Bila tengok imej ni saya terbayang apa dalam fikiran arwah di saat akhirnya 😢
Pagi Ahad, pada hari terakhir cuti raya untuk sekolah.
Esoknya Isnin dan anak-anak akan kembali ke sekolah.
Pada pagi Ahad hujung minggu yang lapang inilah seorang ayah menunggang motor menuju ke kedai buku.
Tujuannya nak beli buku sekolah untuk anaknya.
Dikhabarkan buku tersebut pula hendak dibeli dengan duit raya yang si anak dapat.
Tapi dalam perjalanan terakhir inilah, si ayah bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu melawan arus oleh pemandu yang mabuk.
Yang tak sepatutnya berada di atas jalan raya.
Yang jadi punca si ayah bertemu Sang Pencipta dalam keadaan yang tidak sepatutnya.
Kerajaan boleh bercakap tentang statistik kemalangan, tentang berapa banyak kemalangan berpunca dari faktor lain berbanding pemandu mabuk.
Tapi kemalangan akibat pemandu mabuk tidak boleh dilihat sama seperti kemalangan langgar lampu merah atau brek tak makan.
Tragedi seperti ini tidak boleh lagi diukur dengan data dan statistik.
Tapi perlu dinilai dari segi persepsi dan sentimen rakyat.
Jadi buatlah sesuatu lebih dari sekadar mengeluarkan kenyataan.
Terjemahkan ia dalam tindakan yang jelas dan nyata.
Salam takziah pada keluarga mangsa, moga diampunkan doa arwah dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.
Isteri Allahyarham Amirul Hafiz Omar, Nor Nadia Abdul Majid, 32, bersama tiga anaknya, Muhammad Aqif Amsyar, 9, Muhammad Afif Izz Rayqal, 7 dan Nur Humaira, 2, ketika ditemui di kediaman keluarga arwah di Kampung Repoh di Batu Kurau, Larut.
Keluarga kepada penunggang motosikal yang maut akibat dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang, di Selangor pada Ahad nekad mahu mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut keadilan buat arwah.
#malaysiagazetteperak #MGPerak
Foto : Abdullah Yusof
Kes pemandu mabuk: Hukuman penjara sahaja tidak mampu menyara anak yatim atau isteri yang hilang punca nafkah.
Dalam Islam, keadilan belum selesai selagi keluarga mangsa tidak dibela. Undang-undang perlu dipinda agar pampasan (diyat) sampai kepada waris dengan cepat tanpa membebankan waris.
boleh tak jadi rakyat malaysia yang bersyukur sikit hm aku stress la tgk comment comment dkt tiktok 😭 dok pahe masalah minyak ni bukan masalah negara tapi masalah dunia 😩
Situasi trust issue bila staff WFH:
Bos: Saya nak terminate Rahim
HR: Eh? Kenapa?
Bos: Dia selalu lambat respon bila saya email/chat. Mesti tengah merayap tak buat kerja kat rumah tu
HR: Ermmm... kerja dia tak siap ke?
Bos: Siap
HR: Dia ada miss deadline ke?
Bos: See more
PENGGUNA IPHONE SILA AMBIL PERHATIAN
DarkSword adalah satu rantaian eksploitasi yang direka untuk mencuri data sensitif dengan pantas. Malaysia telah menjadi negara sasaran selain Ukraine, Turkiye dan Arab Saudi.
Pengguna iPhone dinasihatkan supaya kemas kini versi terkini.
Adakah semua pengguna iPhone terkesan?
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan pengguna iPhone, supaya segera mengemas kini sistem operasi iOS kepada versi terkini.
The MCMC has urged Apple users to update their iOS devices immediately after multiple security vulnerabilities were discovered.
The regulator said the update fixes several flaws, including the DarkSword exploit chain affecting iPhones, which could enable unauthorised access, spyware installation and data theft.
Ada terdengar ustaz cakap,
"Kita sebagai manusia, jangan ada 2 benda dalam hidup.
1) Risaukan atau terlebih risau perkara yang tak berlaku lagi,
2) Jangan menyesal dengan perkara yang dah berlaku.
Insya-Allah kalau tak ada 2 perkara ni, hidup akan jadi tenang".
Saya tersentuh tatkala membaca kisah keberanian tujuh pemuda yang bertindak pantas terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil yang terlibat dalam nahas di Kundang kelmarin.
Tindakan nekad mereka yang mendahulukan nyawa orang lain walaupun keselamatan diri sendiri menjadi taruhan telah menyelamatkan tiga nyawa. Penghargaan setulusnya buat tujuh pemuda ini. Keberanian dan keikhlasan kalian mencerminkan nilai kemanusiaan dan ihsan yang amat bermakna.
Saya juga mendoakan semoga ibu serta kedua-dua anak ini diberikan kesembuhan dan terus berada dalam perlindungan Allah SWT.