Obor perjuangan gerakan reformasi yang bermula sejak 26 tahun lepas harus terus menyala dengan berbekalkan semangat "suara rakyat, suara keramat".
Selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) , saya sampaikan amanat tersebut pada โHimpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramatโ malam semalam seraya dihadiri pimpinan utama parti, veteran, ahli sejati, anak muda dan juga mereka yang kekal bersama sejak dahulu lagi.
Sayugia, rapat umum ini diadakan untuk memperingati detik bermulanya gerakan reformasi sambil mengingatkan ahli dan jentera parti supaya terus memperkukuh jentera demi rakyat dan negara.
Dalam ucapan, saya turut mahukan pejuang keadilan dan reformasi tidak melupakan asas penubuhan parti kerana watak-watak penting inilah yang meletakkan asas perubahan landskap politik negara.
Jangan pula lena dan terlalu selesa dengan jawatan dalam kerajaan atau sebagai wakil rakyat kerana asas perjuangan parti itu selama ini harus terus mekar menyala untuk keharmonian rakyat dan juga negara sebagai satu kesatuan penting.
Menggunakan platform yang ada, saya maklumkan hadirin bahawa Insya-Allah, Belanjawan Madani tahun ini akan cuba menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat dengan lebih baik lagi.
#MalaysiaMADANI
Saya hadir ke Sambutan Jubli Perak Hari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ke-25, momen bersejarah tatkala menghimbau saat saya dan Azizah serta ahli keluarga ke pejabat SUHAKAM ketika berada dalam kesusahan suatu ketika dahulu.
Saya memahami peranan SUHAKAM dalam mempertahankan hak asasi dan keadilan berdasarkan pengalaman peribadi, selain cabaran dihadapi suruhanjaya ini bagi mempertahankan hak asasi dan keadilan untuk semua.
Dalam ucapan, saya turut menyinggung beberapa masalah yang belum selesai terkait hak asasi, terutamanya soal kematian dalam tahanan polis.
Saya percaya Polis Diraja Malaysia terbuka untuk mengadakan siasatan dan kajian untuk memastikan insiden ini tidak berulang, di samping mencari kebenaran serta memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap institusi polis dan penjara.
-
I will always remember the importance of understanding SUHAKAM's role in defending basic rights and justice.
It's crucial to empathize with the challenges faced in defending basic rights and justice for all, based on my personal experiences.
#MalaysiaMADANI
Pembangunan yang dikecapi Malaysia hari ini adalah hasil sumbangan semua kaum menerusi kerjasama dan perpaduan yang kukuh dan pastinya akan terus dipertahankan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha membina sebuah negara yang maju.
Saya singgung kepentingan tersebut sewaktu merasmikan Konvensyen Usahawan Cina Sedunia Ke-17, platform penting menghimpunkan lebih 4,000 tetamu dari serata dunia bagi meneliti dan berbincang mengenai senario ekonomi dunia, termasuk berkaitan peralihan tenaga dan kecerdasan buatan.
Di pentas yang sama, saya juga mengulangi tekad bahawa Kerangka Ekonomi MADANI memberi tumpuan dalam membina ekosistem kondusif dan mesra pelabur.
Di samping itu, kerjasama ekonomi yang erat dengan negara China akan terus diperkukuh dengan tumpuan kepada aktiviti perdagangan dan teknologi termaju.
Menjelang kepengerusian ASEAN tahun 2025, saya juga menyeru kepada usahawan untuk meneroka peluang pelaburan dengan negara di rantau ini bagi mewujudkan landskap ekonomi ASEAN yang lebih maju dan makmur.
-
The current progress in Malaysia is the outcome of the collective efforts of all ethnicities through robust collaboration and unity.
The MADANI Government is dedicated to safeguarding this progress and to furthering the nation's development towards prosperity.
#MalaysiaMADANI
Ucapan tok mat je yang aku rasa boleh pakai dan buat UMNO mahasabah diri.
Terima kasih @tokmatn9 . Mengakui kelemahan itu adalah untuk diperbaiki. Bukan hanyut dengan ego dan kebanggaan masa silam. Berpijak dibumi yang nyata. Melangkah dengan nada sekata
๐๐๐ก๐ง๐ข๐๐ก ๐๐ณ๐ ๐ ๐๐ข-๐๐ณ๐ณ๐ฎ๐๐๐ข๐ง ๐๐ฎ๐๐ซ๐ ๐๐๐ซ๐๐ ๐ฎ ๐๐๐ฅ๐๐ค๐ข ๐๐๐ซ๐๐ฎ๐ค๐ ๐๐๐ฉ๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
Tahniah diucapkan kepada beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani atas kejayaan menjuarai Terbuka Jepun 2024!
Kejayaan ini merupakan kemenangan sulung mereka musim ini, sekaligus menamatkan penantian 22 tahun Malaysia di kejohanan berprestij ini.
Lebih membanggakan lagi, mereka berjaya menewaskan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk dan Seo Seung Jae, dengan keputusan 21-19, 21-15.
We can see a bright future ahead. Insya-Allah. Stay grounded, work hard, and continue to make us proud.
#JapanOpen2024
Pagi tadi, saya telah menerima kunjungan hormat oleh Menteri Luar Negeri Brazil, TYT Mauro Vieira, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam.
Pertemuan dalam suasana persahabatan ini menyentuh soal pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Brazil terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan, termasuk bidang semikonduktor serta industri petroleum dan gas.
Kami juga membincangkan penyertaan Malaysia dalam beberapa inisiatif di bawah Kepengerusian G20 Brazil pada tahun ini.
Saya turut menekankan kepentingan menjadikan hubungan Malaysia-Brazil sebagai model kerjasama efektif dalam kalangan negara-negara Selatan Global. Antara bidang yang boleh diterokai bersama termasuklah pendidikan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), bidang sosio-ekonomi seperti perumahan dan pembasmian kemiskinan, serta kesenian dan kebudayaan.
Kami juga bertukar pandangan terkait perkembangan serantau khususnya krisis kemanusiaan di Gaza, konflik Rusia-Ukraine, serta isu di Venezuela dan Myanmar.
Saya turut bangkitkan mengenai permohonan Malaysia untuk menyertai BRICS. Alhamdulillah, Mauro Vieira memberi jaminan bahawa pihak Brazil akan berusaha bersungguh-sungguh ke arah merealisasikan penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi ini.
Semasa pertemuan ini juga, Mauro Vieira turut menyampaikan jemputan daripada Presiden Brazil, TYT Luiz Inรกcio Lula da Silva, untuk saya hadir ke Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro pada November depan.
===============
This morning I received a courtesy call from H.E. Mauro Vieira, Minister of Foreign Affairs of Brazil, who is currently on a two-day official visit to Malaysia.
Our discussions focused on strengthening of bilateral relations between Malaysia-Brazil especially in trade and investment, including in the semiconductor sector, as well as in the oil and gas industry.
We also touched on Malaysia's participation in various initiatives under Brazil's G20 Presidency this year.
I emphasised the importance of positioning Malaysia-Brazil relations as a model for effective cooperation among Global South nations. Key areas of potential collaboration include education, research and development (R&D), socio-economic fields such as housing and poverty alleviation, as well as arts and culture.
We also exchanged views on current regional developments, particularly the crisis in Gaza, the Russia-Ukraine conflict, as well as issues in Venezuela and Myanmar.
Regarding Malaysia's bid to join BRICS, Minister Vieira assured me that the Brazilian Government will work seriously towards realising Malaysia's intention to join the economic bloc.
He also extended an invitation from H.E. Luiz Inรกcio Lula da Silva, President of Brazil, for me to attend the G20 Summit in Rio de Janeiro this November.
#MalaysiaMADANI
Tiba di Bandar Seri Begawan malam ini bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan kali ke-25 (ALC-25) yang akan berlangsung di Istana Nurul Iman esok.
ALC adalah mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Brunei hatta lawatan ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk meningkatkan lagi kerjasama bilateral dalam mencapai matlamat bersama selain membincangkan isu-isu terkait.
===========
Arrived in Bandar Seri Begawan for the 25th Annual Leadersโ Consultation (ALC-25), which will be held at Istana Nurul Iman tomorrow.
ALC is the highest bilateral mechanism between Malaysia and Brunei Darussalam.
This visit reflects both sides' commitment to strengthen bilateral cooperation and achieve shared goals.
#MalaysiaMADANI