Menerima panggilan telefon daripada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Baginda dengan penuh keprihatinan bertanya khabar serta mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya. Menjunjung kasih atas doa dan keprihatinan Kebawah Duli Tuanku.
Saya turut mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Insya-Allah, saya akan menghadap Kebawah Duli Tuanku pada minggu hadapan di Bandar Seri Begawan sempena Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) Ke-27 antara Malaysia dengan Negara Brunei Darussalam.
🇲🇾🤝🇧🇳
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
Be wary of Satan; always playing with your emotions & makes you feel sad & worthles, like no one cares. But the Almighty cares & loves you.