Di majlis bersama para ulama tempoh hari, saya memberikan ruang buat sahabat saya yang juga ulama tersohor dari Kelantan, Tuan Guru Sheikh Wazir Al-Maki, untuk berucap dan memberikan pandangan serta teguran.
Namun, amat dikesali apabila usaha murni ini dipolitikkan oleh segelintir pihak. Saya menyantuni institusi pondok dan para tok guru demi kepentingan umum, tanpa sebarang niat politik kepartian. Kita harus bebas daripada pemikiran yang terlalu taksub agar dapat bersama-sama memartabatkan institusi pendidikan agama demi manfaat rakyat.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Dalam sela masa yang terluang tatkala seharian di Pulau Pinang hari ini, saya sempat pulang ke rumah kecil yang pernah menjadi seluruh dunia saya, yakni tempat pertama saya berlari tanpa rasa takut, ketawa tanpa beban, dan mimpi yang tidak berpenghujung.
Rumah ini dulu sempit dan serba sederhana, tapi di sini kasih sayang membenih subur, dan di sini saya dan adik-beradik belajar erti kehidupan; dari tawa girang, tangisan, hingga ke jerih perih ibu bapa yang saban hari mencurah keringat demi masa depan kami sekeluarga. Setiap sudut menyimpan seribu cerita; lantainya saksi pada langkah-langkah kecil yang kini melonjak saya sejauh ini.
Memeluk abang saya saudara Idrus Ibrahim dan adik saudara Marzuki Ibrahim yang membesar bersama saya di ruang yang sama, terasa seolah masa terhenti seketika. Ada rindu yang terubat, ada kenangan yang kembali mekar, dan terpaculnya kesedaran betapa jauhnya perjalanan ini yang bermula dari kasih yang tercurahkan dari rumah yang serba sederhana ini.
Sejauh mana pun saya melangkah, ini akar pangkal saya. Ini asal saya - Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam. Dan setiap kali kembali, hati ini terus-terusan diingatkan bahawa semua yang saya damba dan perjuangkan hari ini bermula dari rumah ini, dari keluarga ini, dari cinta kudus yang tidak pernah terpadamkan.
ANWAR IBRAHIM
Anak Cherok Tok Kun
Tak rasa segan ker MB Terengganu duduk sebelah PMX yg dia bagi markah GAGAL terhadap kerajaan MADANI ?
- To PMX, you’ll never be criticized by someone who is doing more than you.
You'll always be criticized by someone doing less.
Remember that.
@anwaribrahim
Doctors in Singapore are generally well paid because of how their public healthcare system is funded and structured. They have co payment model (government partly subsidise), MediSave (mandatory medical saving), and risk-pooling universal insurance (MediShield-life) unlike Malaysia's universal, almost fully subsidised and tax-funded public healthcare.
Kau kat sini gomen buat FPP dengan Rakan KKM pun dah bising-bising privatisation lagi nak bising gaji doktor Singapore lagi mahal. 😒
Dengar cerita dekat Threads banyak yang merindui zaman Najib sebagai PM, sekarang banyak beban cukai, subsidi kena tarik.
Padahal lebih kurang sama je rasionalisasi subsidi dengan cukai baru/kenaikan cukai dulu.
Aku buat table subsidi apa kena tarik dengan cukai apa diperkenalkan/dinaikkan 2010-2017.
Tujuannya tetap sama sasarkan subsidi untuk golongan yang layak, jadikan cukai lebih progresif sambil kurangkan defisit dan pinjaman baru.
Pengagihan semula sumber pun lebih kurang sama:
BR1M dulu RM500 naik sampai RM1,200
STR sekarang RM2,000 naik sampai RM3,100
Kau nak mengaruk-ngaruk pasal SST ni lantak korang la. Siapa pun jadi Kerajaan akan buat benda sama. 2020 sampai 2022 Kerajaan masa tu pinjam hampir RM300 bilion nak biaya perbelanjaan Covid. Lepas Covid kena la kembalikan kewangan Kerajaan ke landasan yang "benar" semula. Faham?
p.s: tapi zaman Najib harga gula naik banyak kali woi, RM1.44 dalam masa 7 tahun. daripada RM1.50 sekilo jadi RM2.95. Najib taknak korang kena kencing manis 🤣🤣🤣
Pagi tadi, ketika berucap di sebuah forum peringkat ASEAN anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan WADAH, ada orang bagitau saya tentang kenyataan balas oleh pemimpin PAS, Encik Zaharuddin Muhammad, yang nak ambil tindakan undang-undang terhadap saya.
Beliau sendiri yang menghasut sentimen perkauman dengan memperalat gambar pelantikan Leftenen Jeneral Angkatan Tentera Malaysia berbangsa Cina. Malah, parti beliau sendiri turut mengakui ahlinya bertindak sedemikian dalam kenyataan media mereka.
Saya hanya bersuara melawan tindakan perkauman tersebut dan mempertahankan Angkatan Tentera Malaysia.
Sekarang, kamu nak ambil tindakan undang-undang terhadap saya?
Saya tidak akan berganjak dari melawan pemimpin PAS itu yang bersikap perkauman, rasis dan menghina perajurit kita.
Kalau kerana mempertahankan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia dan martabat ATM maka saya mahu disaman oleh pemimpin PAS itu, saya bersedia!
Saya tunggu surat saman daripada peguamnya.
Apalah sangat perjuangan kecil saya ini jika dibandingkan dengan nilai perpaduan masyarakat Malaysia dan pengorbanan serta maruah anggota ATM kita.
Saya menggesa sekali lagi agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap Zaharuddin.