Twitter Rasmi Unit Pengurusan Nilai (UPN), Bahagian Pengurusan Projek Kompleks (BPPK), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Jabatan Kerja Raya Malaysia
KUALA LUMPUR, 19 Mei 2026 โ Berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi tiga (3) projek infrastruktur pendidikan yang akan dilaksanakan di Sabah dan Sarawak. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datoโ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Mohd Radzuan bin Abdul Manaf, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); YBrs. Ir. Ts. Suhaizad bin Sulaiman, Ketua Bahagian Pengurusan Projek 6, Cawangan Kerja Pendidikan (CKP); Pengarah Kanan; Pengarah - Pengarah JKR; dan pegawai-pegawai jabatan serta wakil kontraktor.
Tiga (3) projek yang terlibat ialah Projek Pembinaan Kolej Tingkatan 6 Samarahan, Sarawak; Pembinaan Baharu Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau II, Tawau, Sabah; dan Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.
Kesemua projek ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan dalam menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih kondusif, selamat dan berkualiti demi kesejahteraan generasi masa hadapan.
Sementara itu, CKP, JKR Malaysia memaklumkan bahawa projek-projek berkenaan telah melalui proses penyelarasan teknikal dan penyediaan reka bentuk secara menyeluruh bersama KPM sebelum memasuki fasa pelaksanaan. Sehingga April 2026, sebanyak 74 SST telah dikeluarkan oleh CKP.
Majlis penyerahan SST ini menandakan bermulanya fasa pelaksanaan projek di tapak yang dijangka memberi manfaat besar kepada komuniti setempat serta menyokong usaha Kerajaan dalam memperkasa sektor pendidikan negara khususnya di Sabah dan Sarawak.
#IamJKR #KitaJKR #JKRSynergy
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
19 Mei 2026 - YBhg. Dato' Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) turut hadir ke Lawatan Kerja YB Datuk Seri Dr. Timbalan Menteri Kerja Raya ke tapak projek Pembinaan Bangunan Stor Farmasi Logistik dan Farmasi Steril Hospital Taiping, Perak (Reka dan Bina).
Lawatan ini memberi ruang kepada pihak pengurusan tertinggi untuk meninjau kemajuan pelaksanaan projek di tapak, menilai tahap penyelarasan kerja antara pihak terlibat serta meneliti pendekatan pelaksanaan yang diterapkan bagi memastikan projek berjalan secara teratur, berfokus dan menepati keperluan yang telah ditetapkan.
Pelaksanaan projek ini memperlihatkan tahap perancangan dan penyelarasan yang baik, khususnya dalam memastikan kemudahan yang dibangunkan mampu menyokong keperluan operasi farmasi dan logistik hospital secara lebih sistematik, selamat dan efisien. Tumpuan terhadap aspek teknikal, fungsi ruang serta keperluan pengguna akhir turut menjadi elemen penting dalam memastikan hasil pembangunan benar-benar memberi nilai tambah kepada perkhidmatan kesihatan di Hospital Taiping.
Melalui lawatan ini, beberapa aspek utama turut diberi perhatian termasuk kemajuan fizikal, pematuhan jadual, kualiti kerja, keselamatan tapak serta kesiapsiagaan pihak terlibat dalam memastikan projek mencapai objektif pelaksanaannya. Secara keseluruhannya, pelaksanaan projek ini menunjukkan komitmen tinggi semua pihak dalam merealisasikan kemudahan kesihatan yang lebih tersusun, berkualiti dan berupaya menyokong penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
#IamJKR
#JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
19 Mei 2026
Mesyuarat Pemantauan Projek Pembinaan Infra Rakyat yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan terus komited memastikan kelancaran projek infrastruktur untuk rakyat.
Fokus utama hala tuju KKR 2025: Sifar Projek Sakit, Siap Awal (AOT), dan Sifar Kemalangan!
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2026
Bertemakan โGuru Bitara, Nadi Negaraโ, para guru terus menjadi tonggak utama dalam membentuk modal insan berkualiti serta memperkukuh pembangunan negara. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah berperanan mendidik, membimbing dan menerapkan nilai-nilai murni dalam melahirkan generasi yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing.
Seiring aspirasi Malaysia MADANI, JKR Malaysia amat menghargai jasa dan pengorbanan seluruh warga pendidik yang menjadi inspirasi dalam membentuk masyarakat berpengetahuan serta menyemai budaya kecemerlangan demi masa depan negara.
Sesungguhnya, semangat dedikasi, kebersamaan dan sinergi yang ditunjukkan para guru turut mencerminkan nilai-nilai yang dihayati warga JKR dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.
Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik. Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan.
#IamJKR #KitaJKR #JKRSynergy
#JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak
KUALA LUMPUR, 18 Mei 2026 - Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Pelaksanaan Pelan Mitigasi Tanah Runtuh di Kawasan Tadahan Air Kenyir, Terengganu Kerja Pembaikan Cerun di Zon 2B (Reka dan Bina) telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) bertempat di Ruang Legar, Aras 1, Menara Kerja Raya (Blok G).
Majlis turut dihadiri YBrs. Ir. Mohd Shaifuddin bin Abdul Razak, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun; YBrs. Ir. Dr. Hasli bin Ibrahim, Pengarah JKR Negeri Terengganu; YBrs. Tuan Razmeen bin Abdul Haleem, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan, Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam (NRES); YBrs. Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG); serta Pegawai-Pegawai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Pegawai-Pegawai Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Pegawai-Pegawai JKR dan kontraktor.
Pelaksanaan projek ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan dalam memperkukuh aspek keselamatan cerun dan infrastruktur kritikal negara khususnya di kawasan tadahan air Kenyir. Projek ini juga dijangka dapat memastikan kesinambungan bekalan elektrik yang stabil dan berdaya harap kepada pengguna di Kuala Berang, Kuala Terengganu, Paka dan Kandis.
Projek ini akan dilaksanakan secara Reka dan Bina dengan tempoh pembinaan selama 36 bulan bermula 12 Mei 2026 sehingga 11 Mei 2029 di bawah seliaan Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya Malaysia.
JKR Malaysia kekal komited dalam memastikan setiap projek kerajaan dilaksanakan secara profesional, telus dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara yang mampan.
#IamJKR #KitaJKR #JKRSynergy
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
๐ด LIVE | Majlis Perasmian Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia 2026 (SOC 2026) oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya.
Pautan di Youtube : https://t.co/dTAyPfJBRa
Double Celebration! ๐๐ Tahniah warga Caw. Perancangan Aset Bersepadu JKR yang tamat PhD:
1๏ธโฃ Sr. Ts. Dr. Norashikin (UiTM) โ GOT!
2๏ธโฃ Ir. Ts. Dr. Mohd Suharizal (UTM)
Syabas atas usaha gigih anda. Terus cemerlang! ๐
#IamJKR#JasaKepadaRakyat