Nilai estetik 2.0 ;
Secara umum, estetik itu merujuk kepada sesuatu objek alam dan seni yang bernilai dan berguna pada penglihatan dan penikmatan kita. Yang berguna untuk penglihatan dan penikmatan ini seperti sesuatu yang indah, mengagumkan, mempersonakan, menarik, cantik.
Berpada-pada dalam kehidupan dan orang sekeliling. Jangan terlalu baik dan jangan biarkan orang pijak kepala kita. Sebab kita tak tahu perangai sebenar manusia. Rambut je sama hitam, tapi hati lain-lain.
#KataKataHikmah#BBM3410
Jangan pernah menoleh ke belakang, sentiasa lihat apa yang ada di hadapan mata sekarang. Masa memang tidak boleh diputar tetapi masa yang ada boleh diperbaiki setiap kesalahan. Kegagalan hari ini adalah permulaan, kejayaan hari esok satu kemenangan.
#KataKataHikmah#BBM3410
Diam bukan tanda aku lemah. Aku hanya tak ingin menyulitkan keadaan. Aku juga tak mahu mengguris perasaan. Jadi aku memilih untuk berdiam. Aku hanya ingin tenang. #KataHikmah#BBM3410
Percayalah dengan Qada' & Qadar. Disebaliknya, ada sesuatu yang sudah diaturkan oleh-NYA kepada setiap hamba-NYA. Tetaplah tersenyum walau badai melanda. Pasti ada cahaya bahagia yang menunggu untuk bersinar. 😄💫
#KataKataHikmah#BBM3410
"Dalam hidup ni, kita jangan terlalu berharap mencari kebahagiaan yang akan tercipta. Sebaliknya, kebahagiaan itu perlu dicipta sendiri dan kita yang mulakan. Sebab hanya diri kita yang tahu dan rasa apa itu gembira, ceria dan bahagia dalam kehidupan."
#Katakatahikmah#BBM3410
Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan ini. Kita perlu mengambil iktibar atas kesalahan yang dilakukan dan menjadi lebih baik pada masa akan datang.
#KataKataHikmah#BBM3410
Semakin meningkat usia, semakin banyak ujian dan cabaran dihadapi. Belajar dari kesilapan yang dilakukan. Ambil pengajaran daripadanya. Perbaiki kehidupan ke arah yang lebih baik. Semoga dapat menjadi insan yang berguna.
#Kata-kataHikmah
#BBM3410
Dalam hidup ini, tak semua orang merasai keindahan ada juga yang mengalami keperitan hidup masing-masing. Namun, setiap fasa kehidupan sebenarnya pemangkin hidup kita untuk lebih kuat.
#KataKataHikmat#BBM3410
Dalam hidup ini, jangan pernah kita rasa untuk cepat berputus asa. Mengapa? Kerana sikap inilah yang membuatkan kita terus gagal dan jatuh. Jadi, setiap kerja haruslah kita melakukan dengan penuh rileks, jangan stress-stress. Okay?✨
#Kata2Hikmah#BBM3410
"Kalau kita nak hidup senang macam orang yang senang, kenalah bersusah payah dahulu sebelum senang. Kerana kesenangan hidup dan kekayaan tidak datang tanpa diusahakan"
#KatakataHikmah#BBM3410
Ruang 1.0
Ruang adalah salah satu elemen asas yang terdapat dalam gambar untuk memberi keseimbangan kepada gambar tersebut. Dan kadang-kadang ruang tersebut dapat memberi ketenangan kepada orang yang melihatnya.
Nilai Estetika 2.0☺️
.
Baik
.
"Akhlakmu yang baik akan membuat hati orang lain tertarik walaupun mereka tidak mengenalmu. Maka jadilah orang yang berakhlak mulia agar orang sentiasa senang denganmu"✨
Ruang
Setiap manusia memerlukan ruang untuk diri sendiri. Mungkin untuk muhasabah diri, mungkin juga untuk menenangkan diri dari segala emosi sedih, gembira, kecewa, dan lain-lain. Mereka memerlukan ruang untuk bangkit kembali ✨
"Ruang 1.0"
Definisi ruang boleh diungkapkan dalam pelbagai makna. Jika ingin menjadi seorang yang lebih baik. Berusahalah dan cari sedikit ruang untuk memperbaiki diri walaupun terasa diri ini tidak mampu kerana tanpa mencuba kita tidak tahu hasilnya ;)
Ruang ?
Ruang ini boleh ditafsirkan dalam dua bentuk iaitu abstrak & konkrit. Ruang abstrak ialah sebagai contoh memberikan ruang untuk seseorang berfikir dan ruang konkrit ialah seperti ruanh tamu, ruang dapur dan banyak lagi.
"Ruang 2.0"
Ruang masa adalah paling bermakna dan berharga. Hargailah ruang masa yang diperolehi kerana masa tidak menunggu kita tetapi kita perlu mengejar masa itu. Jangan bazirkan masa dan gunakan sebaiknya. Masa itu emas :)