There is a hidden crisis that's slowly killing you:
Visceral fat.
I've been a health coach for +10 years.
Here are 3 ways to destroy visceral fat (bookmark this):
VAKSIN ASTRA ZENECA DAN KESAN SAMPING DARAH BEKU
Kesan sampingan yang dikatakan berkait dengan vaksin Astra Zeneca adalah kesan darah beku atau Vaccine Induced Immune Thrombotic Thrombocytopenia Β (VITT ).Β
Ia adalah penyakit di mana darah membeku bersama dengan sel darah kuning menjadi kurang. Perkara ini HANYA berlaku dalam sela masa 4 hari hingga 4 minggu selepas menerima vaksinasi. Orang ramai diminta tidak risau kerana vaksinasi terakhir AZ telah berlalu bertahun lamanya. Kes mahkamah yang diwar-warkan adalah kes yang berlaku di United Kingdom sewaktu pandemik COVID-19. Ia bukan berdasarkan kes yang berlaku baru-baru ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia pada waktu itu telah menerima laporan bahawa VITT ini boleh berlaku dalam sela masa 4 hari hingga 4 minggu selepas vaksinasi. Namun yang demikian, vaksin ini masih perlu digunakan untuk program vaksinasi kerana kadar kematian akibat COVID-19 dalam kalangan masyarakat yang tidak divaksin amat tinggi, dan ketika itu stok vaksin tidak mencukupi waktu itu. Golongan berisiko tinggi adalah golongan yang pernah mempunyai sejarah pembekuan darah sebelum ini. Golongan berisiko ini tidak dibenarkan menerima vaksin jenis Astra Zeneca. Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengeluarkan garis panduan bagi menyaring golongan yang berisiko tinggi bagi tidak menerima vaksin jenis ini, dan juga bagi pengesanan awal sekiranya kesan sampingan ini berlaku AEFI. (Boleh rujuk gambar).
Selain langkah berjaga-jaga ini, insiden kesan samping darah beku (VITT) juga sangat rendah iaitu 4 kes berlaku dalam 1 setiap juta suntikan. Jika dibandingkan dengan risiko darah beku dan platelet rendah selepas jangkitan COVID-19 itu sendiri, ia lebih selamat. Selepas jangkitan COVID-19, risiko kesan darah beku daripada jangkitan thrombotic thrombocytopenia (TT) ini adalah setinggi 165 000 kes dalam 1 juta jangkitan. Insiden darah beku di kalangan perokok pula adalah lebih tinggi iaitu hampir 1800 kes dalam 1 juta perokok. Tiada lagi kes VITT dikesan dan dilaporkan kini.Β
Kes serangan jantung, stroke dan masalah pembekuan darah yang masih lagi berlaku kini TIADA KAITAN dengan vaksin kerana tiada lagi program vaksinasi menggunakan vaksin ini kebelakangan ini. Astra Zeneca vaksin juga tidak digunakan Untuk dos penggalak (Booster dose).
Serangan jantung, stroke dan masalah pembekuan darah yang masih berlaku kini adalah disebabkan faktor risiko lain seperti merokok, masalah kolesterol, dan masalah kencing manis. Orang ramai diminta membezakan antara kesan samping darah beku (VITT) dengan masalah pembekuan darah yang lain. Kriteria diagnosa VITT mestilah ianya berlaku dalam sela masa 4 minggu selepas vaksinasi dan perlu ada nilai platelet yang rendah. Diagnosa tidak boleh dibuat dengan mata kasar tanpa pemeriksaan dan pengesahan oleh pegawai perubatan. Kita perlu berhati-hati dengan analisa fakta dan salah tafsir yang akan menyebabkan kekusutan dan kekeliruan di kalangan masyarakat.
6 Minute Walk Test πΆπ½ββοΈ
Ujian mudah menentukan fitness aerobik.
Jalan sejauh yang mungkin dalam masa 6 minit.
Cubalah, jalan je laju-laju then masukkan info dalam calculator dekat link ni: https://t.co/0QBdjtPkps
Just a short 15-minute drive from Kundasang town, Sosodikon Hill is a must on your itinerary. An easy hike, kids can tag along too! For the view of Mount Kinabalu, set out before 7am. Remember, it's a bit chilly, so bundle up for the fun adventure.
πΈIG: @sesat_in_malaysia