Meriah kenduri di posting YB Liow Cai Tung, ada kaitan YB Marina Ibrahim.
Melintas di timeline aku sebelum pembubaran DUN semalam, ramai warga Johor menyerang ruangan komen YB Liow Cai Tung, ADUN Johor Jaya ni.
🧵1/n
Soalan utk Rafizi Ramli malam tadi berkaitan dana politik BERSAMA.
*Bukan verbatim
"Bagaimana nk pastikan parti politik BERSAMA kekal berprinsip, bila kos pengurusan dan kos masuk pilihan raya boleh melibatkan puluh juta, yg mungkin memerlukan dana dari taikun?"
1/n
Ketika banyak pihak mengecam pemimpin DAP Tony Pua berkaitan kedudukan titah diraja, peguam dan aktivis Aidil Khalid menyatakan pendirian berbeza.
Peguam–yang sebelum ini mewakili aktivis antikuil haram Tamim Dahri–berkata dari konteks perlembagaan, undang-undang tubuh dan sistem perundangan, apa yang disebut oleh Pua itu sesungguhnya benar.
“Jika ada yang membacanya dan merasakan ‘tidak kena’, barangkali yang tidak kena itu adalah jiwa feudal yang membelenggu dalam diri,” katanya.
Berita penuh: https://t.co/wO8asPo3hi
𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗣𝗞𝗥, 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚-𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚
Saya telah menghantar borang keluar parti melalui aplikasi ADIL yang menguruskan keahlian PKR.
Permohonan keluar parti ini saya hantar selepas dapat pengesahan bahawa surat perletakan jawatan saya sebagai ahli parlimen telah diterima oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Segala bukti penghantaran boleh dirujuk di video.
Semuanya dibuat teratur mengambil kira prinsip demokrasi dan keperluan undang-undang.
Saya kosongkan kerusi untuk memulangkan semula mandat kepada rakyat.
Ada yang tanya beberapa soalan: adakah saya boleh bertanding balik lepas ini?
Jawapan: Ya, sebab peruntukan ahli parlimen yang mengosongkan kerusi tidak boleh bertanding 5 tahun itu telah dipinda semasa pindaan Perlembagaan tahun 2022 untuk memperkenalkan Akta Lompat Parti.
Ada juga yang bertanya adakah lepas ini akan ada pilihan raya kecil Pandan dan Setiawangsa?
Jawapan: Mengikut Perlembagaan, PRK tidak perlu diadakan sekiranya kekosongan berlaku selepas 3 tahun. Ia hanya dipanggil sekiranya kekosongan itu menjejaskan majoriti kerajaan hingga boleh menumbangkan kerajaan, mengikut tafsiran Speaker Dewan Rakyat.
Jadi sepatutnya tidak ada PRK, tetapi kita tunggu keputusan rasmi dari Speaker.
Saya keluar dari PKR setelah saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen, jadi isu lompat parti tidak berbangkit.
Ia juga tidak tertakluk kepada bon RM10 juta yang dikenakan oleh PKR kepada Ahli Parlimennya, kerana perjanjian itu secara jelas mengatakan bon tidak terpakai sekiranya ahli parlimen itu mengosongkan kerusi parlimen sebelum keluar parti.
Saya tahu Setiausaha Agung PKR sibuk gebang dia ada bukti screen shot kononnya saya masuk BERSAMA lebih awal, cuba lah dia bawak bukti screen shot dia ke mahkamah. Mesti kena gelak dengan satu Malaysia.
Pembuktian keahlian sesuatu parti di mahkamah ialah rekod dari parti yang disertai. Rekod BERSAMA boleh tunjukkan secara jelas yang saya tidak menyertai BERSAMA sehinggalah saya telah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen dan sebagai anggota PKR.
Saya kini kembali seperti rakyat Malaysia yang lain - tiada pangkat, tiada jawatan dan bermula dari bawah semula. Malah saya kini menjadi penganggur sekali lagi.
Tapi saya tenang dan gembira.
Dalam politik, kita mesti yakin bahawa perjuangan kita itu akan membawa kebaikan kepada rakyat. Bukan sahaja membawa kebaikan tetapi mengurangkan kerosakan kepada masyarakat.
Kita diajar bahawa hidup ini mestilah amar maaruf nahi mungkar. Kalau tidak dapat melawan dengan tangan, bersuaralah. Paling lemah, tidak bersetuju dalam hati.
Saya telah mengabdikan hampir keseluruhan hidup dewasa saya untuk membina PKR. 28 tahun adalah masa yang lama, saya kini berumur 49 tahun.
Saya telah melalui proses yang ada ketikanya saya tidak bersetuju dalam hati, kerana pada ketika itu saya hanyalah seorang pimpinan junior. Keputusan akhir itu bukan terhenti di peringkat saya, amanah itu dipegang pimpinan terkanan.
Bila saya menjadi orang nombor dua, saya adalah salah seorang pimpinan terkanan. Saya telah bersuara kerana the buck stops at me.
Kini sampai ke peringkat saya perlu melawan dengan hati, suara dan tangan - sebab itu berhijrah ke parti baru menjadi satu keperluan.
BERSAMA masih kecil, masih kain putih dan boleh dibentuk.
Saya tidak menyesal atau kecil hati menghabiskan masa 28 tahun membina PKR sehingga PKR jadi kerajaan persekutuan. Saya tidak pernah buat semua itu untuk mendapat pujian, balasan atau pangkat.
Saya tahu saya bukan seorang yang wara’ dan perlu cari pahala sebanyak yang mungkin. Saya kira itu tanggungjawab fardhu kifayah dan Insya Allah, ada lah pahala dan bahagian saya.
Kepada yang mengikuti saya, kalau kena dengan jiwa, sertailah BERSAMA. Lawati https://t.co/4xO9KSOGcw dan daftar jadi ahli.
Jangan lagi gundah gulana pasal PKR, berhijrahlah dengan hati yang terbuka dan tenang. Tinggalkan apa-apa yang toksik itu dalam PKR, kita tumpu untuk membesarkan Kancil supaya ia boleh bawa kebaikan kepada masyarakat.
Tumpu kepada 12 Agenda Kancil, bahaskan, bedah siasat dan sampaikan setiap dari 12 agenda ini kepada masyarakat.
Kepada kawan-kawan yang kekal di dalam PKR dan PH, saya doakan yang baik-baik sahaja. Pesan saya hanya satu; berkata benarlah kepada pimpinan walaupun itu perkara yang paling susah kita nak buat.
Kepada rakyat Malaysia, saya doakan kita diberi kelapangan untuk menumpukan kepada masa depan. Yang muda-muda ini akan bergantung kepada kematangan dan kewarasan kita, that’s the least we owe them.
Terima kasih, jangan lupa daftar menjadi ahli BERSAMA di https://t.co/4xO9KSOGcw
Mengapa perlu turut pesanan @anwaribrahim sedangkan dia tidak menurut pesanannya sendiri?
Hentikanlah politik pembodohan & feudal ni @tzafrul_aziz
Cukup anda sahaja terkena & terkesan
Jangan dipalit orang lain
'Anwar pesan pastikan Parlimen Pandan kekal milik PKR' - Tengku Zafrul
SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan seluruh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pandan supaya mengekalkan kesatuan dan memperkukuh gerak kerja jentera bagi memastikan Parlimen itu kekal menjadi kubu parti.
#SinarHarian #beritaterkini #AnwarIbrahim #PKR #ParlimenPandan
Alahai saudara,
Dulu PN kata, jika PH menang, Islam dan hak Melayu terancam, pelajar sekolah akan pakai skirt, LGBT akan berleluasa.
PH pula kata, kalau PAS menang, Malaysia akan jadi Taliban, hak orang bukan Islam akan disekat.
UMNO pulak cakap, kalau Anwar Ibrahim menang, agenda Melayu runtuh, DAP akan berkuasa, dan fahaman liberalisme, pluralisme berkembang.
Akhirnya apa?
PH menang, LGBT taklah berkembang.
UMNO bila jadi kerajaan, Melayu masih layu, masih mekar, takda perbezaan. Sekarang mereka siap berpeluk bercium dengan DAP dalam kerajaan persekutuan.
PN kalah, Islam masih lagi agama rasmi.
PN jadi kerajaan dulu, tiada hak bukan Islam ditindas, cabutan judi siap naik lagi.
Jadi apa gunanya politik menakut-nakutkan ini? Sampai bila kita nak gunakan strategi lapuk ini?
Politik zaman ini mestilah berdasarkan aspirasi, berpaksikan ideologi. Hentikanlah politik kuno ni. Malu, mengaku pendokong parti Reformasi bila gunakan strategi yang sudah basi.
𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝟴,𝟬𝟬𝟬 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
Sekitar 8,000 orang telah mendaftar sebagai ahli BERSAMA dalam tempoh 24 jam.
Ada yang mesej saya selepas saya mengosongkan kerusi parlimen Pandan hari ini - katanya, kalau buat parti baru tolong beritahu, dia nak join.
Memang saya dah bergerak atas platform parti baru.
Nama parti itu BERSAMA, atau kalau nak mudah, ingat Kancil.
Macam mana nak jadi ahli?
Pergi ke laman https://t.co/4xO9KSPe24 - isi borang, boleh buat sumbangan, boleh beli merchandise Kancil.
Saya minta maaf ada kes yang pendaftaran bermasalah dan tidak dapat dihantar semalam.
Jangan bimbang, pendaftaran itu tidak hilang.
Anda akan dapat email dari BERSAMA untuk sambung pendaftaran.
Ada juga yang nombor telefon salah dan OTP tidak dapat dihantar. Bila dapat email BERSAMA untuk sambung pendaftaran, masukkan nombor telefon yang tepat.
Permohonan keahlian akan disahkan oleh BERSAMA. Jawatankuasa akan bermesyuarat setiap hari untuk meluluskan permohonan, supaya permohonan keahlian diluluskan dalam tempoh 48 jam.
Setelah diluluskan, anda akan dapat email pengesahan dan nombor keahlian.
Kad keahlian akan dihantar secepat mungkin. Kami dalam proses menyediakan dan mencetak kad-kad keahlian untuk dihantar melalui pos.
Terima kasih atas sambutan setakat ini.
Saya harap momentum ini akan diteruskan. Tolong beritahu kawan-kawan dan keluarga untuk sertai BERSAMA.
Bagi yang rajin menulis, post komen dan pandangan anda di media sosial, Whatsapp dan Telegram, asalkan disertakan pautan BERSAMA di https://t.co/4xO9KSPe24
Kita memang parti yang baru dan kecil, tapi kita ada semangat kancil. Insya Allah kita diberi kemudahan untuk mengembangkan parti ini kepada rakyat Malaysia yang berpandangan macam kita.
@amirulruslan Easiest to pull RMK13 - 10% by 2030 & 5% by 2035
Can easily say they’re anti-immigration too?
Again, its on dependency. Not immigration.
Good that were having this conversation.
After 28 years since 1998... I slowly learned what real politics is behind the optics.
To secure power, you must build connections.
From Mahathir Mohamad, Najib Razak, Muhyiddin Yassin to Anwar Ibrahim... one pattern never changes:
Secure the appointment of the KSN
Secure the appointment of judges
Secure the appointment of the AG
Secure the appointment of the IGP
Secure the appointment of the SPRM Chief
The KDN minister must be from the Prime Minister’s party
We voted for PH and Anwar Ibrahim to break the cycle, but unfortunately the cycle became too rushed until they got caught red-handed with a series of issues — from the Sabah mining licence corruption scandal, Azam Baki’s 14 million shares controversy, to alleged corporate mafia links involving Farhash and Ramanan.
Now you want us to choose the lesser among the bad? Funny 😉🤣
Nik Nazmi cakap politik jangan jadi rebutan jawatan, survival kelompok dan perebutan kuasa.
Ramai rakyat tunggu ayat macam ni.
Sebab yang rosak bukan cuma parti lawan.
Yang rosak ialah budaya lama:
jawatan dulu,
prinsip kemudian.
Kalau BERSAMA betul mahu buka ruang baru, ini permulaan yang baik.
Bukan sebab slogan dia cantik.
Tapi sebab ada orang berani sebut benda yang ramai dalam politik takut sebut.
Anak muda bukan benci politik.
Mereka cuma penat tengok politik jadi tempat orang tua berebut kerusi sambil panggil itu perjuangan.
Kalau BERSAMA boleh bawa politik lebih jujur, lebih berani, lebih berpihak kepada masa depan…
rakyat patut beri ruang.
Bukan percaya buta-buta.
Tapi beri peluang untuk dibuktikan.
Malaysia tak kurang parti.
Tapi Malaysia masih perlukan harapan yang belum dijual kepada kuasa.
A man spends 50 years teaching at MIT.
He knows his time is running out.
So he records one last lecture — everything he knows, distilled into a single hour.
He died 5 months later.
This is that lecture.
The most important hour you'll watch this week. 👇Bookmark it for later
Oh yaa @anthonyloke
What happened to your "push" for RCI on the corporate mafia scheme?
Even the investigation into AB's shares is hushed up
If principle really matters, why don't you start with these?
Seems like it's a principle to stay in power vs principle for reform
LOL
Nasihat Bondaku ini menginsafkan betapa pentingnya menghormati wanita kerana bermula daripada seorang wanita yakni isteri akan lahirnya zuriat yang merupakan generasi penentu jatuh bangun kita di dunia dan akhirat.