Pagi ini, kembali dengan satu lagi pencalonan yang benar-benar menguji logik akal dan kesabaran rakyat marhaen.
Kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Azman Nasrudin, MP Padang Serai, yang berjaya membuat kita semua tertanya-tanya adakah matematik itu satu konspirasi?
Dalam satu kenyataan penuh kontroversi, beliau mempertikaikan kadar bayaran RM500 untuk tapak Bazaar Ramadan oleh DBKL, sedangkan tahun-tahun sebelumnya, harga dengan orang tengah boleh mencecah sehingga RM10,000. Namun, beliau mendakwa bahawa RM500 hanya mampu dibayar oleh pihak korporat dan membebankan peniaga kecil.
Jadi, RM10,000 mampu, tapi RM500 tak mampu?
Logiknya telah terjun dari tingkat 10 dan meninggalkan kita semua terpinga-pinga.
Dan lebih menarik, sejak bila syarikat korporat berlumba-lumba nak berniaga murtabak dan air balang di bazaar? Atau mungkin ada ‘donut premium IPO’ yang kita tak tahu?
Sekali lagi, tahniah kepada YB Azman Nasrudin atas pencalonan cemerlang dalam Anugerah Bodo Namampos 2025!
Kita nantikan lebih banyak pencalonan luar biasa sepanjang tahun ini.
Keputusan rasmi? Hujung tahun nanti.
Teruskan memberi kita bahan, YB-YB sekalian!
#ABN2025 #TahapLogikMenjunam #KorporatAirBatuCampur