REFORMIS & POPULIS
🟦 Bila dia buat Reformasi hilangkan monopoli Touch n Go & Puspakom, baik untuk Rakyat. Ada pilihan lain dan tambah murah pula. Tetapi Kroni Kapitalis mula membenci dia.
🟦 Bila dia buat reformasi pencen penjawat awam. Bukan melenyapkan terus pencen tetapi mengganti nya dengan KWSP, baik untuk kantung negara. Tetapi orang Kerajaan tak puas hati.
🟦 Bila dia tarik subsidi pukal dan buat subsidi tersasar, baik untuk fiskal negara. Rakyat marah, kalau boleh kita nak subsidi selamanya.
🟦 Bila dia nak buat 2 penggal Perdana Menteri, Asingkan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, orang politik marahkan dia dan cuba mencantas juga.
Semua benda yang dibuat punya satu persamaan.
Ia memberi manfaat jangka panjang kepada negara, tetapi kos politiknya dibayar hari ini.
Satu perkara yang wajib juga diketahui, dia berjaya buat semua ini, tanpa menang pilihanraya dengan majoriti mudah atau 2/3 di Parlimen.
***********
Dalam podcast JPO saya pernah suarakan seorang Reformis kena bersedia untuk berkhidmat sepenggal sahaja. Kerana Reformasi2 yang hendak dibuat ini tidak popular, bukan untuk kita senang sekarang. Tetapi untuk negara dan anak2 kita di masa depan.
Makanya, bila dia berjaya buat semua ini, yang PM terdahulu susah nak commit, dia nescaya takkan dapat kredit.
Politikus lain takkan memuji. Rakyat pun tak paham apa impaknya pada mereka.
Yang kita tahu, itu kerja PM lah.
Siapa suruh nak jadi PM?
Nak reformasi sgt, sekarang hadap la.
**************
Dia pulak cuba jadi Reformis yang populis. Dia turunkan harga petrol subsidi ke RM1.99, tiada yang benar2 kisah.
♦️Yang Melayu marahkan dia isu lambakan kuil dan ladang khinzir. Bila dia cuba menjaga sensitiviti Melayu Islam, Bukan Melayu akan kata dia serupa Taliban.
♦️Yang Bukan Islam marah dia nak batalkan konsert tengah bandar, kata mereka “ini hak kita”. Bila dia benarkan, Melayu pula maki dia kata Liberal.
Politik jongkang jungkit ini yang semua PM kena hadap.
****************
Makanya kita mula lalui lagi saat ini.
Love & Hate dengan Perdana Menteri. Tambah di saat akhir penggal. Perasaan kita meluap2 nak mencantas.
Itu sebab di zaman digital dan cybertroopers. Susah mana2 PM nak bertahan lama. Kecuali anda control media berpuluh tahun jua.
Kita lihat sejarah:
Tun Abdullah- sepenggal
DS Najib- 2 penggal
Tun M- 22 bulan
TS Muhy- 18 bulan
DSIS- 13 bulan
DSAI ni sudah 44 bulan memerintah. Sikit lagi nak habis penggal. Tak tahu apa nasibnya penggal depan.
Kalau layak saya yang marhein ini berikan pandangan.
Just go back to the basic.
Be the reformist you are.
Deliver the promise.
Susah REFORMIS nak jadi POPULIS pada masa yang sama.
Tambah yang orang nampak. Sakau hanya di sana, di sini macam tertutup mata.
******************
Sebelum yang nak naik penggal depan, tak tahu insaf ke tidak, masukkanlah reformasi yang ada. Sekat pemusatan kuasa.
Kalau boleh, PMX buat reformasi politik sekarang.
Dengan gubal Akta Dana Politik & Akta Keharmonian Kaum. Ini sgt crucial. Supaya orang politik tak salah guna dana negara. Atau terlampau mainkan isu kaum dan agama.
Dah alang-alang semua parti membenci anda. Buatlah mana baik untuk negara. Kalau pun mereka cuba gagalkan, sejarah akan mencatit anda mencuba.
Saya rasa kalau pun memerintah sepenggal dan orang membenci anda, generasi masa depan akan berterima kasih jua.
Institusi yang baik melindungi negara walaupun pemimpinnya bertukar.
Contohnya, Mandela pemerintahannya sepenggal sahaja, tetapi sampai sekarang legasinya diketahui seluruh dunia.
Kalau sekiranya tiada rezeki dia untuk sambung penggal kedua, doakan siapapun penggantinya adalah the lesser evil pada negara.
Kalau tak sekali lagi, love and hate relationship kita wujud dengan Perdana Menteri baru. Dan akhirnya kita rasa haru biru.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
"Orang yang rasa solat susah, hidup dia akan susah."
Peringatan Pakcik Lan, solat itu hadiah daripada Allah SWT, bukan beban. Manusia dijadikan bersifat keluh-kesah, dan solat ialah tempat mengadu segala resah kepada yang Esa.
Meh saya share senarai grocery list untuk bantu support metabolisma awak
Lama dah saya nak create list ni untuk kemudahan sesiapa yang nak jaga kesihatan walaupun busy:
Jika dosa berulang, ulangilah taubatmu.
Allah tidak akan jenuh dengan taubat seorang hamba, sampai manusia tersebut yang jenuh dengan taubatnya sendiri.
- Ustaz Khalid Basalamah hafidzahullah
Kata Ustadz Dr. Ariful Bahri, mabrur haji tu bukan dilihat ketika jemaah berada di Makkah. Tetapi ketika mereka sudah pulang ke tanah air nanti.
Antara tandanya mereka sentiasa solat berjemaah (jaga solat), istiqamah baca Al-Quran, bangun malam solat tahajjud, bersedekah, buat banyak kebaikan dan tinggalkan dosa serta maksiat. Mereka jaga hubungan sesama manusia, dan sebarkan salam.
Sebab mereka yang dapat haji mabrur, akan dimudahkan Allah beribadah sampai akhir hayatnya.
Ia tidak mudah dan tersangat susah. Malah ia sebenarnya lagi sukar dari laksanakan ibadah haji tersebut.
Semoga semua jemaah haji sama ada yang telah selesai haji, atau bakal tunaikan haji kelak dapat kekalkan kebaikan, dan lakukan amal ibadah sampai kita semua mati dalam husnul khatimah nanti.
TATACARA TUKAR ALAMAT E-MEL
Berapa ramai yang masih menggunakan alamat e-mel lama seperti [email protected]? Apabila usia dan kerjaya semakin matang, mungkin timbul rasa kurang selesa atau malu untuk terus menggunakannya.
3 Nasihat Emas Imam Syafie :
1. Jangan cemaskan esok hari, kerana esok adalah rezeki yang baru.
2. Sebesar apapun kita tergantung pada makhluk, sebesar itu juga kita akan dikecewakan.
3. Dua tangan yang menadah bermunajat di malam hari kerana Allah, tidak akan kembali dengan tangan kosong.
ACİL: iPhone kullanıcılarının %99’u 12MP ile fotoğraf çekiyor.
Telefonunuz 48MP ile fotoğraf çekiyor.
Apple kameranızı varsayılan olarak gerçek çözünürlüğünün sadece dörtte birine ayarlamış.
Geçen hafta 7 ayarı değiştirdim ve fotoğraflarım anında profesyonel göründü.
Apple’ın sana anlatmadığı ve daha iyi ayarlara getirecek ayarlar burada :
🔴 URGENTE: El 99% de los usuarios de iPhone están disparando a 12MP.
Su teléfono hace fotos a 48MP.
Apple configura por defecto tu cámara de $1200 a un cuarto de su resolución real.
Cambié 7 ajustes la semana pasada y mis fotos de inmediato se vieron profesionales.
Aquí está lo que Apple no te dice: