Tahniah Bell Ngasri telah dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH2023. Wish awal tak kalot! Hehe. Nak wish, 'Good Luck LIVERPOOL! This year is our year' nnt haters merah mata pulak.
🤣🤣🤣🤭🤭😝
#ABPBH2023
Tahniah kepada sahabat saya Tuan Yang Terutama Presiden Erdogan kerana dipilih semula sebagai Presiden ke-13 Republik Turkiye.
Semoga Turkiye terus maju dan kukuh dibawah pemerintahan Tuan Yang Terutama.
Tahniah Sir !
#MalaysiaMadani
Abang nak pesan. Panjang ni.
Antara ujian ketika meniti hari tua adalah ujian dengan adik beradik sedarah sedaging.
Ujian ini bukan ujian main-main macam zaman kanak-kanak dahulu. Jika dahulu zaman budak-budak, air dicincang takkan putus.
Tapi perbalahan adik beradik apabila semuanya sudah dewasa dan meniti hari tua, boleh memecah belahkan keluarga dan ikatan kasih sayang di jiwa jika tidak diuruskan dengan baik.
Tuhan akan menguji hati setiap adik beradik. Ini pasti. Sebab hidup adalah medan ujian.
Pada masa semuanya sudah besar panjang dan dewasa, adik beradik ramai yang sudah berkeluarga sendiri, mempunyai komitmen dan aset masing-masing.
Tibalah masa hati setiap adik beradik diuji dalam mengemudi sangkaan dan persepsi terhadap adik beradik sendiri.
Janganlah yang miskin dan susah dipukul rata sebagai malas.
Janganlah yang kaya raya dipukul rata sebagai sombong dan lupa diri.
Janganlah yang tidak habis darjah enam dianggap bodoh dan tiada masa depan.
Janganlah yang pandai, ada PhD dianggap lupa daratan.
Jangan, jangan, jangan. Memang banyak larangan dalam menjaga hubungan kekeluargaan.
Ianya tentang kawalan diri, tentang bagaimana setiap adik beradik mengawal lidah dan sangkaan terhadap adik beradik yang lain.
Jika setiap adik beradik cakna akan kerja syaitan untuk memecah belahkan ikatan kekeluargaan, maka agak susah juga kerja syaitan untuk menggoda setiap adik beradik agar sentiasa bersangka-sangka buruk antara satu sama lain.
Sebab, perompak akan memecah rumah yang mana penghuninya ketika itu sedang leka atau lupa.
Maka susahkanlah kerja syaitan dengan sentiasa mendoakan adik beradik kita dalam solat dan dalam sujud kita. Sukarkan kerja syaitan dengan berusaha membuang sebarang rasa dendam atau buruk sangka dengan adik beradik yang bermasalah.
Lihat ke wajah adik beradik dengan bayangan ketika setiap mereka masih baby atau masih budak-budak comel. Ini kunci mengekalkan kasih sayang antara adik beradik. Kekalkan memori comel di minda tentang mereka.
Apabila ada karenah adik beradik yang sangat menguji kesabaran, dah tentulah kita pasti marah. Ini lumrah.
Tapi, selepas dah tenang, kenang dan sentiasa ingat momen-momen comel dan lucu bersama adik beradik.
Bayangkan mata bundar Alang ketika kita menggomolnya di waktu dia masih bayi.
Bayangkan pula tangan mungil Ucu ketika kita memeluknya dikala dia takutkan gelap dahulu.
Bayangkan wajah mulus Kak Ngah ketika dia mengelap hingus yang berjejeh di hidung kita.
Bayangkan muka comot Abang Teh yang tega menggendong kita ketika kita main dukung -dukung dulu.
Kita sayangkan adik beradik kita kan?
Jika ada adik beradik yang mengadu pada kita perihal adik beradik lain pula, empati mendengar dan beri kata nasihat serta sokongan emosi.
Dan yang paling penting, sejukkan hati pengadu dan dorong untuk dia mengkayakan jiwa dengan sifat memaafkan dan dengan kasih sayang.
Dan, lagi bagus sekiranya kita mampu menasihati adik beradik yang menjadi bahan aduan itu.
Kita puji kebaikan kedua-duanya dan kita pujuk agar mereka berbaik semula. Ini peranan hebat kerana kita dapat menjadi penyambung silaturrahim. Rujuk hadis Nabi Saw tentang pahala menyambungkan silaturrahim ini.
Tapi jangan sesekali menjadi batu api dengan menyampaikan kepada adik beradik yang menjadi bahan aduan itu. Jaga bab ini.
Ini punca banyak perbalahan adik beradik.
Bukankah masa kita kecil-kecil dahulu, bila ada adik beradik yang terlepas tangan ketika kita di kedai, kita bagai nak gila mencari?
Kita secara default settingnya, memang sedia ada menyayangi Along, Angah, Ateh, Alang, Achik dan Ucu. Tapi syaitan tak suka kita saling berkasih sayang. Ingat ini.
Ingat janji kita masa kecil-kecil dahulu, yang kita mahu berkumpul adik beradik di syurga?
Perlu diingat, jika ada adik beradik yang susah, sakit atau miskin, itu adalah ujian untuk kita sebagai adik beradiknya juga. Tuhan yang menghantar ujian sebegitu di dalam 'setandan pisang' keluarga.
JANGAN CAT RUMAH DULU SEBELUM KAU BACA THREAD NI !
Aku terjumpa satu 'berus cat' unit kat Mr. Diy semalam. Khas untuk lantai sebenarnya tapi cat dinding pun boleh.
Aku beli dgn harga RM 16.90 dan SENANG GILA NAK SAPU CAT DAN CEPAT !!!
9 nasihat dari seorang Hakim yang mengendalikan satu kes kekeluargaan di Mahkamah Syariah.
1. Jangan galakkan anak dan menantu perempuan anda tinggal bersama anda. Sebaiknya, minta mereka berpindah walaupun terpaksa menyewa rumah. Lebih jauh lebih baik. Ini bertujuan untuk menjaga perhubungan yang lebih baik di masa hadapan.
2. Layani menantu perempuan anda seperti menantu, bukannya seperti anak perempuan anda. Anak lelaki anda sentiasa menjadi anak anda. Tetapi, jika anda melayan menantu perempuan seperti anak apatah lagi jika anda pernah memarahinya maka menantu anda akan ingat sehingga mati. Dalam kehidupan dia selama ini hanya Ibu dan bapanya sahaja yang layak memarahinya.
3. Apa saja karakter atau tabiat yang menantu anda ada bukanlah masalah anda. Itu adalah tanggunjawab anak anda untuk memperbetulkan apa yang tidak betul.
4. Jangan sesekali basuh pakaian, memasak dan menjaga cucu anda melainkan diminta oleh mereka. Akan tetapi jangan mengharap balasan di masa mendatang. Usah terlalu risau dengan kemampuan mereka kerana mereka lebih tahu apa yang patut dilakukan.
5. Berpura-pura menjadi bisu dan pekak apabila mendengar anak dan menantu anak bergaduh. Jangan masuk campur. Itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Mereka tidak gemar orang lain ikut campur.
6. Cucu anda adalah hak mutlak Ibu dan bapa mereka. Bagaimana mereka ingin membesarkan cucu anda terpulang kepada mereka. Baik atau buruk itu urusan mereka.
7. Menantu anda tidak perlu respek dan melayan anda. Itu adalah tugas anak lelaki anda. Anda sepatutnya sudah memberi didikan terbaik dan anak anda mampu mengajar isterinya untuk menghormati anda.
8. Buat perancangan awal sebelum anda bersara. Jangan harapkan anak anda. Anda telah pun berjalan jauh dalam kehidupan dan masih banyak lagi yang boleh dipelajari. Seperti kata pepatah Inggeris, "It is your own interest that you enjoy your retirement years. Better if you could utilise & enjoy everything that you had saved before you die. Don't let your wealth become worthless to you.'
9. Cucu bukan milik anda. Mereka adalah hadiah dari Tuhan kepada anak dan menantu anda.
Pesanan di atas bukan hanya untuk anda. Kongsikan pada sahabat, pakcik makcik keluarga mertua, suami atau isteri anda supaya anda boleh mengecapi kehidupan yang lebih sempurna.
C/p dari Group WhatsApp
Selamat Maju Jaya PMX utk pembentangan Belanjawan 2023. Belanjawan MADANI katanya tp jgn jadi Rakyat Malaysia MARAHNI sudah la ya YB.
Bismillah..
💓💓💓
#Belanjawan2023
Setahun suami wajib beli dua pasang baju baru sebagai nafkah kepada isteri kepada. Dua pasang itu termasuklah baju, kain, tudung, stokin, kasut & pakaian dalam. Kalau lebih adalah sunat dan suami jangan berkira kerana isteri sangat berjasa.
Nama pon bola sepak standard la tuh Menang,Seri atau Kalah. Kalau nak Menang sokmo kena jadi PEREMPUAN la sbb kami mana pernah Kalah dan Salah!
😉😉😉
#YNWA#FSGOUT#KekalTenang
@ZacZakirin13 Suami tak solat, pujuk,nasihat & tawakal harapan dia berubah. Hanya dia tanggung dosa. Suami kawin lain, isteri tak rela&redha, takut tambah dosa suami,isteri1,isteri seterusnya disebabkan perkara berbangkit samada percakapan atau perbuatan dlm masa kehidupan rumahtangga bermadu.
Ustaz Adli punya ayat boleh tahan deep utk masalah rumahtangga di negara pd hari ini.
"Suami tak solat, tak minta cerai.
Suami kahwin lain, minta cerai".
Guys, suami tak solat at the first place tak layak utk dijadikan suami pun. Dia bertangungjawab untuk jd pembimbing.
Hari pertama Perdana Menteri Malaysia ke-8, ke-9 dan ke-10 ;
1. PM ke-8 : Main golf bersama rakan-rakan sementara rakyat bertarung nyawa dengan COVID-19 dan kes kematian meningkat mendadak.