Sir, I am an ex-JPA scholar gov sent to study in Korea 10 years ago
Let me tell you how the Seoul Metropolitan Gov made their buses punctual like MRT & keep operating costs low
The secret is NOT TRYING to re-invent things, but to keep with WHAT WORKS
THIS IS A THREAD 👇
Look at this sponsored content from the Ministry of Finance.
They want you to believe that you need the government, and with more taxes, your life will somehow improve.
We already know they spent RM1 freaking billion on an app that delivers nothing. What’s even scarier is what else we don’t know.
RESIST any form of tax hike until the government proves it can manage our money responsibly.
The Sabah state election is fast becoming a contest of family names, with relatives of governors, ministers, and party founders fielded across rival coalitions.
From the Istana Negeri to long-established political dynasties, household names are re-emerging under different banners in what analysts describe as the most familial election in the state’s modern history.
A year after Musa Aman took his oath as Sabah’s 11th governor, his extended family has re-entered the fray in force.
Musa’s sons, brother, nephews, and son-in-law are contesting under several different parties.
Read more: https://t.co/6uKY5wltKH
Reporting by: JA Edgar
Prepared by: Syariman Badrulzaman
Reviewed by: Robin Koh
There is a MAN somewhere right now who has:
- no girlfriend
- no side chics
- no sneaky links
- no texts
- no calls
Just by himself and fixing himself.
How is life, bro?
⚡️JUST IN:
South Korean student Park, 20, lured to Cambodia by fake job ads, tortured to death after refusing to work in online scam centers; his cremated remains returned home.
Aku jawab persoalan ini sebagai seorang Muslim, dengan dua lensa:
Pertama, sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat
Kedua, daripada pengalaman peribadi dan pemerhatian yang aku nampak sendiri.
Dan sebelum kita pergi lebih jauh,
Jika yang membaca tweet ini termasuk dalam golongan yang masih yakin bahawa “Perbankan Islam” hari ini benar-benar bebas daripada riba’, atau menganggap ia solusi sempurna yang Allah redha, maka tulisan ini bukan untuk kau.
Kau boleh pergi minum air rendaman kaki panel syariah bank dan teruskan hidup macam biasa. Tulisan ini untuk mereka yang benar-benar mahu mencari jalan keluar. Yang sanggup susah, asalkan tidak menzalimi diri dengan riba’. Yang masih ada sekelumit rasa takut kepada Allah dalam urusan harta dan kehidupan.
Segala perbincangan tentang harta dan riba’ mesti bermula dengan satu kesedaran paling asas: dunia ini hanyalah tempat singgah sementara. Kita diciptakan bukan untuk menetap di sini selama-lamanya, tetapi untuk diuji. Sama ada kita tunduk kepada sistem Allah, atau sistem manusia yang menyimpang dari fitrah.
Apabila hati seorang Muslim benar-benar memahami hakikat ini, dia tidak lagi melihat dunia dengan pandangan orang yang mahu mengakar di dalamnya. Dia akan berfikir seperti seorang pengembara, yang cukup sekadar memiliki apa yang perlu untuk meneruskan perjalanan, bukan membina istana di padang pasir yang sementara.
Rasulullah bersabda:
"Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah seorang pengembara, atau seorang yang melintas jalan."
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Dan seorang pengembara tidak membeli sesuatu dengan hutang yang menjadikannya terikat sepanjang hayat. Dia tahu perjalanan ini pendek, dan kemewahan di tengah jalan bukan tujuan.
Beli kereta. Jawapan paling mudah tetapi paling susah untuk diterima: beli secara tunai.
Ya, sesederhana itu.
Dan ya, sesusah itu.
Realitinya, tak semua orang mampu beli kereta baharu berharga RM70,000 ke atas tanpa pinjaman.
Tetapi siapa kata kita wajib beli kereta baharu?
Kita cuma perlu kenderaan yang berfungsi untuk memenuhi keperluan hidup, bukan simbol status untuk dilihat berjaya.
Pasaran Malaysia penuh dengan kereta berharga bawah RM20,000 dari model lama yang masih kuat, hingga kereta kecil yang boleh dibeli dengan tunai hasil simpanan beberapa bulan.
Nak lebih berhati-hati, upahlah kawan atau pomen yang boleh dipercayai untuk periksa keadaan kereta sebelum beli. Dan kenal pasti bengkel yang jujur untuk urusan penyelenggaraan selepas itu. Mungkin boleh tanya @Pelabur_Bijak
dia ada bengkel.
Ia memang memerlukan sedikit usaha dan kesabaran tapi begitulah sifat jalan halal. Ramai orang enggan melalui jalan ini bukan kerana mereka tak mampu, tetapi kerana mereka malas berfikir dan lebih selesa memilih “jalan mudah” yang sudah biasa.
Mereka kata,
“Kalau beli kereta lama pening kepala kalau rosak.”
Lalu mereka memilih untuk membeli kereta baharu melalui pinjaman bank “Islamik” yang penuh dengan akad batil dan manipulasi istilah semata-mata untuk merasa "tenang."
Padahal ketenangan itu bukan kerana bebas daripada masalah, tapi kerana sudah terbiasa hidup dalam riba’ yang disyariahkan.
Isu rumah lebih besar, kerana nilainya lebih tinggi. Namun prinsipnya sama: jika mahu bebas riba’, beli secara tunai.
Kedengaran mustahil? Mungkin, tapi bukan tidak boleh.
Majoriti orang tidak mampu membeli rumah tunai dalam masa singkat. Maka solusinya bukan dengan berpaling kepada riba’, tetapi dengan kembali kepada gaya hidup yang lebih ringan, menyewa.
Menyewa sering dilihat sebagai kegagalan dalam paradigma moden, tetapi sebenarnya ia lebih dekat kepada hakikat seorang Muslim yang melihat dunia sebagai tempat persinggahan.
Jika terpaksa berpindah dari satu rumah ke rumah lain, anggaplah itu sebagai latihan mujahadah.
Bukan semua ketidakselesaan itu keburukan; kadang-kadang, ia adalah tarbiah Allah untuk mengajar kita jangan terlalu melekat pada dunia.
Dalam masa yang sama, kumpul sedikit demi sedikit. Bina simpanan untuk beli tanah dan rumah kecil di atasnya dengan tunai, walaupun ambil masa bertahun-tahun. Biar lambat, asalkan berkat. Kalau tak tercapai benda ni sebelum mati pun takde hal, bukan kat sini rumah abadi.
Tidak dinafikan, hidup tanpa riba’ memang struggle. Ia menuntut kesabaran, perancangan, dan pengorbanan di saat majoriti manusia mengamalkannya.
Tetapi inilah realiti iman. Orang beriman tidak mencari kemudahan dunia dengan menukar redha Allah kepada kesenangan sementara.
Ramai memilih pinjaman riba’ atas alasan “semua orang pun buat.” Mereka mahu nampak “stabil” ada rumah, ada kereta, ada gaji bulanan tetap.
Namun mereka tidak sedar kestabilan itu dibina atas kebatilan. Sedikit sahaja krisis ekonomi atau kehilangan kerja, semuanya runtuh.
Sedangkan orang yang menolak riba’ mungkin kelihatan susah, tetapi dia hidup dengan dada yang lapang. Tiada hutang tersembunyi. Tiada kontrak syubhah.
Akhirnya, semuanya kembali kepada cara pandang (worldview). Kita boleh melihat dunia ini seperti orang kebanyakan, sebagai tempat untuk “membina kehidupan,” “naik taraf,” dan “mengejar keselesaan.”
Atau kita boleh melihatnya seperti yang Allah dan Rasul ajar tempat singgah untuk diuji sebelum kembali kepada tempat sebenar.
Jika kita melihat dunia sebagaimana pandangan yang Allah dan Rasul dah ajar, maka kita akan mula menilai sesuatu bukan berdasarkan kesenangan semata-mata, tetapi keredhaan.
Dan bila hati mula mencari redha, riba’ bukan lagi pilihan, walau seluruh dunia mengatakan ia normal.
Jalan hidup tanpa riba’ bukan jalan yang senang. Tapi ia jalan yang membawa ketenangan sebenar kerana ia seiring dengan fitrah dan perintah Allah.
Membeli kereta tunai, menyewa rumah, hidup sederhana semua itu mungkin nampak “mundur” di mata dunia moden. Tapi di sisi Allah, mungkin di situlah kemuliaan yang sebenar.
Pada skala yang lebih besar, boleh ke YouTube Ustaz Noor Derus, beliau ada kupas bagaimana sistem wakaf & real business boleh bantu Muslim dalam isu pemilikan rumah.
Baek Se-hee, author of the bestselling memoir I Want to Die but I Want to Eat Tteokbokki, has died at the age of 35.
The circumstances surrounding her death have not been disclosed.
🧵1
𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 & 𝗣𝗔𝗟𝗔𝗧𝗔𝗢
Saya jarang memberi komen balas pada komentar politik yang dibuat oleh rakyat biasa.
Hari ini, ada satu komentar politik yang dibuat oleh Liyana Marzuki mengenai hubungan saya dengan PMX. Mungkin sebab ada perkataan ‘palatao’ ramai yang menghubungi saya untuk dapat reaksi.
Daripada saya jawab kepada setiap orang, lebih baik saya jawab terus di sini.
𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘵𝘶𝘫𝘶
1) Bahawa apa yang berlaku dalam pemilihan PKR yang lepas itu memang satu perancangan
2) Bahawa ada pertembungan di antara saya dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim
𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘵𝘶𝘫𝘶
1) Bahawa saya bercita-cita dan tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri sehingga tidak setia dan melawan Dato’ Seri Anwar
2) Bahawa pertembungan kali ini mirip kepada perebutan kuasa di antara Dato’ Seri Anwar dan Tun Mahathir dalam tahun 1998
Berikut adalah hujah-hujah saya:
Penulis memberi gambaran bahawa pandangan saya dalam kerajaan mendatangkan masalah kepada Dato’ Seri Anwar yang mungkin boleh menyebabkan beliau kalah dalam pilihanraya.
Ini permulaan yang baik untuk memahami titik perbezaan di antara saya dan Dato’ Seri Anwar. Secara tidak langsung ia juga mengesahkan perkara ini tidak ada kena mengena dengan perebutan kuasa atau cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, seperti yang digambarkan penulis.
Soalnya adalah sejauh mana dan seberapa cepat kita berani melakukan perubahan, seperti yang kita gagaskan di luar kerajaan.
Dato’ Seri Anwar selalu memberi pelbagai alasan bahawa jika perkara ini dibuat, Umno akan marah. Jika perkara itu disentuh, DAP akan marah. Jika kita membaiki perkara itu, GPS tidak puas hati.
Dari situlah bermulanya keluhan beliau mengenai saya kerana beliau begitu fokus untuk menang penggal kedua, tidak kira apa harga yang perlu dibayar. Menjaga hati Umno, DAP, GPS dan pihak-pihak berkepentingan lain itu lebih penting dari segala-galanya.
Saya berbeza pandangan.
PKR diberi peluang menjadi kerajaan untuk menzahirkan perubahan-perubahan. Bukan sahaja berkaitan struktur dalam aspek pentadbiran ekonomi dan sosial yang menyeluruh tetapi membawa budaya politik yang bersih dan telus, seperti yang kita gagaskan dalam agenda reformasi yang kita laungkan berpuluh tahun.
Keutamaan dan kesetiaan bukan kepada batang tubuh, tetapi kepada wawasan yang kita bawa.
Lagi pun soal kesetiaan ini tidak sepatutnya timbul langsung.
Tidak cukupkah puluhan tahun, dari usia muda, yang kami abadikan berjuang untuk PKR dan beliau, yang banyaknya beliau berada di dalam penjara?
Kalau saya tidak setia dan mahu jawatan politik, bukankah lebih mudah saya mencium tangan Tun Mahathir semasa PH1.0 dahulu (seperti mana dibuat oleh ramai pimpinan PKR, DAP dan AMANAH yang lain pada ketika itu), atau bergabung dengan Dato’ Seri Azmin untuk mencabar Dato’ Seri Anwar sejurus PRU 2018?
Malah, keputusan-keputusan yang merintis kepada bebasnya beliau dari penjara dalam tahun 2018, diberi pengampunan diraja dan ada peluang kembali untuk menjadi Perdana Menteri, banyaknya dirintis oleh kami, sedangkan Dato’ Seri Anwar (semasa di dalam penjara) tidak bersetuju pun dengan penubuhan PH. Pada ketika itu, beliau tetap percaya PKR tidak akan menang PRU tanpa PAS.
Namun, kami teruskan juga kerana kami yakin itu satu-satunya jalan untuk menewaskan BN dalam PRU 2018 yang membuka jalan untuk beliau keluar penjara.
Begitu juga di saat beliau berada di tempat paling bawah kerana dicemuh rakyat dan rakan dalam PH apabila gagal membawa ahli-ahli parlimen Umno menyokong beliau selepas Sheraton Move.
Izzah mendatangi saya berkali-kali dan memujuk saya untuk kembali, dalam keadaan saya cukup gembira dan selesa dengan kehidupan saya sebagai rakyat biasa.
Saya kembali dan membantu setakat yang terdaya dalam masa yang singkat. Alhamdulillah dari situ Dato’ Seri Anwar diberi peluang menjadi Perdana Menteri.
Soal tidak setia ini hanya ditimbulkan secara tiba-tiba kerana saya berpandangan kita mesti lebih berani membuat perubahan walaupun rakan kita dalam kerajaan dan pihak berkepentingan lain kurang selesa.
Itu harapan rakyat kepada kita.
Pandangan saya juga makin tajam apabila saya kurang selesa dengan beberapa perkara tadbir urus dalam kerajaan, terutamanya yang melibatkan badan penguatkuasa seperti SPRM.
Juga apabila beberapa perkembangan menunjukkan kita mula membina kroni tersendiri yang jadi kaya secara tiba-tiba dan ada pengaruh besar dalam kerajaan, sedangkan mereka tidak ada pertanggungjawaban dalam kerajaan atau rakyat.
Tingkah laku mereka, dan juak-juak kepada kroni-kroni baru ini, tidak ubah seperti yang berlaku semasa BN dan PN dahulu.
Suara-suara saya mengenai perkara-perkara ini yang tidak disenangi. Dari situ timbul tuduhan tidak pandai bekerja sepasukan, atau ada ego dan macam-macam lain.
Dari pandangan mereka, kalau saya telan bulat-bulat semua ini dan mensucikan semua kerana kami satu parti, barulah saya tidak ada ego.
Penulisan terbaru ini, yang memberi gambaran bahawa saya bercita-cita besar ke arah nak sailang Dato’ Seri Anwar, adalah versi baru dalam cerita yang sama.
Pada mulanya, ada cubaan meracun penyokong PH dan rakyat konon saya tidak menjaga akar umbi. Bila saya berpendirian kalau menjaga akar umbi itu maknanya menabur duit, lantaklah kamu nak kata apa dan saya tidak akan terjebak.
Kemudian ditukar kepada merajuk sebagai alasan untuk Izzah mencabar saya. Apabila saya letak jawatan dan dengan rela hati mengosongkan jawatan empuk kerajaan, walaupun ditawarkan menjadi Timbalan Presiden lantikan, versi itu mati di situ sahaja.
Sekarang ada versi baru, kononnya saya mencabar Perdana Menteri kerana tidak sabar dalam mengejar cita-cita politik.
Saya tidak kenal Liyana Marzuki dan tidak pernah berjumpa beliau. Saya tahu beliau lebih kenal Izzah dan saya tidak salahkan beliau jika versi “little birds” di sana sini yang dirujuk beliau itu hanya datang dari satu kumpulan.
Cuma saya harap PKR dan pimpinan baru yang ada ini cukup-cukuplah melatah dan meloncat setiap kali saya bagi pandangan. Keputusan itu telah dibuat oleh PKR, ramai pimpinan yang ada sekarang bersekongkol dengan keputusan itu.
Apabila nasi sudah jadi bubur, adalah tidak matang untuk berharap saya akan telan bubur itu bulat-bulat seperti yang mereka kehendaki.
Saya bertanggungjawab kepada rakyat sebagai pengundi dan kepada saki-baki pimpinan yang masih bersama di dalam PKR yang mahu melihat politik yang lebih bersih dan bebas dari rasuah. Bukan politik feudal yang bertuankan batang tubuh.
Insya Allah, saya akan melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin.
Yang selebihnya, lebih baik PKR, Dato’ Seri Anwar dan saya ambil jalan masing-masing yang berlainan.
Saya tidak nampak jalan yang akan membawa saya kembali ke dalam barisan pimpinan PKR di masa akan datang.
Mungkin ramai yang tak tahu masa tahun 70-an dulu, seramai sekitar 60,000 orang warga Amerika Syarikat dimandulkan tanpa rela.
Peristiwa ini berlaku sebab pada ketika itu Amerika Syarikat mempunyai aspirasi untuk melahirkan bangsa Amerika yang kuat, cerdik dan sihat. Semua ini dilakukan melalui projek eugenik.
Eugenik ini apa dia sebenarnya? Dalam bahasa umumnya adalah projek untuk memperbaiki keturunan melalui pembiakan terpilih (selective breeding).
Biasanya dilakukan ke atas haiwan atau tumbuhan untuk dapatkan baka yang baik, tetapi projek ini dibuat ke atas manusia.
Perbezaan ketara antara pembiakan terpilih haiwan dan eugenik adalah permbiakan terpilih haiwan memang 100% membaiki biologi haiwan. Tetapi eugenik pula bukan saja membaiki biologi tetapi juga membaiki sosial umat manusia.
Eugenik tidak hanya popular di Amerika Syarikat. Masyarakat pasca Revolusi Industri pertama percaya perkembangan sains dan teknologi yang pesat pada ketika itu bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah teknikal, tetapi juga dapat menyelesaikan masalah sosial masyarakat.
Jepun, Jerman, Soviet Union, Afrika Selatan, China, Britain, Australia, Sepanyol, Itali, Canada, Mexico dan Brazil mengambil serius dengan eugenik.
Tidak semua negara-negara ini mengambil jalan eugenik negatif. Britain dan Singapura misalnya mengambil jalan eugenik positif dengan mencari pelbagai solusi lunak untuk meramaikan golongan yang cemerlang.
Singapura pernah menawarkan insentif kepada wanita-wanita berpendidikan yang melahirkan anak. Dapat anak, dapat duit.
Amerika Syarikat mengambil langkah ekstrim sehingga berjaya melepaskan rang undang-undang untuk mengetatkan kemasukan imigran, menghalang perkahwinan campur antara bangsa dan memandulkan individu-individu yang mereka tafsirkan memiliki genetik rosak.
Pada masa ini, kerosakan genetik bukan sahaja ditafsirkan sebagai masalah biologi, tetapi juga masalah sosial.
Golongan imigran sering menjadi mangsa gerakan ini hanya kerana statistik jenayah agak tinggi dalam kalangan mereka.
US DAN CHINA NAKKAN REE MALAYSIA SEBANYAK RM 4 TRILION
Malaysia dilaporkan kini berada di tengah-tengah dalam usaha mengimbangi dua kuasa besar yang mahukan Hasil Nadir Bumi REE di Malaysia
China dan US dilaporkan mahukan REE yang bernilai RM 4.11 Trilion sebanyak 16.1 Juta Tan yang masih belum diteroka. REE ni penting untuk industri semikonduktor, pertahanan, kenderaan elektrik dan teknologi sebab itu ia mahal
China sudah tawarkan Malaysia dengan alat pemprosesan REE kerana China kini memproses 85 peratus REE. Sebagai balasan Malaysia harua sedikit ke arah China
US pula mahukan akses ke atas REE Malaysia sebagai balasan Tarif Import yang lebih murah
Cabaran utama Malaysia adalah untuk mengimbangi dua tawaran kuasa besar ini sambil memastikan kedaulatan Malaysia terjaga dan Malaysia dapat merasai hasil REE berkenaan untuk rakyat dan bukannya kuasa besar
Malaysia sudah punyai sedikit kepakaran memproses REE melalui Fasiliti Lynas di Gebeng, Pahang.
“Indonesia Kena Scam Dengan Trump Untuk Dapat Diskaun Tarif?”
"Indonesia akan bayar 19%, kita tak bayar apa-apa pun. Kita akan dapat akses penuh ke pasaran mereka."
Inilah kenyataan rasmi Donald Trump bila umumkan "kejayaan" rundingan dagang antara AS dan Indonesia semalam.