Sempena ulang tahun pertama Majlis Perbandaran Kuala Selangor, MPKS menawarkan potongan 50 peratus untuk Notis E dan Waran F Cukai Taksiran. Disamping itu, turut dtawarkan potongan 10 peratus tunggakan sewa premis dan pencualian denda lewat.
Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2022, seluruh premis perniagaan, bangunan kerajaan, premis swasta serta seluruh rumah kediaman di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Selangor
Mempunyai pasukan bola jaring? Ayuh sertai kami sempena Kejohanan Bola Jaring Terbuka Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2022.
Tarikh tutup penyertaan pada 13 Julai 2022. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Norziana di talian 019-363 6746.
FRIM, MPKS ANJUR KURSUS PENGENALAN KELIP-KELIP
@FRIMKepong dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor dengan sokongan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor, telah menganjurkan Kursus Pengenalan Kelip-Kelip 2022 pada 29 Mei lalu di Pusat Santuari Kelip-kelip Kampung Kuantan.
Kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan mengenai maklumat kelip-kelip kepada para peserta yang merupakan barisan hadapan kepada pelaksanaan aktiviti pelancongan kelip-kelip Sungai Selangor
Jangan lupa padamkan lampu selama 1 jam sahaja mulai jam 8.30 - 9.30 pada 26 Mac 2022 (Sabtu) sempena Kempen "Earth Hour" 2022.
Bersama-sama kita jimatkan tenaga untuk masa depan. Mari berganding bahu ke arah Bandar Rendah Karbon.
Cadangan/ Bantahan boleh dilakukan di Jabatan Perancangan Pembangunan MPKS dan PLANMalaysia@Selangor (tingkat 16) Bangunan Darul Ehsan pada hari bekerja bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang
#KualaSelangor#IndahdanBersejarah#MPKS
PUBLISITI DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR (PENGGUBAHAN 2) 2025
Orang ramai dijemput untuk mengemukakan cadangan/ bantahan terhadap Cadangan Guna Tanah RTMDKS (Pengubahan 2) 2025 bermula 10 Februari 2022 hingga 10 Mac 2022.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA.
Semoga perayaan ini dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Tulus ikhlas daripada Yang Dipertua, Setiausaha dan Ahli-Ahli Majlis serta seluruh Warga Kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
#GongXiFaCai#KualaSelangor#MPKS
PEMAKLUMAN
Permohonan Bazar Ramadan dan Bazar Raya akan dibuka bermula 7 Februari 2022 hingga 21 Februari 2022.
Permohonan adalah secara dalam talian di https://t.co/FUPeYkVSHn
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pelesenan MPKS ditalian 03-32891439 samb 184.
Bayaran TLK boleh dibuat melalui sistem atas talian Smart Selangor Parking/ Flexi Parking dan Pas Bulanan boleh didapatkan melalui ejen-ejen yang telah dilantik. Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-3289 7358 samb. 30.
PELAKSANAAN TEMPAT LETAK KERETA BERBAYAR MPKS FASA DUA
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bakal melaksanakan sistem Tempat Letak Kereta (TLK) berbayar fasa dua di lima lokasi baharu bermula 1 Mac 2022.
Kadar bayaran yang dikenakan adalah RM0.50 sejam dan waktu operasi bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat), kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.