@SelangorUmno Rizab berbillion kira selamat la dah sekarang.. lain la kalau rugi berbillion tu kena selamatkan dari penyagak.. benda simple pun tak faham.. bebal.
"Sebenarnya kan, saya simpati tau dengan Tok Min ni... sebab dia betul-betul mangsa keadaan. Dia memang tak campur tangan." - YM Dato Penghulu Dagang Dr. Haji Faridzwan Haji Abdul Ghafar
#adatperpatih#negerisembilan#janganpajakotak
Tok Mat Umum BN Negeri Sembilan Adakan Persefahaman Dengan Kawan Boleh Dipercayai
Oleh Mynewshub
SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) malam ini hanya mengumumkan seramai 25 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Menjelaskan perkara itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan berkata, akan ada pengumuman lain dibuat selepas ini.
"Inilah barisan yang telah diberi kepercayaan oleh parti untuk mewakili parti dalam PRN Negeri Sembilan. Akan ada pengumuman lain kerana kita memasuki PRN ini, kita akan mengadakan persefahaman dengan kawan.
"Tapi jangan risau, kita tak ada persefahaman dengan (calon DUN) Linggi. Kita buat persefahaman dengan yang boleh dijadikan rakan yang boleh dipercayai.. Insya-Allah," katanya pada Majlis Pelancaran Jentera Dan Pengumuman Calon BN Negeri Sembilan.
Perkembangan terbaru itu sekali gus memperkuatkan lagi desas-desus berhubung kerjasama BN dan PAS bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan kali ini. - MYNEWSHUB
๐๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐๐ข๐ซ๐ฎ ๐๐ข๐ง๐ข ๐๐๐ฅ๐ข๐ฆ๐ฉ๐๐ก ๐ค๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ง
Gelombang Biru yang membanjiri setiap pelosok perkarangan Stadium Paroi malam tadi benar-benar membangkitkan semangat perjuangan seluruh keluarga besar Barisan Nasional.
Alhamdulillah, semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh ribuan penyokong dan jentera Barisan Nasional malam tadi memberikan keyakinan bahawa rakyat Negeri Sembilan mahukan sebuah Kerajaan yang lebih stabil, lebih berpengalaman dan lebih diyakini untuk memimpin negeri ini.
Kemenangan besar BN di Johor beberapa hari lalu sudah tentu memberikan suntikan keyakinan kepada kita. Namun, keyakinan itu bukan alasan untuk kita berasa megah dan selesa.
Berdoalah, berusahalah dan bertawakallah kepada Allah SWT. Mudah-mudahan Allah SWT membuka hati-hati rakyat Negeri Sembilan untuk memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional, mengurniakan kemenangan yang terbaik serta memberkati setiap langkah perjuangan kita. Insya-Allah.
Ayuh kita tawan Negeri Sembilan!
Kita lawan.. LAWAN SAMPAI MENANG!
Hidup Barisan Nasional!
#GelombangBiru
#BNTerusMantap
#HobinBNHobin
#HobinSampaiMenang