Kaunter bersama PKR? ❌
Kaunter bersama BERSAMA? ✅
Steady warga PANDAN. Jika dahulu @rafiziramli setiap minggu bersama kaunter bergerak di Pandan atas platform PKR (Parti Kencing Rakyat), bermula hari ini, beliau di atas platform yang lebih dipercayai, berintegriti dan berprinsip, @partibersamamy.
Ayuh warga Pandan! Ingat kancil, ingat BERSAMA. Jangan lupa mendaftar diri menjadi ahli di pautan https://t.co/sGfOm8sIoo. 🫶🏻
📌 YouTuber yang boleh dikategorikan sebagai pro-@rafizi (RR) dan kini turut dilihat menyokong @partibersamamy ialah:
i. Mohd Rafizi Ramli (Podcast YBM)
ii. Nik Nazmi Nik Ahmad (Podcast Lebih Masa)
iii. Iswardy Morni Official
iv. Daniel Jani Official
v. Solihin Shabudin
vi. DSA (Dato' Dr Syed Azuan)
vii. Cakap Hub (Shen Yee Aun)
Channel Daniel Jani, DSA dan Solihin Shabudin memang aktif di YouTube — hampir setiap hari ada saja content baru. Konsistensi mereka ini memang patut diberi kredit.
Tak semua orang boleh bercakap depan kamera dan hasilkan content yang betul-betul engaging, lebih-lebih lagi secara live. Selain persiapan, ia memang perlukan bakat dan cara penyampaian yang boleh tarik perhatian penonton.
Dalam era digital, platform internet merupakan medan yang amat penting untuk mempengaruhi persepsi dan mendekati pengundi sasaran.
Oleh itu, #Bersama perlu melahirkan lebih ramai penggerak media digital yang bukan sahaja mampu menyampaikan mesej parti, tetapi juga berperanan mempertahankan fakta serta menangkis naratif yang dimainkan oleh pihak lawan politik.
I’m more active on X lah — YouTube content, especially live stuff — not really my strength, but if more #Bersama members or supporters step up and play their part, I believe it can make a real difference.
📌 Apakah mesyuarat ADUN dan pemimpin PH dikediaman rasmi MB Aminuddin akan membawa kepada pembubaran DUN Negeri Sembilan dalam masa terdekat?
Apakah akan ada kerjasama PH/BN atau kedua-dua coalition party bergerak secara solo saperti di Johor sekiranya DUN dibubarkan hari ini atau esok atau dalam masa terdekat?
Dengan BN/UMNO bergerak solo di N9, ia membuka dua peluang bagi mereka. Pertama, peluang untuk merampas jawatan MB dan sekaligus, kerajaan negeri dan yang kedua, berpeluang untuk kecundang dan kehilangan lebih banyak kerusi.
Pada PH, menarik untuk dilihat sama ada perpecahan dalam parti PKR memberi kesan kepada pengundi. Menarik juga untuk dilihat samada @partibersamamy akan mengambil bahagian.
Persoalan yang berligar dikepala ramai termasuk ahli #Bersama adalah; MB @dsaminuddin dipercayai antara pemimpin PKR yang dilihat berpihak kepada RR.
Jika N9 tumbang ke tangan BN (@barisanasional), apakah trend ini boleh mempengaruhi peluang PH pada Pru16 sekaligus, menyempitkan peluang @anwaribrahim kekal PM seusai Pru16?
Wallahualam.
𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗘 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥, 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔
DUN Johor telah dibubarkan, apa nak jadi dengan BERSAMA?
Perancangan mengenai BERSAMA, termasuk memperkenalkan BERSAMA ke negeri-negeri, telah dirancang lebih awal sebelum pengumuman membubarkan DUN dibuat.
Kebetulan, negeri pertama yang menganjurkan state tours, atau jelajah ke negeri-negeri, adalah Johor.
Jelajah Kancil ke negeri-negeri adalah seperti berikut:
Johor - Sabtu, 6 Jun 2026, 8 malam di Danga Bay Convention Centre
Melaka - Ahad, 7 Jun 2026, 8 malam di Hotel Seri Malaysia, Melaka
Tarikh-tarikh seterusnya:
Negeri Sembilan - di Seremban, Sabtu 13 Jun
Perak - di Ipoh, Ahad 14 Jun
Kelantan/Utara Terengganu - di Kota Bharu, Sabtu 20 Jun
Pahang/Selatan Terengganu - di Kuantan, Ahad 21 Jun
Selangor Utara - Sabtu, 27 Jun
Selangor Tengah - Ahad, 28 Jun
Selangor Selatan - Rabu, 1 Julai
Pulau Pinang - Sabtu, 4 Julai
Kedah/Perlis - Ahad, 5 Julai
KL - di Setiawangsa, Sabtu, 11 Julai
Selangor Tengah - di Shah Alam, Ahad, 12 Julai
dan berakhir di Selangor - di Pandan, Sabtu 18 Julai
Maklumat lanjut mengenai setiap acara dan kempen BERSAMA akan dipaparkan di laman kempen BERSAMA di pautan ini:
https://t.co/nOUTHK88GI
Sila pilih kempen mana yang hendak disertai atau akan hadir; daftarkan nama anda untuk membantu urusan logistik.
Untuk kempen hari Sabtu dan Ahad ini, jumpa saya dan Nik di Danga Bay Convention Centre pada hari Sabtu dan Hotel Seri Malaysia, Melaka pada hari Ahad.
Mohon sebarkan kepada seramai mungkin dan bimbing rakan-rakan yang ingin hadir untuk mendaftar di pautan Kempen BERSAMA.
Jelajah negeri-negeri ini akan disiarkan di YouTube dan TikTok Live di saluran saya.
Jumpa hari Sabtu dan Ahad ini.
JS-SEZ atau Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura, adalah 'brainchild' @rafiziramli.
MB Johor, Onn Hafiz Ghazi pernah memuji Rafizi atas kerjasama erat dan profesionalisme beliau dalam memacu pembangunan ekonomi negeri Johor.
Pujian paling ketara dilihat dalam konteks usaha sama pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor. Antara titik tumpu utama kerjasama mereka adalah pembangunan JS-SEZ. Sasaran Johor untuk mencapai KDNK sebanyak RM260 bilion menjelang 2030 sebagai realistik, dengan JS-SEZ yang dijangka menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri. (Resit di thread)
Untuk rekod, JS-SEZ penyumbang terbesar KDNK Johor 6.5% tahun 2025. Nilai pelaburan lebih kurang RM91.1 bilion bagi 3 suku 2025 (Jan - Sept).
Syabas Johor dan Rafizi! ✊🏻
ALHAMDULILLAH 🤲🔥
Hari ini satu langkah besar bermula keahlian saya dalam @partibersamamy telah diterima!
Ini bukan penamat, tapi permulaan perjuangan.
Saya datang dengan niat untuk berkhidmat, bukan sekadar berada di tepi. 💪🇲🇾
#BersamaBuatPerubahan https://t.co/Z3tUp5sFjX
Jemput hadir ke rumah terbuka maya #TSR
(geng profile Simpsons).
Juadah hari ini ialah sembang.
Duit raya tak de.
Saya jadi tukang angkat kuih maya saja, jemputlah tanya, komen, sembang ha3 😅
Port-out juga disahkan berjaya
Tapi sehingga hari ini (19 Mei 2026), line Hotlink saya masih aktif walaupun nombor sama juga aktif di telco baru.
Sekarang satu nombor aktif pada dua telco serentak.
Mohon semakan dan penyelesaian segera. Terima kasih.
@HotlinkListens saya nak buat aduan mengenai proses port-out nombor Hotlink saya yang masih belum selesai.
• 2 Mei 2026 – telco baru request port-out
• 3 Mei 2026 – saya dah reply “YES” pada SMS pengesahan Hotlink
18 𝘔𝘦𝘪 2026
𝗣𝗘𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡
Sebentar tadi, kami telah menghantar surat kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk memaklumkan peletakan jawatan kami sebagai Ahli Parlimen.
Dengan ini, kami mengosongkan kerusi parlimen Pandan dan Setiawangsa berikutan hasrat kami untuk meneroka agenda politik yang baru.
Langkah yang tepat dan terhormat adalah memulangkan kembali mandat itu kepada pengundi-pengundi di parlimen Pandan dan Setiawangsa, memandangkan kami dipilih di atas tiket Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum yang lepas.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi Pandan dan Setiawangsa yang telah memilih kami mewakili mereka di Parlimen untuk dua penggal.
Pusat Khidmat kami akan beroperasi seperti biasa untuk terus memberi bantuan dan khidmat kepada pengundi-pengundi.
Kami juga akan kembali bertanding di parlimen Pandan dan Setiawangsa di atas platform BERSAMA dalam pilihanraya yang akan datang.
𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶
𝘈𝘩𝘭𝘪 𝘗𝘢𝘳𝘭𝘪𝘮𝘦𝘯 𝘗𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯
𝗡𝗶𝗸 𝗡𝗮𝘇𝗺𝗶 𝗡𝗶𝗸 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱
𝘈𝘩𝘭𝘪 𝘗𝘢𝘳𝘭𝘪𝘮𝘦𝘯 𝘚𝘦𝘵𝘪𝘢𝘸𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢
Parti Bersama Malaysia?
YB @rafiziramli kalau dia buat 'move', korang especially Parti Keadilan Rakyat (PKR), jangan pandang enteng.
Move 1 - Bongkar skandal2 besar negara. 1MDB, NFC, LCS, TH. Akhirnya, rejim yang berkuasa puluhan tahun, tumbang! Pakatan Harapan (PH) berjaya menjadi Kerajaan pada 2018.
Move 2 - Kembali membantu dan mengelilingi negara atas lori membawa misi Ayuh Malaysia 1.0 untuk meyakinkan rakyat (pengundi atas pagar) mengapa perlu memilih PH untuk PRU15, setelah kekalahan teruk di PRN Sabah, Melaka dan Johor. PH menjadi blok terbesar dan mengangkat Presiden menjadi PM pada 2022.
Move 3 - Hari ini pengumuman 'Halatuju Politik Baru' dan pastinya akan ada misi2 selanjutnya selepas ini. Boleh menang? Menang tak tentu, tapi PKR kalah, insya Allah. 🫰🏻
PKR salah catur dan salah jangka! 🫵🏻
Terima surat daripada adik Nanang ketika di Pulau Banggi semalam. Ditanya bagaimana mahu jadi pemimpin. Insya-Allah nanti saya utus surat balas.
Pesan saya sentiasa baca buku, sayang dan cium ibu ayah selalu. Dan selamat ulang tahun kelahiran buat Nanang. 🥳
🚨 Historic! 😰💣: The legend Cristiano Ronaldo has scored against every Saudi Pro League club this season at the age of 40-41! 😳😳😳😳😳😳😳
✅ Scored against Al-Hilal
✅ Scored against Al-Ahli
✅ Scored against Al-Qadisiyah
✅ Scored against Al-Taawoun
✅ Scored against Al-Ittihad
✅ Scored against Al-Ettifaq
✅ Scored against Neom
✅ Scored against Al-Fayha
✅ Scored against Al-Hazm
✅ Scored against Al-Khaleej
✅ Scored against Al-Fateh
✅ Scored against Al-Shabab
✅ Scored against Al-Kholoud
✅ Scored against Damac
✅ Scored against Al-Riyadh
✅ Scored against Al-Akhdoud
✅ Scored against Al-Najma
⚠️ For the second time in his career, the legend Cristiano has scored against every league club in a single season, after doing it in the previous season 2011-12 in the Spanish League 🐐👑
Saya tak sempat rasa euphoria lepas habis exam SPM dulu sebab terus kena sambung A-Levels sebelum keputusan SPM keluar.
Kali ini, lepas habis exam SPRM hari ini, Insya-Allah saya celebrate kaw kaw dalam podcast YBM #47, Jumaat 8/5 9pm.
Nak share tips jawab exam.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata beliau masih boleh tersenyum dan menyerahkan segala keputusan kepada Allah S.W.T. #AWANInews