๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Hari ini, saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Bilangan 2/2026 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri 1, Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Pengurusan penggajian tenaga kerja asing perlu dilaksanakan secara teratur, telus dan berintegriti. Keutamaan kepada pekerja tempatan mesti terus diperkukuh, manakala kebergantungan kepada pekerja asing perlu diurus berdasarkan keperluan sebenar sektor dan industri.
Kerajaan MADANI akan terus memperkemas ekosistem penggajian pekerja asing supaya lebih cekap dan bertanggungjawab, tanpa kompromi terhadap pematuhan undang-undang perburuhan serta kebajikan pekerja.
#KESUMA #YakinMADANI #MalaysiaMadani #YangBerkhidmatRamanan
Kemahiran bukan lagi pilihan, ia adalah kunci masa depan pekerjaan.
Dunia pekerjaan berubah dengan pantas. Teknologi berubah, industri berubah, dan kemahiran yang diperlukan juga berubah. Sebab itu kita mesti pastikan tenaga kerja Malaysia sentiasa bersedia, relevan dan mampu merebut peluang pekerjaan yang lebih baik.
#KESUMA #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Hari ini, saya bersama barisan kepimpinan parti telah mengulung perbahasan Ucapan Dasar Presiden sempena Kongres Nasional KEADILAN Tahun 2026.
Dalam penggulungan saya, saya menegaskan bahawa suara rakyat perlu kita dengar dengan hati terbuka kerana di situlah datangnya ruang untuk kita memperkemas gerak kerja dan memperkukuh keyakinan rakyat.
Kita haru turun ke akar umbi, fahami keresahan mereka, cari penyelesaian dan pastikan setiap dasar serta inisiatif kerajaan benar-benar memberi kesan dalam kehidupan seharian.
Pada masa yang sama, penerangan mesti diperkasakan. Kerajaan MADANI boleh melaksanakan pelbagai inisiatif dan pembaharuan, tetapi sekiranya rakyat tidak tahu, tidak faham dan tidak merasainya, maka usaha itu belum sampai sepenuhnya kepada mereka. Sebab itu penerangan perlu bergerak setiap hari sehingga ke akar umbi.
Dengar suara rakyat. Baiki kekurangan. Sampaikan fakta. Pastikan kejayaan Kerajaan MADANI bukan sahaja diketahui, tetapi benar-benar dirasai oleh rakyat.
Terima kasih atas kehadiran luar biasa semua perwakilan dari seluruh negara dan penghargaan juga kepada urusetia serta sukarelawan yang bertungkus lumus memastikan kelancaran sepanjang kongres berlangsung.
Parti Kita, Rumah Kita โ๐ผ
Membuju lalu melintang patah โ๐ผ
#Keadilan #MalaysiaMadani #YakinMADANI #YangBerkhidmatRamanan
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ , ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Malam tadi, saya berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan hampir 150 Ketua Cabang KEADILAN dari seluruh negara sempena Kongres Nasional Tahunan KEADILAN Tahun 2026.
Pertemuan ini bukan sekadar ruang untuk bertukar pandangan, tetapi peluang untuk saya mendengar sendiri suara kepimpinan di peringkat akar umbi, memahami cabaran di setiap kawasan serta menyelaraskan gerak kerja kita dalam menghadapi cabaran politik mendatang.
Saya percaya kekuatan KEADILAN bermula dari Cabang. Apabila Cabang kuat, jentera bergerak dan kepimpinan akar umbi dekat dengan rakyat, parti akan menjadi lebih kukuh.
Kini masanya untuk kita rapatkan saf, perkukuh jentera dan bergerak sebagai satu pasukan. Matlamat kita jelas, terus bekerja untuk rakyat, memperkukuh KEADILAN dan memastikan agenda Reformasi terus diperjuangkan.
Parti Kita, Rumah Kita โ๐ผ
#KEADILAN #PartiKitaRumahKita #YakinMADANI #MalaysiaMadani #YangBerkhidmatRamanan
Sapa punye idea lah ban display rokok bole kurangkan jumlah perokok?
Orang dh tau kedai tu mmg jual rokok pun baik la naikkan harga ade jugak impak dia @anwaribrahim@DrDzul
https://t.co/FET5heSgcQ
Kita sangat mengalu alu akta baru ni tapi kena la juga ambil kira apa pendapat stakeholders.
Sempat ke peruncit ni semua get ready before 1 Oktober ni? Bagi la sedikit lagi masa baru pelaksanaan law baru ni berkesan @DrDzul
https://t.co/kDLwn4ZqqK
I was not chosen because I was not with the right person.
I was not chosen because I refused to be someone you wanted me to be.
I was not chosen because I could only give what I had-and I understood that it was not enough for you.
I was not chosen because I deserved more.
Bayangkan 14 tahun lepas KLIA di tangga ke 5 kot.
Jauh betul kita jatuh ranking tak tahu mana silap nya. Kena bagi perhatian lebih kat KLIA ni @anthonyloke segan kat negara negara jiran.
Guane airport kita ranking teruk ni? No 71 pulak tu, Indo pun no 28. Tu airport utama kita tu, airport Tranung takyah cerita la lagi teruk aku naik aritu. Macam mana nak naikkan industri pelancongan kalau koho teruk. https://t.co/zPA4RT7DnK
Setiap kali ade law atau rules baru, retailers kena la keluar duit sendiri nak comply. A bit rush, this time better PM @anwaribrahim@DrDzul discuss ngan stakeholders dan retailers before proceed. https://t.co/nrQiLyea0o