog.
→ Demo app https://t.co/Sz23VI6VqJ
Usai tiba di Kota Bharu, saya sempat singgah di terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa 1 yang sudah beroperasi bermula pada Rabu.
Saya difahamkan, infra baharu tersebut dijangka bakal menerima penerbangan antarabangsa pada hujung tahun ini menerusi pelbagai perancangan menarik yang telah disusun pihak terkait.
Justeru, diharapkan ia mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi hatta menerokai kemajuan dan pembangunan agar terus dirasai di Kelantan selepas ini, InsyaAllah.
#MalaysiaMADANI
Aku setuju. Sebab masak ni Love Language Perempuan.
Kalau dia masak untuk kau maksudnya dia sayang kau, dan sebab tu aku selalu rasa if perempuan ada issue dengan masak. Dia tak cukup sayang lelaki dia.
Either dia pandai atau tak, itu dah jadi perkara nombor dua.
@khairul_hafidz Ijtima' 29 Ramadan: 2.21am (9/4/24)
Maghrib hari ni 7.28pm
Umur anak bulan semasa matahari tenggelam 17.07 jam.
Bulan tenggelam 8.02pm.
Selisih 34 minit= 8.5°, bulan tinggi.
Anak bulan ada sebab selisih lebih dari 13 jam.
Boleh nampak jika langit cerah.
In sya Allah raya Rabu.
Peningkatan trafik juga dijangka bermula hari ini dan esok berikutan pengecualian bayaran tol pengguna kelas satu selama dua hari.
https://t.co/FfbarDTFA2
#AWANInews#AWANIpagi
Menurut Natasha Hudson yang sekarang menetap di Langkawi, aiq Gunung Raya dah lama dah orang Langkawi dok minum.
Depa memang dok tadah selalu dan free ja boleh pi ambik minum.
So kalau ampa sampai Langkawi, boleh la pi try test minum aiq Gunung Raya.
KEMASKINI
ISRAEL MULA TERTEKAN DARI SEGI EKONOMI AKIBAT BERPERANG DENGAN PALESTIN
Saiz Ekonomi Israel yang sebesar 488 Bilion USD mula terkesan akibat Perang Israel Palestin. Ratusan operasi syarikat perniagaan terjejas, sektor kewangan mula tertekan dan kini sedang menarik semua sektor ekonomi Israel ke dalam krisis lapor Financial Times
Ron Tomer, Ketua Persatuan Pengeluaran Israel meluahkan rasa kecewa dengan menyatakan Kerajaan sudah mengabaikan rakyatnya
Banyak syarikat yang masih belum dapat pampasan penuh kerana kerugian akibat serangan Palestin maklum Ron Tomer.
Hotel Atlas Israel iaitu antara hotel tersohor di Israel meminta derma dari pelanggan setianya untuk menyelamatkan syarikat itu. Ini susulan 16 cawangannya dibuka untuk menempatkan 1,000 orang yang dipindahkan dari Utara dan Selatan Israel. Namun pihak kerajaan masih belum membayar kos tanggungan kepada hotel itu sehingga kini
Sedangkan PM Netanyahu sudah berjanji untuk menyediakan pakej bantuan kewangan untuk melindungi ekonomi Israel dan membayar pampasan kepada syarikat yang terkesan
Biro Statistik Pusat Israel memaklumkan 1 daripada 3 perniagaan terpaksa ditutup atau beroperasi dengan kapasiti 20% atau kurang sejak perang bermula. Lebih separuh syarikat Israel kehilangan 50% pendapatan atau lebih
Statistik lebih teruk di Selatan Israel Apabila 2/3 perniagaan terpaksa ditutup atau mengurangkan kadar operasi kepada minimum
350,000 Tentera Simpanan Israel atau 8% dari tenaga kerja Israel dipanggil untuk berperang dengan Palestin dan Hizbullah
126,000 orang awam Israel di Utara dan Selatan Israel dipindahkan dalam usaha melindungi mereka dari serangan misil dan mortar Pasukan Pejuang Palestin dan Hizbullah Lubnan
Kementerian Buruh Israel memaklumkan disebabkan perang ini. 764,000 rakyat Israel atau 18% tenaga kerja tidak bekerja ketika ini kerana dipanggil untuk tugasan Pasukan Simpanan Tentera Israel
Menyebabkan kesan terus kepada ekonomi dari segi penutupan sekolah kerana terpaksa menjaga anak anak mereka , bandar yang dipindahkan, dan ada beberapa sektor kekurangan pekerja untuk memastikan ekonomi berjalan secara penuh
KEMASKINI
KENYATAAN MEDIA JURUCAKAP BRIGED AL QASSAM ABU UBAIDA MALAM TADI 9 NOVEMBER 2023 WAKTU MALAYSIA (PART 1).
—
Dari Nadi Tufan Al Aqsa yang memasuki 33 Hari. Kami mengumumkan dengan pertolongan Allah Maha Besar, perjuangan pejuang kami yang berterusan, konfrontasi berterusan ke atas pencerobohan Zionis di semua tempat dan gerakan pihak musuh di kawasan Barat Laut dan Selatan Bandar Gaza dan Utara Semenanjung Gaza
Dengan pertolongan Allah. Sejak permulaan pertempuran darat Zionis di Gaza. Pejuang kami memusnahkan 136 kenderaan musuh sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya. Menyebabkan ia tidak dpt digunakan untuk berperang dan digunakan musuh yang terumbang-ambing ini untuk memasuki bahagian di Gaza
Kenderaan ini, yang berkemampuan untuk menakluk negara yang makmur besar dan lengkap sedang diundurkan oleh musuh yang tiada kereta kebal, tiada pesawat tempur, tiada kereta perisai dan tiada langsung pergunungan atau muka bumi yang menyukarkan.
Tentera yang dianggap paling kuat di Rantau Timur Tengah ini menghantar jumlah kenderaan berperisai yang besar dan Pasukan Khas mereka disokong dari udara, darat dan laut menghadap Para Pejuang yang Ganas Dicipta di mata Allah SWT. Menyerang mereka dengan Kuasa Allah SWT dengan keimanan , kehormatan dan keberanian yang tidak terhad dalam sejarah moden. Dengan itu pasukan kami memusnahkan kenderaan mereka dan menyebabkan ramai Terbunuh dan cedera dalam kalangan musuh
Walaupun musuh cuba mengelak bertempur dengan kami dan cuba memusnahkan batu dan pokok. Membunuh manusia, menghancurkan bangunan dan fasiliti malahan membunuh haiwan dengan cara paling kejam menunjukkan mitos yang Zionis ciptakan untuk mendapatkan simpati dunia dan menunjukkan mereka sedang menderita. Benarlah Firman Allah. "Kami akan memberikan ketakutan ke dalam hati kereka. Ini kerana mereka kaum yang tidak mengerti
Walaupun Pembunuhan beramai ramai dan pengeboman kejam yang menyasarkan orang awam dan fasiliti awam di dalam jenayah perang yang dinyatakan oleh kerajaan dunia yang diperintah dengan undang-undang rimba. Kami Dengan Rahmat Allah SWT. Bergerak bersama Pasukan Terhebat kami. Berjaya menyusup masuk dan menyerang mereka dari belakang. Melaksanakan serang hendap ke atas kereta kebal dan pasukan mereka. Pejuang kami menghapuskan kenderaan mereka dari jarak dekat dan dalam jarak efektif senjata anti perisai dan pembunuh anggota. Selain menyasarkan bangunan menjadi tempat musuh bersembunyi
Pasukan Penembak Hendap kami(Sniper) terus menembak musuh dan sayap Artileri kami terus mengebom musuh dengan mortar dan roket
33 Hari sejak permulaan Pertempuran Tufan Al Aqsa. Kami mengesahkan ini.
PERTAMA. Keberanian dan tekad para pejuang kami di medan perang untuk menolak pencerobohan dan menewaskan Penaklukan Nazi adalah kebanggaan setiap orang Arab, Islam dan orang yang merdeka di dunia ini.
SAMBUNGAN DI BAWAH
STARLINK IS COMING!
Macam korang tahu, Israel dah benamkan infrastruktur telekomunikasi kat Gaza.
Total blackout...
... tapi not for long dah. Pertama sekali, Democratic Party kat US dah terbelah antara Team Joe Biden dan Team Pro-Palestin. Jadi pagi tadi (waktu kita), Alexandria Ocasio-Cortez mengecam tindakan Israel sebab buat blackout ni pada populasi 2.2 juta Gaza.
“Wartawan, pakar perubatan, pasukan kemanusiaan dan insan tak bersalah semuanya terancam dah.” — Alexandria Ocasio-Cortez.
Dan ada seorang reply tweet dia.
The man himself.
Elon Musk.
Elon akan hantar Starlink!
Starlink akan bantu sambungkan balik telekomunikasi untuk dimanfaatkan organisasi bantuan antarabangsa.
Buat korang semua, teruskan berdoa tau. Berdoalah di mana-mana saja. Help can come despite the darkness of scant hope.
Dan korang boleh screenshot tweet ni dan naikkan kat TikTok korang. Tag saya. Saya akan like untuk bantu engagement.
Perghhh zoo negara dah boleh camping seh!
Dengan harga RM100 untuk 2hari 1 malam, makan 3 kali sehari, khemah disediakan. Siap boleh melawat haiwan2 pada waktu malam..
Nak tiket murah, tengoklah kat sini : https://t.co/JJrwkBvBJP
FYI Tesla Malaysia will be conducting a walk-in recruitment day
Date:
June 17, 2023
Time:
12pm to 4pm
Location:
Cyberview Sdn Bhd office
Level 4, Block 3750
Cyber 8, Persiaran Apec, Cyberjaya