Jangkaan Malaysia menjadi negara tua dalam tempoh empat tahun lagi semakin menjadi realiti apabila banyak pusat jagaan kini sesak dan tidak dapat menampung permintaan yang terlalu tinggi ekoran lonjakan jumlah warga emas.
https://t.co/itm5QzUaL6
If your job applications keep getting ignored, stop blaming HR.
Most people are sending emails that sound like 2014 PowerPoint templates.
Here’s how to write messages that actually get replies 🧵
Fresh grad bujang gaji RM3,000.
Take-home cuma RM2,634.35.
Tak bayar sewa.
Tak ada ansuran kereta.
Tak ada PTPTN.
Tapi bila campur petrol, tol, parking, maintenance, phone, internet, elektrik, makan, dapur, simpanan kecil & hiburan asas, baki atas kertas tinggal sekitar RM344 saja.
Itu pun belum masuk minyak/tol hujung minggu, parking bila keluar, servis besar kereta, roadtax, insurans, kecemasan kecil.
Jadi masalah dia bukan boros.
Masalah dia ialah kos untuk sekadar pergi kerja dan hidup secara normal pun sudah mengunyah hampir habis gaji.
Yang buat RM3,000 nampak “masih lepas” bukan sebab gaji itu besar.
Yang buat ia lepas ialah sebab sewa, hutang kereta dan PTPTN belum gigit lagi.
la yeke patutla ramai perempuan tahun ni jadi pergi cari timba. nowadayskan trend dekat tiktok macam2, jadi sometimes ada lalu fyp pasal relationship from this to this. based on screenshot chat dalam trend tu, most women yg mengurat lelaki dulu. it pmo sometime
Bila umur cecah 25, 27, 30, kau akan rasa masa makin singkat, the time is running out untuk menggapai impian dan harapan, mengubah nasib hidup.
Tetapi sebenarnya kau masih muda untuk merasakan semua itu.
Yang buat kau rasa tak sempat, tak ada masa itu adalah sistem kapitalisme.
Bila umur dah cecah 25, 27 atau 30, life will hit you hard.
Kerja, bayar rumah, bayar bil, lepas tu kerja lagi. Ulang rutin yang sama.
Kadang rindu diri yang dulu, masa hidup simple, tak banyak tanggungjawab & tak tahu sangat realiti pahit dunia.😌
Banyakkan membaca, mendengar dan bergaul dengan pelbagai jenis manusia. Nak elaborate, explain guna flow. Social skill is learnable and needs to take time. Lain audience/circle sometimes kena play different role.
Btw being precise is not a bad thing, I struggle to be precise.
@solennjk@chewlsy@tokcin70 honestly ada je parents yg takcelik IT mcm parents yg dah tua yg still ada anak sekolah rendah.dah tua, susah nak pickup. jgn expect parents semua gen millenial umur30an je. ada parents yg umur 40 ke atas yg kampung2 tu mana reti teknologi sgt.
ku pernah berada dalam 3 dunia berbeza:
PETRONAS (1992–93)
Maybank (2003–2005)
MNC IT (2006–2017)
Jadi bila orang ulang naratif
“kalau tak ada kabel, susah masuk PETRONAS”
aku faham kenapa ayat itu hidup.
Tapi aku juga tahu kenapa ayat itu terlalu malas untuk dijadikan penjelasan.
Isu sebenar bukan “kabel hanya wujud di PETRONAS”.
Dalam mana-mana organisasi manusia,
bias, networking, dan kes terpencil memang boleh wujud.
Soalnya:
kenapa PETRONAS paling kuat dikaitkan dengan “kabel”,
sedangkan tempat elit lain pun kompetitif juga?
Jawapannya bukan semestinya kerana PETRONAS paling kotor.
Tetapi kerana PETRONAS paling sarat dengan simbol.
Bagi ramai orang, PETRONAS bukan sekadar kerja.
Ia lambang naik kelas sosial,
nama besar,
dan rasa “aku sudah berjaya dalam hidup”.
Bila simbol terlalu besar,
kegagalan pun terasa terlalu peribadi.
Di Maybank dan GLC besar lain, persaingan tetap sengit.
Tetapi aura mitos itu tak sama.
Orang hormat Maybank.
Orang hormat TNB.
Orang hormat KWSP.
Tetapi PETRONAS, bagi ramai keluarga Malaysia,
ada satu lapisan tambahan:
“kalau anak aku masuk sana, hidup dia dah lain.”
Di situlah emosi mula mengatasi analisis.
Dalam MNC IT pula, logiknya lain.
Masuk dunia itu, orang lebih jelas apa yang diuji:
skill, communication, problem solving, exposure, English.
Kalau gagal, ramai terus tahu apa yang kurang.
Jadi ruang untuk menuduh “kabel” lebih kecil.
Bukan sebab MNC suci.
Tetapi sebab kriterianya lebih nampak.
Satu lagi beza besar:
di MNC, ramai self-filter awal.
Tak yakin English, tak ada technical depth, tak apply.
Di PETRONAS, jauh lebih ramai rasa mereka memang patut cuba.
Bila semua masuk gelanggang yang sama,
tetapi tempatnya sangat sedikit,
kekecewaan jadi besar.
Dan bila orang tak nampak keseluruhan proses, mereka isi ruang kosong itu dengan satu ayat: “kabel”.
Aku tak kata sistem pengambilan di mana-mana tempat itu sempurna.
Tetapi nak kata organisasi sebesar PETRONAS tegak atas kabel semata-mata, itu tak masuk akal.
Operasinya kompleks.
Risikonya tinggi.
Pertaruhannya besar.
Kalau majoriti masuk tanpa merit,
organisasi seperti itu tak akan mampu bertahan lama.
Mitos itu sedap diulang.
Tapi lemah sebagai hujah.
Apa yang orang panggil “kabel” selalunya campuran 3 benda:
1. persaingan yang brutal
2. kriteria yang calon sendiri tak nampak sepenuhnya
3. ego yang lebih suka menyalahkan sistem daripada mengaudit kelemahan diri
Sebab itu naratif kabel sentiasa laku.
Ia melegakan.
Tetapi ia tidak mencerdikkan.
Kalau kita benar-benar mahu matang sebagai masyarakat,
fokusnya bukan ulang cerita “orang dalam”.
Fokusnya ialah tuntut proses lebih telus,
kurangkan ruang favoritism,
dan faham bahawa dalam pasaran kerja elit,
ramai orang baik tetap akan kalah.
Bukan kerana semua pintu sudah diisi.
Tetapi kerana pintunya memang sempit.
Aku pernah lihat culture kerja dari dalam merentas generasi.
Sebab itu aku lebih cenderung percaya ini:
bukan PETRONAS sahaja yang ada manusia.
Semua tempat ada manusia.
Tetapi tidak semua tempat menghasilkan
persepsi kekalahan
yang sekuat PETRONAS.
Dan di situlah lahirnya legenda “kabel”.
Ramai masih cakap Gen Z tak pandai urus duit.
Tapi bila gaji fresh grad RM2,500 – RM3,000,
soalan sebenar: cukup ke untuk hidup?
Aku ada 2 anak Gen Z.
Gaji RM2,500 dan RM3,000.
Duduk dengan mak ayah pun,
lepas tol, minyak, parking, belanja...
simpanan hampir tak ada.
Itu pun belum ada PTPTN.
Ini bukan kes terpencil.
Ramai fresh grad di bandar hadap benda sama.
Kos hidup naik senyap-senyap:
minyak, tol, makan, sewa, parking.
Jadi isu dia bukan lagi “kena pandai berjimat”.
Isu dia:
gaji tak lagi selari dengan kos hidup sebenar.
Bila asas tak cukup,
orang tak fikir bonus hujung tahun.
Orang fikir macam mana nak lepas bulan ini dulu.
@hizwani@njlxxxxx saya bukan dari background finance, tapi rasa ada minat nak kerja dalam bidang finance cuma tak tahuu role apa sesuai .. itu yg saya tanya berkait dgn reply tuan ttg grad psychology masuk finance tu saya tertanya mereka kerja sebagai jwtn apa