Israel has KIDNAPPED 497 PEOPLE from 46 COUNTRIES from the Global Sumud Flotilla
This is a HUMANITARIAN MISSION, now it has become a global kidnapping by Israel
Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali menemui ilahi.
Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba.
Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam.
Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.
Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia.
Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembangunan dengan nilai.
Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.
Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan.
Namun lebih dari segala pencapaian itu, Pak Lah mengajarkan kita erti kemanusiaan dalam kepemimpinan.
Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi.
Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.
Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi.
Selamat jalan, Pak Lah.
Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.
ANWAR IBRAHIM
Standby jantung untuk sokong atlet Malaysia
Pecut Lelaki Kelayakan untuk Basikal Trek akan mula Jam 6.45 Petang ini waktu Malaysia. Shah Firdaus dan Datuk Azizulhasni
Lepas tu jantung anda akan terus digunakan sampai malam
Sebab Jam 7.26 malam ada Keirin Wanita Pusingan 1. Wakil Izzah Asri
8.30 malam Pusingan Pecut Lelaki 1/32
9 Malam Angkat Berat dan Terjun. Aniq Kasdan dan Nur Dhabitah Sabri
9.10 Malam Reprecharge kalau Izzah Asri kandas Keirin Wanita Pusingan 1
9.30 malam 1/32 Repechage Pecut Lelaki
11.30 malam Pecut Lelaki 1/16
Kalau kandas Datuk Azizulhasni dan Shah Firdaus
12.42 tengah malam. 1/16 Reprecharge
Kalau pergi jauh
1.38 Pagi Pusingan 1/8
Kalau kandas
2.14 pagi 1/8 Reprecharge
Reprecharge ni untuk orang yang kalah pusingan awal tu. Kira last chance untuk layak pusingan seterusnya
Siaran Langsung di Astro Arena, Sooka dan kalau takda Astro boleh tengok RTM Klik. Search je online
#Paris2024 #Olympics
Cukup la sembang benda serious kat tempat kerja, side hustle dan networking event.
Aku kalau lepak nak sembang merapu je gelak gelak🤣
Boleh pulak ada kalau lepak dengan degree, phd, spm semua.
Lepak je dengan semua orang dan lapisan masyarakat.
Kat situ kita akan rasa bersyukur bila tengok yang lebih bawah, rasa terinpirasi bila tengok yang berada di atas.
Yang membunuh tu anak dia, dan dah dilaksanakan pun keadilan bila dihukum dengan hukuman mati. Kenapa habis satu family kamu heret sama utk dihina. Apa pulak hukuman yg kamu perlu terima utk bagi jadi adil?
Data Maybank di dakwa bocor and telah up for sale dalam dark web forum.
Jadi mari lah tukar password baru lagi…
Install juga truecaller sebab nanti ada lah dapat call dari balai or mahkamah mana-mana menyamar suruh bayar kalau tak bayar nanti kena tangkap etc…
Selepas Elewsmart, kini giliran Malakat Mall.
Jadi apa masalahnya? Kata BMF? Kata kita paling ramai? Kata kuasa membeli dan memboikot kita kuat?
Jawapannya mudah.
Nak bisnes, jangan harapkan pada sentimen.