@saythenameay Saya perhatikan la selama dia kempen pon juga menaikan kemarahan rakyat. Contohnya seperti harga minyak akan turun kalau dia jadi PM. Bukankah itu juga menaikan kemarahan rakyat kepada pentadbir kerajaan sebelum ini? Jadi... what goes around comes around bro...
@mynewshub Ramai peniaga Bangi Sentral dikatakan tak mampu bertahan dan tutup kedai. Masih belum dapat berita penuh puncanya... Mungkin rakyat dah tak mau keluar makan agaknya...
Rakyat makan kat luar sebab seharian penat berkerja......bukan rakyat kita aje, di negara lain pun masyarakat akan makan di luar selepas penat berkerja....itu budaya standard satu dunia.....dan orang buat demikian bukan semata-mata kerana nak senang atau seronok...sebab acapkali dah takda pilihan....sama ada makan di luar atau balik tidur kelaparan sebab takda apa di dapur....(tak sempat masak).
Takkan sebab kau nak mudahkan kerja kau sebab gagal kawal kenaikkan harga barang, maka kau ambik keputusan untuk menyalahkan kami yang memilih untuk makan di luar?
Bukan mewah mana pun kalau kami makan luar tuan menteri.
Kedai tomyam biasa aje selalunya kami mampu.
Takkan wanita yang penat balik berkerja diharap memasak setiap waktu dan setiap masa?
Sebab terlalu penat la kami memilih untuk makan di luar.
Itu sahaja.
Dan salah ke sekali sekala kami memilih untuk bawak seluruh keluarga kami makan di luar?
Sekali lagi...kami makan di kedai tomyam biasa aje.....bukan hotel mewah macam yang tuan menteri mampu.
Tuan menteri carilah sebab mengapa harga barang makin mahal. Kenapa hidup kami makin susah.
Masa jadi pembangkang dahulu...tuan menteri orang paling bijak di muka bumi dengan begitu banyak formula.
Apa yang kerajaan sebelum ni buat tuan menteri sentiasa bantah dan sentiasa menzahirkan tuan menteri lebih bijak dan tuan menteri sorang sahaja yang mempunyai kemampuan berfikir.
Sebab itu bila tuan naik jadi menteri, para mahacai tuan terkesima macam tembak dinding berkali-kali seolah-olah semua masalah negara akan selesai.
Bontot mereka bertambah kembang bila tuan menteri memperkenalkan vending machine untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Punya bangga mereka dengan 'kepandaian' tuan menteri...payah nak dizahirkan melalui kata-kata di sini.
Namun kini...selepas berkuasa...tuan menteri kata salah kami pulak. Adilkah macam tu?
Member aku siang niaga kuih dan nasi lemak. Petang sampai malam, burger. Boleh la sara anak belajar kat kolej apa semua. اَلْحَمْدُلِلّهِ
Dia diam je tapi tadi aku tanya, barang pasar naik, macam mana.
Dia diam kejap.
Lepas tu dia cakap la, harga barang-barang naik serentak, pening jugak. Nak naikkan harga makanan dia jual, nak naik berapa kali? Berapa banyak?
Mayonaisse untuk burger pun naik lebih 25% katanya.
Loan rumah kereta pun naik, dia cakap.
Kena pulak YB cakap makan luar ni antara punca kita berbelanja lebih.
Suram muka dia hari ni.
@mynewshub Lepas tu JPJ buat roadblock dengan alasan kematian penunggang motosikal membimbangkan... yang meyebabkan kematian orang lain, lain pula orang yang kena
@anwaribrahim Dato Sri saya nak cakap yang saya telah berasa dianiaya oleh JTK negeri apabila keputusan kes saya berpihak kepada syarikat. Yang tukang saman Ketua Pengarah JTK tapi akhirnya yang menyebelahi syarikat JTK juga. Apakah keadilan sudah lesap dibumi bertuah ini??
How do you call this?
Unleashing the power of nature, the vâltoare is a traditional washing machine that uses flowing water to cleanse clothes.
[📹 auroramisu + read more: https://t.co/iWcE8ch1fs]
Kalau kita accident dan langgar barrier atau tiang lampu atau sebarang harta kerajaan di jalanraya, PBT akan claim dari insurans kita. Ramai ingat burn gitu je…
Kalau track day pulak, kita crash langgar barrier, kalau ada kerosakan dan perlu diganti, kena keluar dari poket sendiri la sebab TAK BOLEH CLAIM INSURANS bila kita masuk track.
Ini harga-harga antara barang yang selalu jahanam bila kita crash kat litar Sepang waktu Track Day.
Aramco guardrails - RM650.00/unit
Tire barriers - RM450.00/layer
Pole - RM450.00/unit
So jangan buat-buat tak tau pulak ya…
*Tq bro Syafiq tolong korekkan info untuk aku…
Maha Jutawan Malaysia yang sengaja sabotaj ekonomi Malaysia dengan menggunakan berbillion wang mereka di Akaun Luar Persisir untuk tujuan melemahkan Ringgit dan memaksa Bank Negara menaikkan OPR adalah spekulator yang mengkhianati negara sendiri.
Ini perbuatan jenayah ekonomi.
Hai! Kalau nak pasang internet roger wa k! Port full, missing unit, tukar service provider, pasang kt kedai, bincang pun boleh. Klik link whatsapp ni okay 😊
https://t.co/uPv4udvUTW
or website,
https://t.co/mCz6VzdFOS
Rt please, support biz kecil untuk rezeki anak saya 🥰
INI kes genuine....no tel dan no akaun ada disertakan di hujung laporan ini...sape ada lebih sikit rezeki tu....tolong la yea....
SEBERANG PERAI – Seorang lelaki dari Kota Aur, Kepala Batas, di sini buntu memikirkan kos bagi membiayai keperluan ibunya yang menghidap kanser limfoma tahap empat.
Amree Ahamad, 47, yang bekerja sebagai wawtawan sambilan berkata, ekoran tidak mempunyai pendapatan tetap, dia dan kakak sulung, Amalina Ahamad, 48, terpaksa menggunakan wang simpanan bagi menampung keperluan harian ibunya, Rosiah Wahab, 73 yang kini terlantar di rumah.
“Disebabkan keadaan ibu yang kini tidak mampu menguruskan diri, kami perlu memberi lebih perhatian kepadanya, selain perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri dari tabungan untuk membeli barangan keperluan seperti lampin pakai buang, susu khas, tisu basah serta lain-lain keperluan.
“Malah, sudah hampir sebulan saya di kampung dan tidak bekerja kerana perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada ibu.
“Kakak pula merupakan ibu tunggal dan berniaga kecil-kecilan sahaja. Jadi, pada masa yang sama, saya berasa gusar memikirkan wang simpanan semakin susut disebabkan tidak mempunyai sumber pendapatan lain,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di kediaman ibunya di sini baru-baru ini.
Dia yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik memberitahu, kesihatan ibunya semakin merosot selepas terjatuh di rumah sebelum Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.
“Selepas mendapat tahu mengenai ibu terjatuh daripada kakak, saya bergegas pulang kerana risaukan keadaannya,” katanya yang juga baru kehilangan bapanya, Ahamad Khalid, 73, pada Khamis lalu.
Kata bapa kepada seorang cahaya mata itu, dia bercadang untuk membawa ibunya tinggal bersama anak dan isterinya di kediaman mereka di Bangi, Selangor dalam masa terdekat agar kebajikan ibunya lebih terjaga.
“Apabila berada di sana (Bangi) sekurang-kurangnya isteri dan anak boleh tengokkan ibu sementara saya keluar bekerja.
“Memang berat keputusan ini, namun saya rasa ia yang terbaik untuk kami sekeluarga,” katanya.
“Saya anggap ini ujian dan reda dengan ketentuan-Nya. Sekurang-kurangnya kami dapat menjalankan tanggungjawab sebagai anak sebelum ibu menutup mata,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank milik Amree 162263746455 atau menghubunginya di talian 011-52212127.
Tahu kah anda?
Rafizi sering tuduh kerajaan BN sebagai boros, namun bajet perbelanjaan kerajaan mereka jauh lebih tinggi walaupun ini kali pertama mereka jadi kerajaan, berbanding BN yg sudah lama memerintah.
Sebagai contoh, jumlah peruntukan bagi bajet 2023 . . . .