Heartiest congratulations to Khun Paetongtarn Shinawatra on her election as Prime Minister of Thailand, making history as the youngest-ever Thai prime minister and the second woman to hold this esteemed office.
As close neighbours, Malaysia and Thailand share a vital and enduring partnership, forged on long standing historical, cultural, and economic links as well as deep-rooted kinship.
The common pursuit of peace and development in southern Thailand offers profound benefits for communities on both sides of our border. I look forward to working closely with Prime Minister Paetongtarn to unlock the full potential of our bilateral relationship.
I also wish to express sincere appreciation to my dear friend, former Prime Minister Srettha Thavisin, for his visionary leadership in strengthening the bonds between our two nations.
Photo: AFP
Hari ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara Bilangan 1 Tahun 2024, yang membincangkan usaha mempertingkat keterjaminan makanan serta memperkasa industri agromakanan negara.
Alhamdulillah, mesyuarat dimaklumkan mengenai prestasi dan produktiviti dalam sektor pertanian serta agromakanan yang tampak memberikan kesan positif dengan mencatatkan pertumbuhan dalam tempoh setahun kebelakangan ini.
Namun, saya tegaskan keperluan melaksanakan tindakan segera terhadap beberapa perkara mendesak terkait sektor ini, khususnya kelulusan pelaksanaan serta fasilitasi pelaburan dan perniagaan. Elemen ease of doing business wajar diterapkan bagi menyokong ekosistem perniagaan dalam sektor pertanian.
Kerajaan komited dengan pembangunan ekosistem industri tanaman serta pengadaptasian teknologi dan meneroka potensi makanan masa hadapan seperti daging kultur, hasil daging kultur dan cell-based food.
Justeru, inisiatif ini perlu didahului dengan kajian yang menyeluruh bagi memastikan tahap kualiti dan keselamatan makanan adalah terjamin.
Inisiatif pemodenan pertanian seperti pembangunan kilang tanaman akan menyokong pertumbuhan industri teknologi pertanian bagi menghasilkan pengeluaran makanan yang lestari sebagai alternatif kepada pengeluaran tanaman semasa.
Mesyuarat turut bersetuju dengan pembangunan indikator keterjaminan makanan merangkumi maklumat berkaitan harga dan ketersediaan makanan di seluruh peringkat.
Saya yakin segala ikhtiar yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan terus melonjak pembangunan sektor pertanian dan agromakanan supaya menjadi penyumbang utama ekonomi negara dan terus memanfaatkan rakyat.
#MalaysiaMADANI
Pelaburan Microsoft ini membuktikan keyakinan mereka kepada asas ekonomi Malaysia yang kukuh, dasar-dasar yang jelas, selain mesra pelabur dan kestabilan politik.
Semoga kerjasama ini dapat membawa manfaat kepada negara dan rakyat keseluruhannya.
#MalaysiaMADANI
Ekonomi teruk?
PMX (2023) - RM329.5 billion
PM9 (2022) - RM267.8 billion
PM8 (2021) - RM309.4 billion
Pelaburan tertinggi dalam sejarah pada 2023. Ini fakta.
Biar fakta yang berbicara.
Alhamdulillah, kerja keras sepanjang setahun lalu membuahkan hasil. Kita berjaya catat pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah!
Tahun ini Kerajaan MADANI akan lipat gandakan usaha demi kemakmuran rakyat.
#MalaysiaMADANI
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang saya luncurkan hari ini, adalah selaras dengan pendekatan dan transformasi digital malah kemudahan dan manfaat yang diberikan kerajaan ini bakal dinikmati sepenuhnya oleh golongan berhak.
Kerana itulah kerajaan melalui Kementerian Ekonomi memperkenalkan PADU yang dilihat mampu mengurangkan ketirisan dan perbelanjaan subsidi yang ditanggung kerajaan melebihi RM80 bilion.
Saya singgung, marcapada menuntut tekad baharu dan jangan tolak ansur dengan sistem lama yang terlalu banyak ketirisan, kebocoran dan penipuan sehingga masih ada kelompok miskin dalam negara.
Penyaluran subsidi tanpa pendekatan digital hanya menyebabkan golongan maha kaya dan warga asing mendapat manfaatnya tanpa taakul yang betul.
Pendaftaran PADU dibuka secara langsung bermula Selasa sehingga 31 Mac depan bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.
Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU yakni https://t.co/sT0CVJ3Suu.
PADU, yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, merupakan pangkalan data sosio ekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan data dari jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan gambaran seadilnya mengenai kedudukan sosio ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.
#MalaysiaMADANI
Saya ulas dengan lebih terperinci mengenai PADU dan isu-isu yang dibangkitkan setakat ini, termasuk:
- kegunaan PADU
- keselamatan data
dan lain-lain.
Bagi mereka yang ingin memahami PADU dan isu berkaitan dengan lebih mendalam, mohon tonton 👇
PADU sudah datang.
Bersedia untuk bertukar dari pendekatan B40-M40-T20 kepada pendekatan pendapatan boleh belanja (net disposable income) yang lebih adil.
Kerajaan - baiki negara ✅
Pembangkang - cari lubang tebuk atap ❌
PELUNCURAN PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim @anwaribrahim akan meluncurkan Pangkalan Data Utama (PADU) kerajaan pada hari Selasa, 2 Januari 2024 ini.
Orang ramai dijemput hadir untuk mendengar sendiri bagaimana PADU akan menjadi komponen utama penyasaran semula subsidi dan bantuan kerajaan. Bagi mereka yang ingin menyertai acara peluncuran ini, saudara/i boleh mendaftar di laman https://t.co/nLJILYizpg
Mereka yang tidak dapat menyertai boleh mengikuti acara melalui maya yang akan disiarkan di media sosial bermula jam 10 pagi.
PADU adalah satu pangkalan data sosio-ekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan semua data dari jabatan dan agensi kerajaan untuk memberi gambaran seadilnya kedudukan sosio-ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.
Kewujudan PADU membolehkan kerajaan beralih dari pendekatan B40-M40-T20 dalam menilai kelayakan penerima bantuan kepada pendekatan yang lebih bersasar dan adil untuk mengelakkan keciciran (mereka yang patut dapat tercicir, mereka yang tidak patut dapat menerima bantuan).
Semasa berpeluang bertanya soalan kepada saya di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Bachok cuba serang hendap saya dengan mempromosikan betapa hebatnya kerajaan-kerajaan negeri pembangkang membina pelaburan bersinergi sesama mereka. Contohnya, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Terengganu melabur di Perlis dan sebagainya.
Jawapan yang saya bagi tidak disenangi oleh ahli-ahli parlimen pembangkang yang bangun beramai-ramai membuat bising untuk menghalang saya terus memberi jawapan.
Sebab jawapan saya itu pahit untuk mereka terima. Malu pun ada.
Saya hanya kongsikan fakta.
Ia bukan sama ada PKEN (Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri) negeri-negeri pembangkang diberi mandat dan sokongan untuk mengadakan pelaburan rentas negeri sesama negeri pembangkang seperti yang dibawa Bachok.
Itu hak PKEN masing-masing. Memang mereka ada mandat itu dalam undang-undang pertubuhan mereka dan mengikut Akta PKEN pun.
Isu sebenar ialah kemampuan kewangan dan pengurusan PKEN yang berbeza-beza yang menjadi penghalang kepada mereka membangunkan ekonomi masing-masing dengan mengusahakan pelaburan yang tidak merugikan.
Di satu sudut, kita ada PKEN yang telah berjaya sehingga mempunyai pelaburan milik mereka yang disenaraikan di Bursa seperti PKNS (Selangor), JCorp (Johor) dan SEDC Sarawak (Sarawak). Mereka berdiri atas kekuatan kewangan sendiri dan menyumbang hasil kepada kerajaan negeri masing-masing.
Di satu sudut lagi, kita ada PKEN yang menangggung kerugian dari pelaburan -pelaburan sehingga terpaksa bergantung kepada suntikan wang rakyat secara berterusan (baik Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat).
Faktanya, PKEN dari negeri-negeri yang ditadbir pembangkang inilah yang terus mendapat suntikan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan sebahagian aktiviti-aktiviti mereka.
Pahit untuk mereka dengar, tapi itulah hakikatnya.
Roh roh roh neh neh neh
Benda yang keroh tambah lagi aneh.
Saya telah mengadakan perjumpaan dengan 24 syarikat pengendali perkhidmatan parcel hailing (P-Hailing) susulan komitmen yang saya berikan semasa perjumpaan bersama rakan-rakan penghantar pada 22 Julai lalu.
Menteri Pengangkutan, Menteri Komunikasi dan Digital, Menteri Sumber Manusia serta Pegawai Kanan Kementerian turut hadir dalam sesi ini. Saya telah menyampaikan keluhan penghantar terkait dengan isu kadar upah penghantaran.
Semasa sesi ini, lima orang wakil daripada penghantar turut sama hadir bagi menyatakan pandangan dan mendengar maklum balas pihak syarikat.
Perbincangan antaranya berkisar tentang pendapatan penghantar, jaringan keselamatan sosial serta keperluan latihan peningkatan kemahiran (upskilling). Saya turut mendengar pandangan dan aduan daripada syarikat pengendali yang beroperasi di luar Lembah Klang yang tertumpu kepada perkhidmatan di luar bandar.
Setelah mendengar pandangan kedua-dua belah pihak, Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bagi inisiatif dan latihan peningkatan kemahiran (upskilling) yang diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia.
Kesemua Syarikat pengendali telah memberikan komitmen untuk lebih telus dalam penentuan dan pengiraan upah serta meneliti dan memperhalusi lebih lanjut akan pandangan daripada pihak penghantar berhubung penentuan dan pengiraan kadar upah. Penelitian lanjut ini penting, bahawa dalam menambah baik kadar upah penghantar, kepentingan pengguna khususnya di kawasan luar bandar harus kekal diutamakan agar tidak terbeban di samping turut mengambil kira keupayaan syarikat.
Ikhtiar ini membuktikan Kerajaan peka dan mengambil berat akan kepentingan semua pihak dalam meningkatkan penjanaan pendapatan rakyat dan memastikan kesinambungan perniagaan.
#MalaysiaMADANI
Malam ini, saya ke Angkasapuri untuk debat 'Model Baharu Ekonomi Malaysia'.
Semoga semua berjalan lancar.
Saya jemput semua untuk tonton siaran langsung debat ini di media sosial saya dan juga di RTM & ASTRO jam 9.30 malam.
Cabaran ekonomi bukan soal pelaburan dan duit tetapi soal bakat.
Sebab itu untuk menyelesaikan masalah pokok negara, kita memerlukan kerjasama daripada semua pihak bagi menjayakan Academy in Industry (Ail).
Ail memberi bayangan besar tentang perbezaan pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Perpaduan dalam menyelesaikan masalah pekerjaan dan industri.
Antaranya:
- Merupakan program inisiatif pertama diusahakan dengan baik oleh agensi-agensi program dan kerajaan yang kita boleh perbaiki untuk disesuaikan dengan keadaan semasa
- Inisiatif yang mempamerkan penglibatan semua kementerian yang berbeza, agensi yang berbeza dan penglibatan industri
- Pendekatan bersepadu untuk menyelesaikan masalah struktur ekonomi.
Kepada lepasan sekolah yang nak memohon AiI, klik di sini: https://t.co/kT8wXrTAux
Inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion ini akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.
#MalaysiaMADANI#EkonomiMADANI#MemperkasaRakyat
Terima kasih Allahyarham Salahuddin Ayub atas inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan untuk bantu kurangkan kos sara hidup B40 dan miskin tegar.
Semoga menjadi asbab kebaikan dan memberi manfaat di dunia serta menjadi saham amalan di akhirat.
Perginya seorang pemimpin yang RAHMAH
RAHMAH jiwanya
RAHMAH pekerjaannya
RAHMAH tutur katanya
Sesungguhnya pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggalkan kesan yang amat mendalam buat rakyat Malaysia
Dari Rafizi Ramli,
28 Jun 2023
Kadar inflasi Malaysia pada Mei 2023 turun ke 2.8%, yang merupakan inflasi terendah dalam setahun menandakan penstabilan harga secara menyeluruh.
Penstabilan harga adalah sebahagian dari strategi menyeluruh kerajaan untuk menangani kos sara hidup rakyat agar tidak membebankan.
📍Penstabilan Harga: Selain dari instrumen dasar dan penguatkuasaan, Kerajaan melalui Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) akan memastikan bekalan makanan yang mencukupi untuk tempoh sederhana dan jangka panjang supaya seiring dengan permintaan pasaran.
Pengumuman projek-projek INTAN melibatkan 1,000 ekar pertama akan dibuat pada bulan Julai 2023.
📍Peningkatan Gaji Secara Progresif: Kerajaan akan memberikan fokus untuk membangunkan Dasar Gaji Progresif yang akan dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada bulan Ogos ini. Dasar ini bertujuan untuk memastikan pertumbuhan gaji yang lebih sekata dan inklusif, mendorong kepada gaji dan pendapatan yang lebih baik kepada semua pekerja.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara mana-mana pentadbiran mengusahakan dasar khusus mengenai pertumbuhan gaji yang sekata dan inklusif.
Dua strategi bersepadu ini dijangka akan membantu menangani kos sara hidup rakyat melalui penyelesaian yang kukuh dan berkekalan.