PEKERJA WARGA NEPAL DIDAKWA HINA ISLAM, SYARIKAT BUAT LAPORAN POLIS
Tular di media sosial satu video memaparkan seorang individu yang didakwa warga Nepal dan dipercayai mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama Islam.
Video tersebut kemudiannya tersebar di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai.
Individu berkenaan dipercayai bekerja dengan sebuah syarikat keselamatan, Mitraforce (M) Sdn Bhd.
Susulan perkara itu, pihak syarikat memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jinjang dan menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Menurut kenyataan syarikat, apa yang dikatakan oleh individu terbabit adalah atas kapasiti peribadi dan bukan pendirian rasmi syarikat.
Pihak syarikat turut memaklumkan hasrat untuk mengambil tindakan membatalkan permit kerja individu berkenaan serta menguruskan penghantarannya pulang ke negara asal, tertakluk kepada prosedur dan keputusan pihak berkuasa.
Buat masa ini, tindakan selanjutnya terhadap individu tersebut adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa.
Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang tindakan sendiri atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, sebaliknya menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan.