lancarkan rezekiku Ya Allah, sehingga orang di sekitarku juga bisa menikmati rezekiku. aku tak ingin jadi beban untuk siapapun, izinkanlah aku untuk bisa menjadi salah satu perantara rezeki bagi mereka.
Aamiin
Untuk perempuan yang dah 25+, elok mula buka ruang cari pasangan. Jangan tunggu lama lama, nanti value dimakan umur.
Be humble, know your value and open the door
Menurut Kementerian Sumber Manusia, majikan DIGALAKKAN beri pelepasan kepada pekerja Muslim untuk solat.
Waktu solat tak termasuk WAKTU REHAT:
- Setiap waktu solat 20 min
- Solat Jumaat 1 jam 30 min
Majikan TAK BOLEH potong gaji, ganti hour dan halang pekerja SOLAT‼️
TAPI...
semoga diberi syurga tertinggi sbg ganjaran buat Farah Fakhira.😞😞😞
hilang emak dalam usia yg muda, kemudian diuji dgn perceraian, kemudian berkahwin lain, diuji dgn lama menanti zuriat, bila diberi rezeki zuriat dlm rahim, suami pula dijemput Tuhan.
can't imagine her pain.😞
I percaya pada konsep semakin kita banyak memberi, semakin banyak Allah bagi balik.
Rezeki bukan setakat harta.
Kesihatan itu rezeki. Kesenangan bekerja itu rezeki. Lapang hati & fikiran itu rezeki. Keluarga & kawan-kawan yang baik juga rezeki. Rezeki Allah itu luas.
يُرِيدُونَ لِيُطْفِـُٔوا۟ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفْوَٰهِهِمْ ۖ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْكَـٰفِرُونَ
“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, tetapi Allah tetap akan menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun dibantah orang-orang kafir.”
Saya menerima maklumat daripada pasukan aktivis dan sukarelawan Malaysia selepas rejim Zionis Israel memintas konvoi Global Sumud Flotilla.
Saya menggesa agar semua aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan dalam kadar segera! Ini sebuah misi kemanusiaan yang membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza. Kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia dalam tahanan.
Dengan menyekat misi kemanusiaan ini, Israel bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah telah menginjak nurani masyarakat dunia yang kini tidak lagi bersama Israel.
Flotila tersebut bukan sekadar konvoi bantuan, tetapi simbol perpaduan, solidariti dan kasih sayang umat manusia. Ia membawa sinar harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang terus dipaksa hidup melarat di bawah sekatan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila warganegara kita terlibat. Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan serta kita tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli.
Selagi hak dan aspirasi rakyat Palestin terus dinafikan, Malaysia kekal berdiri teguh dan tidak akan berundur daripada terus mendesak dan menuntut agar kezaliman dan perampasan yang telah berlarutan sejak sekian lama dihentikan.
Foto: Reuters