Innalillahi Wainna Ilaihi Rooji'un. Minta tolong repost gaiss..
Semalam pukul 11 malam. Aku baring, scroll telefon. Entah macam mana jari aku tekan Shopee Live.
Scroll. Berhenti dekat satu live.
View: 2 orang.
Seorang abang jual muruku. Meja lipat. Lampu malap. Nama dia Apis.
Aku masuk. Bukan nak beli. Saja nak temankan orang live sorang-sorang.
Aku tanya, “Abang selalu live ke?”
“Setiap malam lepas Isyak.”
Aku tanya lagi, “Kenapa rajin sangat?” Dan dekat situ, aku menyesal tanya.
Dia cerita pasal hidup. Dia asnaf. Tunjuk surat jabatan agama. Dia jaga ibu sakit. Isteri jaga ayah dementia. Maksudnya dua-dua tak boleh kerja normal.
Anak? Tiga anak perempuan.
Ikut berniaga. Tak rasa sekolah macam anak kita.
Simpanan habis. Hidup mereka sekarang hari ni cari, hari ni makan.
Berniaga kaki lima. Kadang depan Pertama Kompleks. Kadang area SOGO.
Muruku.Serunding. Kurma. Semua bawah RM10.
Bila dia tunduk sikit, aku nampak air mata jatuh.Dia cepat lap. Tapi aku dah nampak.
Aku terus tekan beli 5 muruku.
Bunyi ting masuk. Muka dia berubah. Senyum.
Senyum orang yang baru dapat nafas. Tapi yang buat aku betul-betul diam bukan kisah susah dia. Aku tunduk pada isteri dia.
Zaman sekarang senang cari pasangan masa senang. Masa susah ramai angkat kaki.
Tapi perempuan ni duduk tepi jalan, teman suami berniaga, jaga ayah hilang ingatan, besarkan tiga anak kecil.
Dan lelaki ni? Bukan semua lelaki sanggup kecilkan hidup dia demi tanggungjawab.
Nabi ﷺ kata, sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik pada keluarganya.
Malam tu aku sedar, dia bukan jual muruku. Dia tengah buat ibadah. Kalau hari ni kau rasa kau dah usaha gila-gila tapi hasil tak seberapa
Ingat ni. Kat luar sana ada keluarga yang bentang meja setiap hari. Tak ada gaji. Tak ada cuti. Tak ada siapa puji.
Kalau kita penat sebab kerja, diorang penat sebab hidup. Kalau kita stress sebab jualan slow, diorang bentang meja walaupun tahu mungkin kosong.
Kalau kita rasa Allah lambat bagi, diorang sebut harga sambil simpan harap pada langit.
Allah janji, bersama susah ada kemudahan. Cuma kadang-kadang kemudahan tu bukan duit tapi hati yang tak putus asa.
Bila aku tutup live tu, aku baring lama. Skrin gelap. Dada aku tak. Sebab aku terbayang tiga budak perempuan kecil yang esok bangun bukan untuk sekolah tapi pasang meja lipat.
Aku pandang anak aku sendiri.
Tidur atas tilam. Perut kenyang.
Esok ada beg sekolah.
Dan kat luar sana, ada ayah yang tak boleh janji apa-apa pada anak dia
selain, “Esok kita cuba lagi.”
Ada penat yang tidur pun tak hilang. Penat orang berharap.
Dia live tiap malam lepas Isyak.
Bukan sebab rajin. Tapi sebab malam je masa dia minta pada dunia.
Dan kita?
Kadang rasa Allah lambat bagi,
padahal kita minta dalam keadaan kenyang selamat, ada tempat balik.
Kalau malam ni kau boleh peluk anak kau, atau mak ayah kau masih hidup, atau kau tidur tanpa fikir esok ada makan ke tak
Demi Allah, kau sangat kaya.
Sebelum tidur, cakap dalam hati:
“Ya Allah, ampunkan aku. Selama ni aku lebih banyak mengeluh daripada bersyukur.”
Sebab kadang-kadang, cerita orang lain bukan untuk kita kasihan.
Tapi untuk Allah selamatkan hati kita.
PERHATIAN : Mohon support jualan amal Abg Asnaf (Apis) dalam posting ini. Jemput baca kisah penuh mereka di bahagian description Shopee (HKNA Resources). Link Shopee :
https://t.co/QquJ65wsDE
MAKLUMAN : Terima Kasih juga kepada yang sudi menyumbang untuk mereka bangkit semula. Setiap sumbangan anda sangat bermakna.
-Bank Detail-
Hafizh Khan bin Amiruddin Khan
162674070731
Maybank (Reference : Zakat)
HEBAHAN : Selain jualan amal, ada jualan biasa dan borong. Tempahan untuk doorgift, giftset dan hamper juga boleh dibuat. Hubungi mereka di talian 019-9609295 : Apis.
TERKINI
Wartawan Palestin, Enas Akhlawi ditangkap IDF sewaktu berada di rumahnya di Bandar Idhna, Barat Al Khalil Tebing Barat
Abangnya menceritakan IDF memusnahkan pintu dan mengheret Enas dengan ganas
Dia ditangkap tanpa sempat memakai tudung atau pakaian sejuk. Setakat ini tidak diketahui nasibnya atau di mana dia ditahan
Terima kasih Abu Ubaidah
Ucapanmu menggentarkan musuh dan membangkitkan perjuangan Umat Islam dan Palestin
Membuktikan Pena dan kata kata boleh menjadi senjata paling ampuh dalam menentang musuh
Sudah tiba masanya kamu berehat
Selamat Berehat di Alam Sana. Syuhada Abu Ubaida
“We mourn the great commander, Huthaifa Samir Abdallah al-Kahlout, Abu Ibrahim.”
Hamas's military wing confirmed the death of Abu Obaida in an Israeli strike on Gaza in August and revealed his identity after he had served for two decades without ever revealing his true face.
Greta Thunberg in Greece:
I could talk for a very, very long time about our mistreatment and abuses in our imprisonment. Trust me, but that is not the story.
Israel is escalating genocide and mass destruction with genocidal intent, attempting to erase an entire population in front of our eyes.
GRETA THUNBERG FULL SPEECH IN GREECE AFTER BEING ABDUCTED BY ISRAEL
“Thank you to all of you who are keeping an eye on the flotilla & sharing our content”
TERKINI
ALHAMDULILLAH
BERITA GEMBIRA HARI INI
Ramai anggota IDF disahkan mampus dalam jumlah yang sangat besar dalam pertempuran dengan Briged Seraya Al Quds bersama Pasukan Pertahanan Palestin di Pusat Bandar Gaza selama beberapa hari ini. Ini dimaklumkan salah seorang Komander Medan Briged Seraya Al Quds
Pertempuran di sana sangat rumit dan sengit. Memerlukan strategi dengan teliti kerana musuh turut mara dengan strategi tertentu
Kita mempunyai pahlawan yang hebat dan mempertahankannya seperti kampung mereka walaupun ada yang datang bukan dari Bandar Gaza dan telah menyambut musuh dengan kejutan. Allah Izinkan kami berjaya dan menang dalam setiap operasi dan musuh seperti biasa menipu dan menyatakan mereka menang
Setakat ini semua anggota Perajurit Palestin berada dalam kesiapsiagaan tinggi. Kami lakukan pergerakan tertentu untuk mengelak daripada jerangkap samar dipasang musuh
Musuh mara secara perlahan Lahan dan menggunakan dron untuk membunuh anggota kami. Kami tahu perkara itu dan mengagalkan mereka dengan pergerakan kami yang teliti di setiap jalan dan persimpangan
Kami memberitahu tentera musuh yang kami sangat dekat dengan kami. Sebab kamu akan nampak kami bila kami mahu tunjukkan diri dan kami tahu apa yang kami lakukan
Musuh takkan selamat di Gaza dan kami berjanji akan membalas segala apa yang mereka lakukan ke atas rakyat kami dan menyalurkan dendam rakyat kami ke atas mereka . InsyaAllah kesabaran akan memberikan kita kemenangan
✊ #StopTheGenocide 🇵🇸
San Mames shows its support to Palestine, represented at the stadium today by @HoneyThaljieh, a group of Palestinian refugees living in the Basque Country and representatives of @UNRWA Euskadi.
We are with you! لكم كل الدعم، نحن معكم
#AthleticMallorca #AthleticClub 🦁
Ini sedikit recap tentang gelombang flotilla ketiga yang sedang belayar termasuk 9 delegasi dari Malaysia yang terdiri dari pakar-pakar dalam bidang perubatan, pendidikan, undang-undang dan sebagainya. Diharapkan kesemua 23 delegasi yang diculik akan dibebaskan secepat mungkin dan pulang dengan selamat. More ships will come 💪🏻⛴️
✊ Athletic stands with Palestine. #StopTheGenocide 🇵🇸
#Athletic125 ambassador @HoneyThaljieh, Palestinian refugees in the Basque Country, and @UNRWA representatives will receive a show support at San Mames before Saturday's match against @RCD_MallorcaEN kicks off
The Global Sumud Flotilla sails with only one purpose to deliver food, baby formula, and lifesaving medical aid for 🇵🇸.
No weapons. No aggression. Nothing but hope.
And yet, this peaceful mission is being attacked. The world must see the cruelty & inhumanity of 🇮🇱.