๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฅ๐๐ฌ๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐๐
Pilihan raya Negeri Melaka boleh dipanggil bila-bila masa dari sekarang. Cakap-cakap orang politik, sebaik saja PRN Negeri Sembilan berakhir, DUN Melaka pula akan dibubarkan.
Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, BERSAMA akan menyertai PRN Melaka.
Mesyuarat persediaan untuk PRN Melaka telah bermula sejak minggu lepas. Insya-Allah, dengan masa yang lebih berbanding PRN Johor tempoh hari, persediaan BERSAMA untuk PRN Melaka adalah lebih baik.
Amalan BERSAMA ialah untuk terus mengajak rakyat Malaysia yang ingin menyumbang tampil sebagai calon-calon.
Sasaran kami ialah agihan 50:50 di antara calon-calon yang pernah ada latar belakang politik atau kegiatan masyarakat, dengan calon-calon yang belum pernah menyertai politik.
Kali ini, dengan masa yang lebih, calon-calon akan diumumkan lebih awal dan diberi latihan terlebih dahulu.
Insya-Allah, kempen BERSAMA di PRN Melaka dijangka bermula pada pertengahan Ogos, iaitu kira-kira 2 minggu dari sekarang.
Terima kasih ahli BERSAMA yang telah tampil menawarkan diri untuk dinilai sebagai calon.
Kami akan menghubungi anda minggu ini.
Kepada ahli-ahli BERSAMA yang layak menjadi calon di Melaka, iaitu pengundi di Melaka, anda masih boleh memohon menjadi calon.
Untuk menjadi calon, sila isi borang permohonan dan menjalani temu duga atas talian di https://t.co/6vXmDO7QDX
Klik โSertai Kamiโ atau klik pautan ini https://t.co/ajGJhqo3rO
Jumpa semua di Melaka dalam 2 minggu dari sekarang.
Datuk Seri @anwaribrahim - sebagai penggiat dan juga aktivis muzik yang sudah pun melahirkan hasil acara berskala serantau, saya nak mohon perjumpaan dengan Perdana Menteri untuk melahirkan kegusaran anak-anak seni diketepikan.
Grant us a meeting to listen to us.
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฎ๐ฏ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐: ๐ฆ๐๐ ๐ข๐๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก
YAB Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini memberi bayangan bahawa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji akan didedahkan dalam masa terdekat.
Sementara saya mengalu-alukan tindakan ini, saya juga berhak menarik perhatian orang ramai kepada latar belakangnya kenapa isu laporan RCI ini keluar secara tiba-tiba.
Saya timbulkan perkara ini dalam satu ceramah semasa Pilihanraya Negeri Johor dua minggu lepas untuk memberi pemahaman kepada orang ramai bagaimana kompromi politik akhirnya memakan diri, jika kompromi itu bertentangan dengan kepentingan awam.
Contoh yang paling baik ialah mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam Tabung Haji sepanjang lebih sedekad akibat kelemahan tadbir urus di bawah Barisan Nasional, yang disucikan oleh PAS atas nama perpaduan ummah.
Walaupun Tabung Haji telah diselamatkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan dalam tahun 2019, harga yang dibayar oleh rakyat adalah sangat tinggi.
Ia melibatkan puluhan bilion duit cukai rakyat untuk menanggung kerugian dari pelaburan-pelaburan Tabung Haji selama lebih sedekad.
Tabung Haji juga akan mengambil masa berdekad lagi untuk kukuh semula, sementara hutang berpuluh bilion itu perlu ditanggung oleh rakyat sekurang-kurangnya sedekad lagi.
Semasa Kerajaan Perpaduan yang ada ini dibentuk, antara keputusan paling awal yang perlu dibuat ialah mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai, sekitar awal tahun 2023.
Apabila sesuatu Suruhanjaya Diraja dibuat, hasil siasatan sepatutnya didedahkan kepada orang ramai kerana hanya isu-isu nasional yang melibatkan kepentingan awam yang disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Diraja.
Laporan Suruhanjaya Diraja Tabung Haji adalah terperinci dan saya yakin ia akan menunjukkan bagaimana institusi itu rosak di bawah pentadbiran Umno.
Ia juga membantu rakyat menghadam bagaimana sepak terajang politik, melalui tindakan suci mensuci terutamanya oleh PAS, membawa kekeliruan di kalangan rakyat mengenai apa yang telah terjadi di Tabung Haji.
Sepatutnya, laporan RCI Tabung Haji itu didedahkan seawal 2023 lagi apabila laporan itu mula-mula siap.
Tetapi pada ketika itu, Datoโ Seri Anwar sangat berhati-hati untuk menjaga hati UMNO, maka keputusan dibuat untuk menanam laporan itu.
Hanya setelah saya bersuara untuk kesekian kali; dan kali ini bersuara dari luar sebagai pengkritik, barulah dengan cepat keputusan hendak dibuat untuk mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai.
Saya adalah orang yang paling gembira apabila laporan RCI Tabung Haji ini didedahkan kerana ia membuktikan semua pendedahan yang saya telah buat antara 2015 hingga 2018 mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji adalah benar.
Saya lebih gembira kalau ia didedahkan dengan niat untuk membawa kebenaran seawal 2023 lagi, namun saya berdoa biarlah ada pengajaran kepada rakyat Malaysia dari episod-episod ini.
๐ฎ๐ฏ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak BERSAMA
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
KENYATAAN MEDIA
MENTERI KEWANGAN PERLU LETAK JAWATAN:
ISU KWAP DIPERDAYA RM200 JUTA UNTUK MELABUR DALAM eFISHERY
Oleh Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
1.Lembaga Pengarah, Panel Pelaburan dan Pengurusan tertinggi KWAP telah melakukan kecuaian yang besar sehingga Dana Persaraan Penjawat Awam ditipu sebanyak RM200 juta oleh syarikat pemula akuakultur di Indonesia dikenali sebagai sFishery.
2.Kecuaian kawalan dan tadbir urus telah berlaku dalam Lembaga Pengarah, Panel Pelaburan dan Pengurusan tertinggi KWAP.
3.Skandal kecuaian ini dalam KWAP yang diamanahkan oleh negara untuk menjaga Dana Persaraan Awam adalah kesalahan yang tidak boleh dipandang ringan.
4.Parlimen Malaysia telah menggubal pelbagai Akta Undang-Undang untuk membantu pihak Eksekutif iaitu Kerajaan Persekutuan melaksanakan kawalan kewangan dan tadbir urus yang baik.
5.KWAP juga telah diperdayakan dalam Skandal Penyelewengan SRC International berbilion ringgit sehingga Perdana Menteri yang bertanggungjawab ketika itu dihukum bersalah lalu dijatuhkan hukuman penjara dan denda.
6.Tidak serik dan mempelajari isu skandal SRC International oleh Lembaga Pengarah, Panel Pelaburan dan Pengurusan tertinggi KWAP, kini mereka yang diamanahkan oleh negara melakukan kesalahan yang sama.
7.Justeru itu saya menyeru kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya menyiasat secara forensik dan jika mendapati kesalahan fiducariy, kecuaian dan bercanggah dengan prinsip pertanggungjawaban serta akauntabiliti maka tindakan pemecatan perlulah dilakukan.
8.Dalam prinsip akauntabiliti dan pertanggungjawban juga, oleh kerana KWAP (Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)) berada di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan di mana Dato' Seri Anwar Ibrahim adala Menteri Kewangan, maka saya sebagai seorang ahli Parlimen penyokong Kerajaan Madani di Dewan Rakyat menyeru kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya membuat contoh teladan yang baik dan bertanggungjawab mengambil keputusan yang berani dengan MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI MENTERI KEWANGAN Malaysia dalam kadar yang segera.
Yang benar,
Hassan bin Abdul Karim
Ahli Parlimen P.159 Pasir Gudang ( mewakili Parti Keadilan Rakyat/ Pakatan Harapan)
Jumaat 17hb Julai 2026
@tokcin70 Pentadbiran Tok Min dapat hasilkan banyak peluang ekonomi dan jika dilihat program RMM (Rumah Mampu Milik) ada di setiap daerah. Kalau tinggal di Sikamat terasa semua kemudahan ada disekeliling.Terima kasih Tok Min
Bagus post ni. Patut kena lebih diviralkan.
Beberapa pihak dah mula bergendang konon Malaysia akan rugi besar kalau Balaji & NS ni blah dari sini.
Tapi kalau kita tengok respons Balaji, itu merupakan satu ugutan kepada negara kita.
Danial ni telah cerakinkan dengan lebih baik.
SECEBIS VIDEO PENGHARGAAN KEPADA PENGUNDI PARTI BERSAMA
Ini adalah secebis video penghargaan kepada pengundi, calon-calon, sukarelawan, ahli parti dan semua yang menyokong Parti BERSAMA, sama ada secara nyata atau hanya di dalam doa.
Dah ramai yang share video moment, so aku compile je semua gambar moment2 manis semasa di Johor. Maaf kalau ada yang tertinggal.
Terima Kasih semua. Semoga kita genggam erat angka keramat ini.
28,816.
Mohon share, supaya mesej ni sampai kepada semua para pengundi Parti BERSAMA.
@partibersamamy@rafiziramli@niknazmi
Keputusan ini bukan penamat. Ia adalah permulaan.
Kami sedar perjalanan ini tidak akan mudah. Kami tahu membina sebuah gerakan politik yang benar-benar mengembalikan kuasa kepada rakyat tidak akan berlaku dalam masa 50 hari.
Namun, kami tetap melangkah, dan anda melangkah bersama kami.
Terima kasih kepada setiap rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepada BERSAMA. Kepada mereka yang mengundi sebuah parti yang baru berusia 50 hari, kepada para sukarelawan yang mengorbankan masa dan tenaga, kepada penyumbang yang percaya pada perjuangan ini, dan kepada semua yang mendoakan kami - terima kasih.
Setiap undi, setiap perbualan, setiap teguran, dan setiap sokongan adalah amanah yang kami bawa ke hadapan.
Kami menerima segala pengajaran dengan hati yang terbuka. Kami akan terus belajar, memperbaiki kelemahan, dan bekerja lebih kuat.
Kerana perjuangan ini tidak pernah hanya tentang satu pilihan raya.
Ia adalah perjalanan yang panjang untuk membina politik yang lebih jujur, lebih dekat dengan rakyat, dan benar-benar milik rakyat.
Benih itu telah ditanam.
Kini, tiba masanya kita memupuknya bersama.
Perjalanan BERSAMA baru sahaja bermula.
KEPUTUSAN PRN JOHOR 2026
Terima kasih kepada pengundi-pengundi Johor yang menunaikan tanggungjawab hari ini.
Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan bagi semua kerusi, Bilik Kempen BERSAMA telah mendapat sebahagian dari Borang 14 di saluran-saluran 15 kerusi yang kami bertanding.
Ada juga kerusi-kerusi yang keputusan tidak rasmi telah dilaporkan oleh media.
Maklumat setakat ini menunjukkan calon-calon BERSAMA mendapat secara purata antara 3-6% undi.
Ini bermakna kesemua calon BERSAMA hilang deposit kerana tidak mendapat undi minimum 12.5%.
Ia juga tidak melepasi sasaran untuk tidak hilang deposit dan mencapai 15% undi.
Analisa awal menunjukkan ada peralihan undi yang ketara kepada BN dari semua segmen pengundi mengikut umur dan kaum.
Semua calon dari parti-parti lain, baik PH, PN, BERSAMA atau MUDA terkesan dengan peralihan undi ini.
Di pihak BERSAMA, kami akan memperhalusi keputusan pengundian untuk menambahbaik pendekatan dalam memenangi hati pengundi di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada calon-calon BERSAMA dalam usia parti ini yang begitu muda.
Penghargaan tertinggi adalah kepada calon-calon, ahli-ahli, sukarelawan dan penyokong BERSAMA yang setia membantu kempen PRN Johor 2026.
Satu majlis penghargaan ringkas dan sederhana akan diadakan di ibu pejabat baru BERSAMA dalam tempoh terdekat, setelah ia siap untuk digunakan dalam dua minggu.
Walaupun keputusan PRN Johor tidak berpihak kepada BERSAMA, pengalaman berkempen akan membantu membina parti yang baru berusia 52 hari ini.
Insya-Allah, kita akan terus berusaha dan mendoakan rakyat Malaysia terbuka untuk menerima BERSAMA satu hari nanti.
Rafizi Ramli
11 Julai 2026
Realistically, I think #BERSAMA will win 1 seat and won't lose deposit in at least 12 seats.
Ideally, I want #BERSAMA to win 3 - 5 seats and won't lose deposit in all 15 seats.
Delulully, I want #BERSAMA to win all seats.
Semoga rakyat Johor bijak MEMILIH.
#PRNJohor
Kempen BERSAMA untuk PRN Johor kini melabuhkan tirainya.
Dalam tempoh 14 hari ini, kami telah lakukan apa yang termampu. BERSAMA baru berusia 50 hari. Kami tidak mempunyai jentera yang besar atau dana yang besar. Yang kami ada hanyalah keyakinan bahawa politik masih boleh digerakkan oleh rakyat biasa.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua sukarelawan BERSAMA. Mahasiswa, anak muda, golongan profesional dan ramai lagi yang mengorbankan masa, tenaga malah wang sendiri supaya kempen ini dapat berjalan lancar sejak hari pertama.
Terima kasih juga kepada 15 calon BERSAMA yang sanggup mengambil risiko bersama sebuah parti yang masih baharu. Mereka memilih untuk turun mendengar sendiri denyut nadi rakyat, ada yang pengalaman pertama kali untuk mereka.
Sepanjang kempen ini, saya belajar satu perkara. Rakyat tidak mengharapkan ahli politik yang sempurna. Mereka hanya mahukan wakil yang jujur, bekerja bersungguh-sungguh dan tidak melupakan mereka selepas pilihan raya.
Kini, kempen kami hampir selesai. Selebihnya kami serahkan kepada kebijaksanaan rakyat Johor untuk menentukan.
Rasa terharu tengok @rafiziramli dalam IRL setiap hari. Dia berusaha bersungguh sungguh, berjalan tiap hari buat walkabout demi untuk mempromosi Bersama untuk membantu rakyat dibawah. Dia boleh hidup senang lenang tapi dia pilih untuk bersusah payah demi rakyat Malaysia. Besar pengorbanannya , celakalah orang yg duk mengata dia.
Semoga https://t.co/WeYiFRhWnu terus maju jaya