SELAMAT TAHUN BARU 2024
Tahun baru, impian baru. Semoga kita semua diberkati dengan kejayaan dalam setiap usaha dan langkah yang kita ambil. Selamat tahun baru kepada semua khususnya warga Besut.
SELAMAT HARI DEEPAVALI
12 November 2023
Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia khususnya di daerah Besut. Semoga dengan perayaan ini dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan di negara ini.
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERKHIDMAT DI MAJLIS DAERAH BESUT
ENCIK MOHD SUKERI BIN IBRAHIM
&
ENCIK CHE AB RAZAK BIN CHE WEL
TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI
YANG DIPERTUA & SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH BESUT
SALAM MAULIDUR RASUL
12 Rabiulawal 1445H | 28 September 2023
Marilah kita memperbanyakkan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat Baginda. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
16 September 2023
Mudah-mudahan kita akan hidup bekerjasama dan tolong menolong untuk memajukan negara yang kita cintai ini. Semarakkan semangat perpaduan dalam usaha kita untuk kekal harmoni bersama-sama pelbagai kaum di negara ini.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-66
31 Ogos 2023
Semoga negara kita Malaysia sentiasa aman, sejahtera dan sentiasa dipelihara oleh Allah SWT.
"Tekad Perpaduan Penuhi Harapan"
Ikhlas Daripada
Mohd Fadli bin Ngah
Yang Dipertua Majlis Daerah Besut
Tahniah Pasukan Bola Jaring Majlis Daerah Besut kerana mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Jaring Maksak Peringkat Negeri Terengganu 2023
#MaksakTerengganu
Tahniah Pasukan Futsal Majlis Daerah Besut kerana telah mendapat Johan dalam Kejohanan Futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Besut 2023.
#LigaSukanKomuniti2023
Tahniah Pasukan Bola Jaring Majlis Daerah Besut kerana telah mendapat Johan dalam Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Besut 2023.
#LigaSukanKomuniti2023
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1444H
Semoga Hari Raya Aidiladha kali ini membawa pengertian pengorbanan amat bermakna untuk kita semua. Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaan oleh Allah SWT.
Ikhlas daripada
Warga Majlis Daerah Besut