dah cukup setahun anak Rafizi kena serang. Faisal Halim 2 tahun lebih kena simbah asid. baru ni ada yang kena keroyok dekat stesen minyak ramai-ramai dengan orang pakai helmet.
sampai sudah tak jumpa pelaku-pelakunya.
Presiden KEADILAN baru umum dalam Kongres selepas Tabung Haji, FELDA pulak akan disiasat. tindakan tegas bermula sekarang. semalam KJ cakap dalam KS benda ni, PMX akan mula guna kuasa dia betul-betul sekarang.
ye. bukan double down tanya "mana sakau? mana sakau?"
bacalah RCI tu betul-betul, penuh dengan isu weak governance dan deriliction of duty (pengabaian tanggungjawab) yang takkan lepas standard corporate governance paling basic.
suka tak suka Menteri pengawal yang bertanggungjawab ke atas Tabung Haji adalah Menteri UMNO, Pengerusi UMNO, ada lembaga pengarah orang UMNO.
jap lagi adalah tu budak-budak UMNO suruh Zahid pecat balik KJ atau suruh KJ keluar UMNO.
aku ada teori kenapa peniaga runcit especially mikro dan kecil terkesan dengan sales makin slow rasa macam orang kurang berbelanja dan diorang anggap ekonomi tengah teruk dan angka-angka ekonomi yang memberangsangkan ni semua angka tipu yang tak melambangkan apa yang rakyat rasa.
bila tengok data jualan runcit DOSM, volum jualan runcit secara online naik lebih 70.6% sejak 2020 berbanding jualan runcit di kedai fizikal naik 48.6%.
kalau tengok sub-index jualan runcit tolak jualan runcit di supermarket, mini market yang established dan tinggalkan kedai-kedai runcit, pasar, gerai volum jualan sebenarnya negatif especially sejak Covid.
bermakna kadar pertumbuhan orang beli barang runcit secara online lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan orang beli barang dekat kedai fizikal.
ini yang dipanggil k-shaped economy; ada sebahagian kumpulan dan sektor terus berkembang ada sebahagian lagi merosot di mana pertumbuhan ekonomi tidak sekata dan seimbang.
ditambah dengan lambakan barangan harian dari China melalui platform-platform macam Tiktokshop, Taobao, Pinduoduo lagi menekan peruncit tempatan.
bila dah jadi macam ni kau melayu ke cina ke india ke meniaga runcit memang akan terasa tekanan persaingan dan sales jatuh.
aku tak rasa la undi sesiapa pun boleh ubah realiti pasaran harini.
aku tak faham betul bila benda ni jadi. parlimen pun selalu jadi tak cukup quorum untuk teruskan persidangan sampai kena bunyikan loceng. bersidang bukan hari hari dan sepanjang tahun pun. tak boleh ke masuk dewan ikut waktu persidangan? mana la orang tak angin gaji elaun pencen semua dapat, kerja hakiki paling asas pun tak boleh buat. bayangkan orang kerja office waktu office hours takde kat office sampai office kena panggil masuk
lobi daripada syarikat-syarikat luar terutama dari China dengan US untuk Kerajaan Persekutuan tamatkan moratorium eksport nadir bumi mentah (sejak 2024) ni memang kuat. yang bersidai dekat parlimen dengan NRES pun ramai.
Kerajaan-Kerajaan Negeri pun push kuat supaya moratorium tu lifted sebab nak hasil tu.
alasan Kerajaan kenakan moratorium eksport raw rare earth ni sebab:
1. kebanyakan atau hampir semua deposit REE negara kita terletak dekat kawasan ekologi sensitif macam hutan simpan kekal dan kawasan tadahan air
2. Kerajaan nak syarikat luar datang bukak kilang proses raw rare earth tu dekat Malaysia dan taknak semata-mata eksport mentah lepas melombong
Putrajaya Perdana Berhad (PPB) ni pernah dimiliki Jho Low melalui UBG dan Tabung Haji beli saham PPB (2014) ketika Jho Low masih memiliki saham dalam PPB (up until 2015):
PPB juga menerima RM170 juta daripada SRC International Berhad, dimana RM32 juta masuk ke dalam akaun Najib (2014).
Pemilik asal Putrajaya Perdana Berhad Rosman Abdullah juga saksi pendakwaan dalam kes SRC.
Tak pasti ada kaitan ke tak Jho Low dengan pelaburan Tabung Haji dalam PPB bernilai RM193.5 juta yang telah menyebabkan Tabung Haji rugi RM145.3 juta.
Kalau SPRM nak siasat dan buat audit forensik bolehlah mula daripada situ