Hari yang ditunggu telah tiba. Aturcara majlis malam ni:
8:50pm - Live room dibuka
9:00pm - Taklimat mengenai terma dan syarat
Restock akan mula selepas taklimat selesai (around 5 mins). Taklimat ni penting untuk KA pastikan semua orang faham mengenai product dan giveaway yang disediakan so that proses jual beli semuanya jelas dan tiada unsur kekeliruan.
Jumpa anda malam ni. Terima kasih guys, segala usaha berbulan-bulan sampai ke kemuncak hari ni 🥹
[TERKINI]
📌 Tiga termasuk dua kanak-kanak maut apabila bot dinaiki terbalik di perairan Pulau Perhentian 10.30 malam tadi.
📌 Pemandu bot yang terbalik di Pulau Perhentian malam tadi ditahan polis selepas didapati positif dadah.
-- Polis
📸 Polis Marin Wilayah 3
#BernamaNews
@hidayahreads Hikmah menghafal. Saya pun nampak ni bila jaga org tua. Nenek saya hafal surah yassin, dia nyanyuk , anak cucu pun dia tak ingat.
Tapi surah surah lazim yang dia hafal dan selalu baca dia ingat.
Keberkesanan istiqamah juga. Dari menjaga orang tua, macam2 kita dapat pengajaran.
Laporan awal mengesahkan lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) maut selepas lori dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan, pagi tadi.
💯agree with Leona.
Tak kira la nak jadi housewife ke working mom ke, tuntutlah ilmu. Kita mmg akan guna semua ilmu tu directly or indirectly dalam mendidik anak2.
Correction:
Bukan buat loan, dia setup company ssm bagai semua guna nama ex laki dia so since ramai report police kes scam travel agency dia so laki dia kena lebih kurang macam tu lah. Korang pergi baca fb post tu nak details lagi
@farhanzulkefly@anwaribrahim Tak tahulah kat mana nak letak muka.. Bayangkan setiap hari kita koyak terpaksa kutuk dan burukkan orang tu, tahu-tahu orang tu datang hulur tangan salam dekat kita seperti dia tak ambil hati pun kutukan kita sebelum ni..
Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali menemui ilahi.
Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba.
Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam.
Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.
Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia.
Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembangunan dengan nilai.
Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.
Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan.
Namun lebih dari segala pencapaian itu, Pak Lah mengajarkan kita erti kemanusiaan dalam kepemimpinan.
Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi.
Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.
Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi.
Selamat jalan, Pak Lah.
Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.
ANWAR IBRAHIM

Nasi lemak mana yang sedap kt ipoh ni, semua yang pernah beli tepi jalan semua tak kena piawaian tekak.
Sambal Too sweet, no ikan bilis, sambal tak blend cili betul2, nasi tak berlemak. Yet nasi lemak w telur dadar je n sambal kosong is RM3.50? Macam mahal je.